Monday 31 October 2011

Bubur Ameer versi II

Hye...Disebabkan mama Ameer ni malas rajin bukan kepalang (hey!ayat mana kau pakai ni ) aku kenalah memperbagaikan resepi bubur budak bertuah susah tido malam tu ( kemain panjangnya nama timangan adik) hikhik..Aku rasa semua ibu2 akan cipta & buat healthy food khas tuk baby2 meraka kan termasuklah haku yang kena berlagak rajin ni.. T_________T

Tapi dah nama pon bubur kan..Kau adun la banyak ramuan macam mana pon texture dia tetap sama..Rasa pon iyeeew tanpa garam disisi..tapi itulah hakikatnya garam tidak boleh dibagi kepada baby underages..setakat mana?? 1 tahun la..huhu..Dulu aku pon cetek pasal ilmu solid food for baby ni..Tapi Alhamdulillah berkat suka mengexplore pakcik google yang hebat tu..its worth! memang berbaloi2 walaupon terpaksa jeling2 ke pintu bilik bos takut terkantoi punya pasal..


Hari ni aku supply bubur Ameer ke umah BS dia perisa lain pulak..Perisa itenet + own mind..hikhik..Yerla takkan la nak sumbat menu yang sama tetiap hari..Kalau kita pon kembang tekak..Tapi harap2 resepi kali ni tekak dia terima la..Supaya dia boleh jadi bob the builder sihat & kuat!

Tapi kat sini aku nak share sumting yang boleh menjimatkan tenaga..masa dan GAS! hahaha..Dalam kes ni senarai untuk membeli slow cooker boleh dinyahkan jauh2 dari minda anda..yang mana boleh menjimatkan wang & elektrik (jimat lagi?? ) Owh No.. Apehal kau yg xcited lebey2 mama? Cont the story pleeez..

Wokey2..aku tak tau la cara ni orang dah ramai buat..Tapi aku yang dungu new momy ni baru tau..Iaitu kita basuh beras then toskan dulu..Then Blend sampai kasi rupa habuk then simpan dalam tupperware kemas2..( Tupperware Brand is not required)..Kalau nak masak just cedok sikit pastu masak..Yes bubur tu akan masak dalam kauntiti masa yang memberansangkan..Wow! hihi aku tau ramai yang dah tau kan kan kan??? Sharing is caring (cover malu =D )

Resepi  ke2 budak bertuah tu :

Beras Perang ( cedok sesuka hati tanpa was2 )
Broakoli ( agak2  je )
Kentag sikit
Keju ( Untuk menggantikan sumber protein yang lain )
Butter sikit aje..
Garam..Gula...Pak Aji ( Dilarang sekeras-kerasnya!! )

2 comments:

myxa said...

makin sehatla ameer dengan pelbagai zat dlm bubur tu... banyakla keje mama dia blh tlg cover nti
.. ;p

Mrs Hafidz'joo'Din said...

hihi kalau la dia sepandai itu alangkah bahgianya.. =)