Monday, 17 October 2011

Coretan Lemah di Pagi Isnin..dot dot dot

Salam semua...

Aku rasa mcm blur2 je pagi ni..Ni semua gara2 tak cukup tido yang mana my baby setiap 1/2 jam akan nangis malam tadi..Dia demam balik..Cough & Flu sekali..Lengkap 1 Pakej..Malam tadi hantar dia ke klinik..Then doc ckp paru2 dia ok..Mcm biasala bekalkan ubat termasuk antibiotik yang takkan pernah dia abiskan..Hurm mmg mencabar betol malam tadi...Mungkin Hidung die tersumbat so dia takle nak nafas mcm biasa..Pastu dia pon ngamuk la..Adeyy dalam kes mcm ni kesabaran papa & mama amatlah diperlukan tanpa ada sedikit keluhan huhu..( yeke? )

Stop & Continue

Actually ni entry pagi semalam tapi aku sambung arini..Pagi semalam tgh aku syok2 menaip tiba2 akak ipar aku col nangis2..Aku ni cuak gile nak tau kenapa..Rupa-rupanya Tok aku meninggal (mak kpd arwah mak)..Tersentap jantung aku & tanpa sedar aku menangis..Dan2 tu jgk aku balik trus pergi Raub..Masa otw balik dari opis ke umah tak henti2 air mata ni mengalir sbb terkenangkan arwah tok..Dia la yg jaga aku masa pantang..Walaupon seminggu je dia jaga tapi aku terharu sgt dia sanggup dtg kuantan walaupon dia sendiri pon tak larat dah..Mekasih tok..Dalam masa yang sama aku rasa bersalah sgt sebab tak balik jenguk dia masa sakit..Aku ingatkan dia sakit biasa tapi dah ajal dia..Innalillah..Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman..#(Maafkan dila tok sebab tak balik tgk tok sakit )   =(

Ameer pon batuk & selsema dia pon still tak ok lagi..Dia masih kurang minum susu sebab tak boleh nafas kan..Tapi nasib baik masa kat kg semalam dia ok walaupon aku tau dia sgt tak selesa.Tq syg sebab sgt memahami situasi mama.

Bila anak sakit masa ni la kita kena kuatkan semangat..Tido tu opkos la tak mcm biasa..Adeyy lemah jantung ni bila dia taknak kalau nak bagi susu...Kali ni batuk dia lebih truk..Setiap kali batuk dia akan nangis..Mungkin perit..Selsema pulak..pekat sgt..Tu yang buat tersumbat..Tapi tula ubat titis tu tak boleh pakai suka hati..Kena ikut time..Ubat batuk pulak serba salah nak bagi..Sebab org ckp masa baby ni tak boleh bagi ubat batuk..Tapi kalau tgk cara dia batuk..Kesian sgt..

Harap sangat dia cepat sembuh mcm biasa..Adik cepat sembuh yer syg..Kalau adik sakit mama susah hati..Nak pergi kerja pon serba salah..Mama syg sgt kat anak mama ni....

No comments: