Wednesday 10 December 2014

Resepi Pizza Gebus!

Assalamualaikum & Hai..


Hari ni aku rajin nak menaip resepi selama ni aku bagi link je..Aku try buat resepi ni selepas gagal buat roti sarang lebah tu..hikhik..gagal tak rebah tapi moody je..haha =O. Sokay hati, nanti kita tanam azam buat lagi yerp..Hari ni nak story pasal resepi jadi jer..resepi tak jadi kita tayang jugak tapi part lassssst sekali..hewhew.


Btw resepi ni akak ipar aku yang bagi..Dia dapat dari kawan dia. Dia dah banyak kali buat Kredit pada owner resepi ni.. TQSM...so aku pon dengan rajinnye menerai resepi ni dengan akak ipar sorang lagi. gigih tau kami buat walaupun kadang2 terjerit2 sebab anak memasing gadoh berebut chanel tv lah..berebut tab lah..baling2 mainan lah..Macam-macam tau acara selingan. Tapi alhamdulillah..menjadi! yeay. Kalau bab-bab meroti ni kalau nak tau resepi kita tu akan cemerlang hasilnya atau tidak..kita dah boleh tengok masa menunggu doh tu mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal selepas proses menguli tu. Kalau tak kembang tu sila campak doh tu dalam tong sampah tanpa rasa kesal.,mihmihmih. Takyah nak rasa bersalah sangat. Kes aku buat roti sarang lebah aritu kes tak kembang lah. Tapi aku teruskan jugak sebab mana tau nanti dalam oven dia mengembang dengan jayanya.haha.. hasilnye mengeciwakan! Last ke tong sampah jugak akhirnya. 

Resepi aku buat pizza ni lain sikit dari buat roti sarang lebah tu. Tapi bukan salah resepi tu aku ni je tak pandai..sedar diri takpe =P. Ok jom tengok resepi pizza ni. Bahan-bahan doh dia senang tak payah guna bread improver & tepung roti pon. Cekidautt!

Resepi Pizza 

3 Cawan Tepung Gandum
1 sdk baking powder
3sdb gula
1 biji telor
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 paket mauripan
1 cawan air suam +-

Cara-cara dia

1. Masukkan mauripan kedalam secawan air suam dan gula. Biarkan dia berbuih-buih. Lebih kurang 15-20minit baru dapat buih yang cantik.

2. Campurkan semua bahan-bahan lain. ( tepung, baking powder, majerin, susu pekat & telor). *telor tu kacau dulu dalam magkuk lain dengan garfu bagi hancur.lepastu barulah sertakan sekali dalam adunan tadi.

3. Selepas dah berbuih barulah masukkan ke dalam adunan no 2 sikit demi sedikit ok. Tengok lah adunan tu agak2 dah elastik dan berbentuk doh. Uli sampai penat. Aku uli dalam 15minit 

4, Selepas uli biarkan dia selama 45minit . Letak dalam microvawe (off)  / tempat kedap haba.Boleh wrapkan mangkuk doh tu bagi dia terperap dengan haba. Masa tu dia akan mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal.

5. Lepas 45 minit bila dah kembang tumbuk doh bagi angin keluar..tumbuk sekuat hati. Bahagikan doh kepada 4 bahagian sebab adunan ni akan dapat 4 keping. Biarkan 8 minit seketika.

6. Lepas tu baru lah bentukkan doh menjadi crust pizza. Jangan lupa cucuk dengan garfu bawah crust tersebut sebelum isi inti pizza yang anda suka.




Korang buat lah bulat yer, Yang iols punye macam nak taknak je bulat. Tepi dia tu gulung sikit yang hujung tu. Buat nipis2 je sebab nanti dalam oven dia akan mengembang





Inti pulak aku suka hati je..ikutlah nak isi apa pun. Isi keinginan memasing..hihi

1. 1 botol sos spageti prego/adabi (tradisional). * aku guna adabi.best.
2. 1 tiub ayam cincang. ( sos spageti dengan ayam ni aku masakkan dalam kuali bagi   sebati. Lepas masak boleh taburkan oregano.
3. cendawan
4. lada benggala
5. sosej
6. oregano
7. garam, gula.
8. Mayonis
9. Cili sos
10.Cheese * aku guna mozarella. Guna cheesedale pon boley yunk



Ok, jom kita tengok hasilnya .......




Antara bahan-bahan inti pizza






 Isi inti sos prego dulu then baru lah isi yang lain-lain






 Mayonis atas dia. Lagi banyak lagi best






 
 Last sekali taburkan cheese mozarella sebagai last topping. Isi banyak-banyak lagi heaven =)





 Dah masak. Selfie sikit! hihi. Bakar dalam 15-20minit bergantung oven masing. Suhu 200 darjah celcius






 My First Pizza! =)




Ok tu je hasilnya.. Buat je lagi jimat. Sedap ke tak? Buat dulu baru nilai..hekhekhek..tekak memasing kan .. =P. Selamat mencuba bagi yang nak mencuba yoo! Opss lupa nak tayang roti sarang lebah yang tak gebus tu. Nah~~~~ =P






 Sekawan roti yang tak nak mengembang! Dari awal sampai akhir macam tula perangai dia. 'sigh.............................................!






Ni la ropa roti tak mesra alam tu. Sos butterscotch pon mengeras macam simen konkrit. haha. Bikin gigi gua patah aja dong! Ke tong sampah la jawabnya...






Ni aku buat sehari sebelum meroti. Ni pon fail. Sebelum ni ok je tapi kali ni graf cemerlang buat meringue makin menurun. Hurmmmm keciwakk sampai malam! Tong sampah jugak tempat kau! 





Hihi itulah kisahnya. Kadang-kadang membaking ni boleh buat hati jadi bunga-bunga kalau apa kita nak buat tu jadi..Kalau tak jadi boleh moody sampai ke malam sampai makan tak lalu mandi tak basah. Ok TIPU! Bai! =P






Thursday 4 December 2014

Testimoni Radiance Signature

Assalamualaikum & Hai

Rasa macam nak share dengan korang jer.. Mula-mula macam malu nak share tetiba rasa rajin pulak. Sesiapa yang tengah menggoogle testimoni RS ni mesti tak sabar apa aku nak share ni. Sep sikit siapa guna RS! hihi.. Meh nak share aku start minum RS pada awal bulan 11 aritu so kiranya dah sebulan lebih aku guna.. Dalam tu ada 20 sachet. Time period aku skip 1 hari sebab nak jimat so dapatlah aku guna 1 kotak 1 bulan.  Sesuatu yang perlu ingat bila makan/guna apa set kesihatan/kecantikan kena consume. Jangan set dalam otak minum/guna 2-3 hari dah nak nampak kesan. Walaupun kadang-kadang kat pamplet tu tulis 'kesan seawal 3 hari'. Tu semua depends on hormon / faktor genetik badan memasing. Sabar tu kena sabar kalau nak cantik =). Untuk luaran aku masih continue pakai Nour Ain. Memang dah sebati dalam jiwaku selain mampu milik..hihi. Untuk dalaman aku memberanikan diri try Radiant Signature. Kandungan semulajadi yang ada pada produk ni yang buatkan aku nk try & error. Kalau serasi dengan kulit alhamdulillah..Kalau tak berjaya sokay =P. Next year pon dah nak masuk 3 series. Sesuatu yang bernama suppliment kena ada untuk kita bernama perempuan ni..hihi. Baru kulit sihat dan badan pon cargasss! ^_^



Sebenarnya aku ada amek gambar sebelum awal bulan 11 aritu tapi gambar tu untuk tatapan sendiri je sebab nak tau perbezaan selepas sebulan penggunaan. Lagipun keadaan gambar tersebut tak mengizinkan aku nak share sini. Cukup untuk aku tahu perbezaan dan perasaan dia. hihi.. Kalau korang nak tahu aku memang dah jatuh cinta dengan RS ni. Kulit memang lebih lembut dan bersih. Dari segi kesihatan pulak aku macam tak berapa nak cam sebab badan ok lagi.. Cuma yang aku perasan isi lebih yang kecik2 kat leher tu mcm nak hilang. Masa mengandung dulu aku perasan byk isi lebih tumbuh kt leher..org cakap tu hormon mengandung. Tapi ni dah nk masuk 4 tahun macam tu la jugak. Tapi skrg dia macam mengecil. Itu memang bagus.. lagi satu yang aku perasan lingkaran gelap bawah mata dah kurang! Alhamdulillah tak sedar pon sebenarnya. Dulu walaupun dah mekap still nampak gelap bawah mata. Suka sangat. Takpe kita tengok nanti dia hilang ke tak hokey..hihi



Sekarang nak masuk 2 kotak aku try. Alhamdulillah. Suka je aku nak minum tiap2 malam. rasa pon ok masam-masam buah. Takde lah macam perasaan kena paksa. Aku minum sambil-sambil tengok tv sebelum tido. Enjoy je. Jangan rasa terdesak sangatlah nak lawa. HAHA.. Nak melawa pon sebab suami kan. Sesape nak try boleh je google. Berlambak dealer yang jual. Aku tak jual yerp! Just tolong promosi kan barang baik. Benda baik harus share..hihi. Jangan risau lulus KKM & HALAL. ok bai. 













Wednesday 3 December 2014

Review Teh Tarik Madu Warung Pak Mat

Assalamualaikum & Hai..

Tajuk pon dah tahu aku nak cerita cerita apa kan..pagi ni macam free sikit..mood pon tengah happy so bolehlah menconteng-conteng entry baru =)


Baru-baru ni kitorang dah merasa teh tarik madu yang orang dok sebut-sebut tu..Makin lama makin femes tempat tu..Memang dah plan nak jalan sini bila balik KB.. Balik KB memang selalu dating ber2 sebab budak kenit tu tinggal dengan tokma & acik2 dia..hihi..Tempat tu menhala ke PCB.. Kalau betol jalan ke PCB jumla lah signboard dia kecik je tepi jalan..hihi..Mata tu kena tajamkan sikit..Kedai dia tepi sungai..Memang tulis besar "WARUNG PAK MAT"


Yang special sangat kat sini selain teh tarik madu yang "berantu" tu, sup ikan gear box dia memang power gila. Seyes tak tipu memang sedapppp sangat. Kitorang tak amek ikan kitorang mintak sup dia je..sebab kitorang memang tak suka ikan dalam sup..hihi.. Nak merasa sup yang orang cakap best sangat tu..Ternyata memang sedap sangat! Harga pulak ada orang cakap mahal ada yang cakap berpatutan. Entahlah sebab aku tak amek ikan tu aku rasa murahlah. Kitorang makan nasi putih daging goreng 2 pinggan, sup 1 mangkuk dan teh tarik madu sejuk 2 gelas. Total RM12. Murahlah kan. Memang puas hati. Yang orang cakap mahal tu mungkin isi ikan tu..memang sampai RM90 semangkuk. Tapi ikan tu besar. Berbaloi kot sape yang suka sup ikan. Oh ye daging goreng dia pon sedap. Lembut..memang puas hati makan situ. Air dia pulak? Takyah citer lebih2. Segelas sorang takkan cukup..huhu..Kalau makan dalam hujan lagi umph kot. =P


Nanti balik kb wajib merepeat lagi.. Tengah taip entry pon sambil telan-telan air liur..haha.. =P




 Teh tarik madu ni memang sangat ohsem! madu dia jadi buih2..air dia pulak tak manis..cool!








Nasi + Daging Goreng + Sambal Belacan + Kuah Sup.  Heaven!