Tuesday 25 February 2014

Dah Setahun Bersama Nour Ain Skin Care =)

Assalamualaikum & Hai

Sedar tak sedar dah setahun rupanya aku dengan Nour Ain.. Bermula sebagai pengguna..lepas tu dealer..lepas tu jadi Stokis..Alhamdulillah.. Cepatnye masa berlalu.. Hurm..Dalam masa setahun tu jugaklah aku merepeat order nak beli Skin Care Nour Ain ni..Mula-mula order sikit-sikit lepas tu ada rezeki lebih aku oder berbukit-bukit..heeee..Alhamdulillah semua Out Of Stock!! =)



Semalam stock baru tiba lagi...Semalam jugaklah aku terus pergi pos barang-barang yang cust dah booking..Belum lagi panas stock tu nak duduk dah kena jalan lagi..Pergilah wahai barang ke tempat tuan baru korang..hihi..Ada yang beli secara borong..ada yang beli secara 'loose'..boleh belaka yer..Sementara stock banyak lagi ni memang boleh beli secara "loose". Saya tak kisah janji korang puas hati =).. Ramai jugak cust yang tanya dah berapa lama guna produk ni.. Aku sendiri pon tak sangka dah setahun uolss.. Tipu la kalau aku cakap tak pernah skip langsung..Pernah okeh..Selalu..Hehe lebih-lebih lagi time malam..So bagi korang yang ragu-ragu takut ada effect apa-apa kalau ter 'stop' guna..Inshaallah OK.  ^__^











Ok kawan-kawan sesiapa yang berminat jom laju-laju wasap saya..Harga saya mesti terbaekk!! 

017-2526834





Wednesday 19 February 2014

Jom dapatkan Skincare Nour Ain yang tengah meletopss sekarang!!

Assalamualaikum & Hai Uolss..




Hai korang..
Jom dapatkan Skincare Nour Ain sekarang!
Malas nak explain panjang giler..sebab sekarang ni memang semua dok mencari-cari Nour Ain..Untung orang nama ni..Disebut-sebut..Namaku dibibirmu..hihikkss
Ni kali ke-4 saya merestock Nour Ain sebagai Stokis di Pahang.
Selepas Nour Ain keluar dalam Buletin Utama baru-baru ni memang bertubi-tubi cust tanya ada stock lagi tak? Ada stock lagi tak? hehe.. Inshaallah barang baru akan sampai next week yer korang..Lepas ni order terus.. testimoni tentang nour ain memang dah banyak kali saya bagi.. Saya bagi testi saya sendiri..Tak mau orang lain.. Nanti bila cust tanya senang saya nak jawab. Kalau saya tak dapat jawab saya akan usulkan terus kepada pengasas..Biar terang lagi nyata...



Kadang-kadang ada jugak cust tanya ada tak jual barang lain..hihi maaf dik..Hakak ni memang susah nak try barang-barang baru yang tengah meletop-letop ke..tengah in la orang cakap..Memang tak terkejar dik nak ikut arus keluar masuk produk zaman sekarang.. Nak-nak pulak bila tanya ada sijil HALAL ke KKM ke..Ada yang ada tu ok la..Ada jugak yang jawab tengah mohon..dokumen dah hantar..Lagi teruk takde sijil HALAL & KKM...hewhewhew..bahaye dik non..Ada jugak time meletop-letop berebut orang nak try..lepas 3-4 bulan senyap dah...Lepas tu keluar produk baru pulak..testimoni retis-retis yang dah kompem2 kacukan mat saleh..Bila pakai gebu gebasss..hehe..Jangan main tibai sebab nak cantik.. Kaji betol-betol bila rasa ok..Up tu u..tepuk dada tanya selera =P.


Ok..biasalah ayat seller mesti nak up barang sendiri..hihi.. Tapi kalau betul-betul berkesan tak salah share dengan orang ramai.. Anda untung saya pon tak rugi..win win situation..Sesiapa berminat produk Nour Ain yang ternyata HALAL dan ada sijil KKM jom wasap cepat-cepat.. Sekarang memang macam goreng pisang panas.. Kalau uols tak cuba memang takkan tahu..Nak tahu kena try sendiri..hikhik..Lagi satu yang korang patut tahu produk ni dah 9 tahun di Malaysia..diusahakan oleh Muslim di kedah nun..Saya pon tak sangka dah lama..Sebab saya kenal pon awal tahun lepas. Sekarang dengar-dengar cerita depa tengah nak pasarkan di negara China pulak.. Tahniah.. ceq bangga dengan hang! =P


Tapi kali ni ku tak berkeseorangan..


Jom saya kenalkan my agent .. Agent saya ni antara orang yang paling terdekat dengan saya..DAN mereka pon menggunakan Produk Nour Ain ni sejak saya memperkenalkan kepada they oulss! =P




Agent pertama My BFF NorFaridah. Dia akan cover daerah Seremban & Kuala Lumpur. Sesiapa area sana nak self pickup dialu-alukan..Sebab sebelum ni ramai cust tanya nak self pickup je sebab barang nak sampai cepat..Nah.. Sila contact beliau... beliau memang menggunakan produk ni since baby..hehe..takla..since saya suruh dia try lah..Apa-apa boleh tanya dia..Dia boleh jawab sebab dia pon pengguna..Bila dah nama pengguna sebarang soalan mesti dapat jawab =P.
Nor Faridah : 012-6241801






  




Agent Kedua My SIL Siti. Dia akan cover area Temerloh. Orang-orang yang terdekat dengan dia boleh direct kepada dia..Jangan risau dia baik-baik aje macam saya..ngeh3.. Dia pon pengguna Nour Ain sejak tahun lepas macam saya jugak. Kalau ada yang ragu-ragu sila jangan segan-segan tanya..Macam mana nak guna sila tanya dia bertubi-tubi sampai dia mengah nak jawab..hehe..



Siti Khairul Bariyah : 017-9883357




Ok korang sesiapa nak dapatkan produk Nour Ain yang best dan terbaik ni boleh jugak direct kepada saya.. Lagi ceq suka =) lai lai lai lai.. Hot Sale!! 

wasap/ text me @ 017-2526834

~Gunakan tanpa was-was ~










Monday 17 February 2014

PAVLOVA in the House!

Hai & Assalamualaikum ..


Weekend baru ni 16.02 hari ulang tahun kelahiran my hubby yang comot tu..heee..Tapi hari tu memang takde luck..huhu..Dia demam yang agak kronik..Memang terbaring berbungkus macam nangka busuk..hehe..Kesian pulak kat birthday papa ni..Petang tu jugak kitorang pergi klinik ambik darah..Alhamdulillah ok..Takut jugak suspect denggi..Sekarang ni memang musim denggi pon..Masa pergi klinik haritu pon ramai sangat orang bawak baby..Kesian pulak..Harap-harap baby-baby yang aku tengok tu dah baik sekarang =)


Hari ahad tu jugaklah aku merajinkan diri nak bukak oven semula..Selepas beberapa lama aku menyepi dalam dunia membaking..Now im back!! teheee..Macam la pro sangat kan..Tak kisahlah janji apa yang aku niat akhirnya berkesudahan dengan baik..Tercapai jugak niat aku nak buat PAVLOVA.. Kebetulan whipping cream memang dah ada dalam peti..Bahan-bahan lain senang je..Fresh fruit tu yang leceh..Nak pulak buah strawberry tu memang certain tempat je yang ada..Kalau kat kuantan ni giant la tempat aku cari..Ingat nak cari blueberry.. Tapi takde..cis keciwak..Aku pon beli je anggur hitam..aku pilih buah yang kecik2 supaya dia menyerupai blueberry..hakhakhak..


Masa aku bakar meringue tu kitorang sempat keluar pergi klinik hantar hubby. Balik dari klinik meringue dia tak masak lagi..1 jam 15 minit masih tak masak..hewhew..So aku tambah la 30 minit lagi bagi dia betul-betul masak bahagian dalam tu.. Lapisan luar mesti crunchy bahagian dalam lembut-lembut macam marshmallow gitew ^__^


Lepas tambah masa alhamdulillah jadi..Nak buat PAVLOVA ni meringue dia ni mesti jadi..Kalau tak mesti spoil..Kali ni dah kali ke4 aku buat..Ada yang jadi ada yang tak..heee..biasalah chef amatur macam aku ni memang ada  kekhilafannya. Lepas masak tu cepat-cepat aku putar whip cream then pipe guna nozel atas meringue tu.. Part yang paling best masa atur buah-buah atas meringue tu.. Masa ni nak syok sendiri pon takpe..hihi





Meringue yang sudah tersedia nak dimekap kan =)






Pipe Whip Cream on It






Pipe guna nozel lagi baik =)







Present!  Lilin tu yang 3 tahun lepas punya aku simpan tapi tak pernah guna lagi..Aku belek-belek atas almari jumpa dalam paper bag..Nasib baik ada..Lilin ni jugak sempena birthday papa dia 3 tahun lepas. Masa ni aku tengah mengandungkan budak bertuan tu =)







Tutup lampu kasi nampak cantik huahua..! Cantik tak ? Cepat cakap cantik =P







Masa panggil orang demam ni tiup lupa pulak nak pasang lampu..hihi..Nanti nak suruh dia repeat tiup ada jugak aku kena marah kang..Orang tu dah lah tak larat nak bangun..Ni pon sebab nak jaga hati bini..hihi







Cepat je aku potong..tapi aku yang makan..Orang demam tu takde selera pon nak makan benda manis -manis ni.. Dia cuma kutip-kutip buah je nak jaga hati bini dia lagi..haha..Takpe abg i paham..Jangan paksa diri ok.. =P







To abang, 






Selamat hari jadi..Semoga jadi suami & papa yang baik kepada kami. Semoga abg sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di duniawi dan ukhrawi.. inshaallah mama & adik akan sentiasa bersama papa selagi Allah swt mengizinkannya.. Alhamdulillah.. We love u papa till death do us apart!


Love,
Mama & Adik





Macam cedap jer..macam cedap jer mama! =P








Excited adik nak makan..







 


Thursday 13 February 2014

Heidi Hoodie By Al Humaira Contemporary

Assalamualaikum.. Happy friday uolss..Esok cuti yeay! Tapi my hubby keje weekend ni so berperam dalam rumah jerla weekend ni..Tapi my SIL on the way datang sini..So boleh lah jadi penaman masa weekend aku..tak sabar nak tunjuk kat dia instant scarf yang baru sampai ni ..haha..Gitu lah orang pompuan..Asal berjumpa jer mesti share apa yang kitorang suka..Barang baik of course lah share..Takkan nak makan sorang2..cet! =P




Ok aku macam excited nak cerita tentang instant scarf koleksi terbaru dari Al Humaira Contemporary yang aku baru dapat ni.. Actually aku takdelah peminat tegar brand ni tapi kalau ada part yang kita suka tak salah nak cuba..Abg posmen belum naik van lagi aku dah sarung tudung ni..haha..Giler instant! Tak payah nak belek-belek cermin bagai..Sarung dan siap! Kain dia sejuk..best ..memang tak panas..Yang penting permukaan muka yang selesa dan dapat tutup bahagian dada.. Belakang dia pon takde lah pendek sangat.. Mula-mula masa nak beli tu takut lah jugak pendek kat depan ke..singkat sangat kat belakang ke..Tapi Alhamdulillah.. Memang puas hati..Kain dia lembut takyah gosok takpe bagi orang yang malas macam aku neh..huhu..Tapi kalau gosok lagi cantik..Bila korang pakai baru terasa kesedapannya..huahuahua!






Nampak sangat kedutan tu..hehe..Biarlah muka tembam macam pau pon..saup je ke muka =)





Mesti korang terasa nak try kan? Pergi website dia SINI.. Pilih-pilih mana yang berkenan..Tapi rasanya ada kaler-kaler yang dah sold out..Takpe boleh tunggu dorang restock kot..hihi memandai je aku kan..Sekarang ni dealer dorang pon dah banyak..cari je kat FB.. Sure jumpa =).. Seriously berbaloi-baloi & value for money. TATA




Wednesday 12 February 2014

Jalan-Jalan & Tips Budget Ke USS!! =)

Hoolaa..Assalamualaikum..dia datang dah..mode update entry datang dah..hihi..Bukan senang tau nak cipta mode mendatangkan ni..haha..Tajuk pulak tak tahan..Nak bolot keyword search lah sangat kan? huahua..



Yeay jom nak share pengalaman kami jalan-jalan ke USS ni..Bagi kawan-kawan yang nak ikut tips yang saya bagi silakan..Dunt shy2..Im glad to help u =).. Fyi taknak tau ke? Kena tau jugak ..Ini boleh jugak dikatakan last minute punya plan dengan my BFF tu.. Hari jumaat nak pergi hari khamis baru terhegeh-hegeh mak hayam nak book tiket la..bas ke USS la..hotel la..Passport la..Ha kau memang giler2 punye last minute punya plan. So bagi korang nak pergi sana boleh je ikut perangai mak hayam macam kami..HAHA..Ops lupa nak pesan..Sesiapa ada anak kecik wajib bawak orang lain untuk jaga anak korang bila korang nak main-main dalam tu..hehe..Kalau tak main rugi lorh!



Nak jadikan cerita..Petang kamis tu baru lah kawan aku tu cakap OK JADI!! Giler?? Boleh pulak main jadi2 tinggal berapa jam nak gerak..huhu.. Mula lah gelabah nak book tiket nak masuk USS tu..Mula2 kawan aku try pakai online sebab orang cakap pakai agent mahal..Kalau beli online dapat lebih kurang RM157.50 lepas diskaun 15% kalau guna mastercard maybank. Tapi lepas cuba banyak kali still tak lepas..Biasalah bila buat kerja last minit memang gelabah dia lain..haha..Ok nak dipendekkan cerita aku try lah google tiket uss murah.. yang penting murah! Alhamdulillah cepat bebenor aku bertemu dengan kejayaan.. Harga tiket dia RM 195 seorang..Mahal kan? TAPI!! Include bas dan makan 10sgd (RM25) dan lagi 5sgd (RM12.50) utk shoppinggg!! Ha kau? Barapa hengget jimat?? Kira lah sendiri..Bila makan kat sana sendiri mau hengat lah mahal mencekik =P.. Tapi makan tu memang kena topap sikit la..At least dah dapat berjimat sikit...Ulang lagi sekali?? JIMAAAT ! =) Boleh contact En. Hilmi 019-4491170.. Untuk kanak-kanak bawah 4 tahun its FREE! Sesiapa anak belum 4 tahun cepat datang sini nanti masuk 5 tahun dah kena bayar =P



Ok dah settle bab tiket & bas. Now passport! Antara benda yang penting bila nak masuk negara orang..Mana boleh main redah je..huhu..Nasib baik lah kat kuantan ni ada UTC.. Sekarang dah boleh siap 1 jam je..Memang tepat malah awal lagi sebab orang tak ramai masa tu..Alhamdulillah sangat..Betapa aku bersyukur ada kemudahan bila ada Pejabat kerajaan bukak malam macam ni..hihi ..Lepas maghrib kitorang pon bergegas la pergi UTC tu.. Naik tingkat 2 dah ramai orang tunggu depan pintu..Aku pon cepat2 lah menyelit..Masa tu pukul 7.50 malam..pukul 8 malam baru bukak..Sambil beratur sambil pikir macam mana aku nak memboloskan diri untuk menghampirkan diri ke mesin no giliran tu..Makin nak dekat pukul 8 makin berdebor jantung aku..Aku siap tengok orang tepi kiri kanan depan belakang aku..Napelah time aku nak buat passport ni ramai jugak nak ikut..Tengah tunggu nak masuk tu aku dapat mesej dari laki aku kat belakang. Main mesej2 pulak datang jerla..



 "Nape pergi JPN bukan Imigresen?"



Nampak tak? Nampak tak perangai tergocoh-gocoh mak hayam kat situ? Mohon gelak sekarang. LOL. Ini lah akibatnya plan last minit. Dengan malunye aku keluar barisan..kekekeke




Adoiillaaa..Bila nampak orang berkumpul ramai-ramai tak pandang dah papan tanda apa kat pintu..Padahal Imigresen sebelah je JPN tu..Dah lama bukak..Tenang je takde pon orang beratur..HAHA..Vengonggg! Itu orang ramai2 nak pergi tukar mykad derr! Ceh beriya aku beratur siap berdebar2 jantung ni pikir macam mana nak berlari ke mesin no giliran! Huh! Uolls pergi masuk JPN ai nak pergi sebelah =)



Sampai2 je kat kaunter no giliran orang tu tanya ada bawak gambar? Aku tunjuk gambar..Sekali silappp! Dia taknak gambar background biru tapi putih!  Puffffft! Dan-dan pulak masa tu tempat amek gambar dalam tu tutup. Biasanye bukak je untuk kes urgent macam kami ni. Terpaksalah kami 3 beranak terkocoh-kocoh mak hayam berlari keluar cari kedai gambar..HAHA..nasib baik ada yang dekat..Tak pasal2 terbang duet RM36 untuk cuci 3 gambar express anak beranak..Dah rugi kat situ..Elok-elok boleh makan nasi beriyani kat uss dapat makan nasi lemak 20 sen jer..hehe..Potong budget shopping =). Dah siap2 semua pergi pejabat Imigresen semula..Korang jangan lupa kalau anak kena bawak original surat beranak tau..Ceh pandai nasihat kat orang.. Yang mak ayah just guna IC. Pasport anak RM80 & Pasport Dewasa RM100 untuk 2 tahun..Haa lepas ni kumpul duit jalan obesi lagi bagi berbaloi sikit buat passport..hewhewww. Anak memang kena bawak tak boleh tinggal..Sebab masa nak buat & nak collect passport mesti nak amek cap jari..So kalau anak 10 orang kerat je ibu jari 9 orang bawak sorang je yang berjari..HAHA.. Pleasse jangan kontroversi kan ayat aku tuh..Joking okeh..Kang tak pasal-pasal timbul kat paper "blogger suam2 kuku ajar cara-cara buat passport secara kejam". HAHA..Jangan okeh.




Pagi esoknya kami bergerak ke Seremban umah kawan aku tuh..Then petang tu baru lah bergerak ke Johor Bharu..Sampai pon dah malam.. Mula-mula cari tempat bilik tido dulu then baru makan..Mula-mula kami tanya tune hotel..Adeyhh bila cari walk in macam ni memang agak mencekik sikit. dinasihatkan kalau nak murah kena beli awal secara online. Malam tu..Kalau untuk bilik biasa tambah aircond RM176! Huh! Kalau kosong RM130..Mahal gilos..Sampai dah nak dekat pukul 12 malam..Esok pulak pukul 7 pagi dah nak gerak memang membazir..Lepas tu kami pusing-pusing area tu memang banyak..Dulu aku pernah tido kat KOZI Hotel RM130 tak silap untuk 1 malam..Tapi bilik dia takde tingkap & kecik..Macam lemas jer..Tapi alhamdulillah kitorang jumpa hotel selang beberapa buah je dengan KOZI hotel tu nama dia Golden Leaf Hotel  RM88 untuk 1 malam..Kitorang book 2 bilik..Bilik dia ok yang penting ada tingkap..Tapi 1 je tak best kena naik tangga sikit la ke tingkat 3.. Actually harga dia RM99 tapi malam tu dia bagi diskaun RM88 sebab nak book 2 bilik kot.. Rejeki kami =) Syukran! Ok boleh makan nasi beriyani semula save RM10 hengget!




Oh ye lupa..Duit. Duit korang patut tukar kat mesia dulu sebab kat sana mahal sikit dia amek..Masa ni kalau nak convert bahagi dengan 2.6sgd..Tapi masa ni lah tragedi vengongg aku buat lagi perangai tergocoh-gocoh mak hayam yang semalam. Maalm tu singgah JJ Tebrau nak tukar duit..Sampai kaunter aku cakap lah nak tukar USD..Aku bagi la RM400..Bila dia bagi duet USD tu cepat2 aku masuk handbag..Masa tu tak tengok2 dah..Dengan kompemnya aku bawak duet tu ke singapore! HAHA..Jangan lah gelak sangat..HAHA..




Esok pagi-pagi bas akan tunggu depan pagar tune hotel..Pukul 7.15 korang dah patut standby..Masa ni akan ada orang bagi tiket yang kita dah book dengan agent kat atas tu. Bas gerak ke woodland dalam pukul 8 macam tu bila dah siap bagi taklimat serba sedikit tentang nak masuk kastam nanti nanti. Masa dalam bus aku pon kira-kira la duet yang aku dapat tukar semalam..Aku rasa macam tak cukup jer..Masa ni patut aku dapat RM 153.84 SGD 2.6 masa ni. Tapi aku kira-kira aku dapat RM119 je..Tiba-tiba ada suara kawan aku



"Eh nape duit awak lain? Eh tu duit Amerika lahhhhhhh!!! HAHAHAHAHAH !!!!!!"




United States Of America! LOL..Akan ku kenang sampai akhir hayat





Hahaha nampak tak? Perangai akibat tergocoh-gocoh mak hayam aku? Aku bantai nye sebut USD! Padahal SGD! Aku ingat semua dolar sama..haha..Nampak sangat tak pernah pergi obesi! Orang kat money changers tu pon satu.. Takkan lah aku nak pergi jumpa Obama..Aku nak jumpa Transformers jer! HAHA.. Muka ni layak ke nak pergi Amerikaaaaaa!! Cis ni semua amoi tu yang vengonggg! HAHA..Disebabkan dia aku rugi RM54 hengget lepas convert USD ke SGD masa kat singapore! Cis..Anggan nak makan nasi beriyani tak kesampaian..Nasi lemak pon tidak! Last2 makan burger! HAHA.. Korang pleasee jangan buat perangai merugikan ni..! Im begging uolss! =P.. Masa ni kami ber4 gelak tak hengat donia! Silap2 kalau 1 bas tu tau mau 1 bas tu gelakkan aku..Dengan driver2 sekali..Hehe..




Oh yer..Sebelum masuk Singapore kita akan masuk kastam 2 kali.. Malaysia & Singapore..Masa nila leceh sikit..Naik turun bas 2 kali.. Tapi jangan risau selama maan pon korang berurusan bas akan tunggu..Muka tu cover sikit depan kaunter jangan nampak kalut mak hayam sangat macam aku! Mula nak cop passport je..Yang bawak anak kecik tak boleh lalu auto gate kena ikut kaunter..Sebab nak cop jari anak..Lepas tu naik bas balik..Dalam 10 minit macam tu akan turun balik masuk kastam balik angkat semua barang2 yang kita bawak termasuk stroller..Masa ni leceh sikit lah..Agak lama jugak tapi tak sampai 1/2 jam kot beratur..Masa ni scan segala benda..Masa ni takdelah crowded mana..Orang memang berlari-lari sebab nak cepat punya pasal..Tapi kalau musim cuti sekolah tak tau la suasana dia macam mana..Mesti lama giler beratur kat sini.Dah settle semua naik bas balik..Kitrorang sampai USS dalam pukul 10 macam tu..Masa dah sampai kat singapore pulak mostly orang kat sini cakap omputeh! Nak tanya mana tempat money changers punya lah susah..Sebelah je kot dengan mesia korang kena prepare bahasa melayu..huahua..Cari punye cari rupanya kat bawah parking bus tu ada..Beriya aku nak speaking sampai terbelit2 lidah ni..Rupanya nama kat bahu "shuhada" tapi muka chinese meh..Ceh..Malu pon ada sebab aku pegang duit Amerika..haha..lantak engko lah nak pikir apa janji aku dapat tukar duit singapore..Anak aku tu menangis2 dah nak aiskem..Duit nak beli takde..huhu sadis masa ni..Dah lepas tukar tu cepat-cepat  masuk USS! Here We Go! Our Holiday Has Begun ! =)



Jom layanzz gambar-gambar yang sempat kami amek. Masa ni kalau in groupig make sure jangan jalan jauh-jauh sangat antara satu sama lain takut sampai ke sudah tak jumpa..huhu..Sebab nak call takde line melainkan korang roaming hp tu.. =). Kalau nak pergi mana-mana mesti pesan jumpa balik kat mana-mana. Nanti spoil =P






Ni masa pagi2 naik bas ke Woodland








Universal Studio Singapore Globe.. Antara tempat wajib bergambar bila datang sini..Bukti ni =)





A day for us to remember =)








Motip Selfie sini??








Nasib baik dia tak mintak nak mandi dalam ni








Sebelum kita jalan tak tentu arah..Katam MAP dulu,, barulah boleh bergerak..Sebelum masuk sini mesti ada ni kalau tak huru hara lah hidup korang lol









Antara patung yang terawal kami jumpa..Nak bergambar setiap orang dalam patung ni kena beratur..Tak kuase mak..haha







Pinjam topi sat naa






Mula-mula permainan yang kitorang naik di Madagascar..Beratur dalam 10 minit then naik bot..Masuk dalam tempat gelap..Dalam tu ada  macam2 kartun animasi dalam cerita madagascar tu bercakap-cakap.. Fun jugak tapi anak aku tu nanges! Sebab masuk tempat gelap..hewhewhw






Roarrrrr! Orang kat depan tu siap ajar cara nak amek gambar..hikhik









Mula-mula happy lepas tu uwaaaa! Haishh







With papa the hulk =P








Beware Of Foosa! Game yang ada di Madagascar.. Kena try!





Kemain happy muka masing-masing..ngeeee =) Here we gooo!







Ni Bot dia







Antara karektor kartun animasi yang ada dalam ni







Ni kat mesia berlambak dik..hewhewhew






Kemain tingginye orang sebelah..hihi




Kitorang sempat main 2 game je..Lepas tu perut dah krukkk3..Pagi tadi pon makan roti je dalam bas.. Kitorang  singgah makan mana yang dekat je..Tempat ni ala-ala A&W.. Fastfood.. Kedai makanan melayu ada tapi kitorang malas dah patah belakang balik..Makan burger je..Ceh budget matsaleh la..huahua.. Tapi jangan makan sembarangan tau.. Kita tengok dulu kat pintu ada tanda HALAL tak..Biasanya kat map dia dah mention samada restoran tu ada HALAL atau tidak..So boleh makan tanpa was-was =P






















 
Kami order ni untuk 3 beranak..Total SGD28..Erkk kalau darab dengan 2.6 memang tak lalu makan benda ni kalau rege macam ni kat mesia..Tapi kitorang kan ada voucher makan 10sgd sorang..So time ni lah nak guna..Jimaattt..So kira aku topap dalam sgd8 jela.. Tak jadi nak makan nasi beriyani..kekeke.. Rasa dia not bad.. Alhamdulillah..





Hollywood =)







Kami tak masuk pon..





Lepas makan tu kitorang masuk LIGHTS, CAMERA , ACTION!! Mula-mula dia akan brief serba sedikit tentang macam mana nak buat filem lepas tu dia tunjuk secara real..weohoo..teruja okeh..Korang jangan duduk dekat sangat dengan bot tu..Bot tu akan jatuh masa tu ribut taupan semua keluar..Air akan terpercik..Splashhh! Yuhuu basah sudaa...





Light , Camera , Action !! Hosted by Steven Spielberg







Masa bot ni kuar..Waaaa impressed giler..Nasib baik tak keluar Jackie Chan je..=P





Masa Sesame Street ni buat show anak aku lah paling seronok..Dia tengok sambil berjoget-joget atas meja makan orang..ngeee..Dia enjoy sangat..Lama jugak show ni..Best!





Na Na Na Na Na







Tu muka excited =)







Bumble Bee Bottle ! Tapi muka tak macam orang jahat je botol tu lol

Auwww sayang dia kat botol air tu..Sampai sekarang dia panggil air robot..Masuk dapur je mesti mintak "Mama nak air robot" Ngeee..Dik mama hadiah nak bagi rajin pergi sekolah nanti tau.. Harga botol ni SGD 28.90 sekali dengan air buah! Kalau beli botol saja pon rege tetap sama ceh! Baru nak jimat tau ! haha..Actually botol ni aku memang dah aim nak beli..Kalau tak tekejut beruk jugak nak beli..Kalau convert duit mesia kalau compare dengan harga tupperware kalah lagi..bahaha.. Lepas ni simpan dalam almari kaca sebab sayanggg.. =P








Battlestar Galactica!! Huwargghh besau giler! Masa ni game ni tutup..Sikit pon aku tak heran dia tutup..Sebab kalau orang bagi 5k pon tak hengen aku naik!








Bumble Bee . Takde pon Megan Fox =P







Sesuai sangat dah dengan baju tu..hihi






Bagi can papa & mama bergambar dengan ROBOT








Masa tengah round tiba2 Optimus Prime keluar! Uwaaa jakun giler aku..Engkau benar-benar wujud Optimus Prime??  lol








Baru sekejap dia keluar orang dah beratur panjang giler nak bergambar dengan dia..Huh tak kuase aku nak Q bagai..Cukuplah amek gambar dari skala macam ni..bahaha







Hey U! Come Here!!










Okeh kat sini korang WAJIB & HARUS & MESTI masuk dan naik ride dia..


Transformers The Ride!! Memang giler2 ohsome! Memang sangat-sangat best..Masa ni baru terasa berbaloi masuk USS haha..Aku bagi 100 bintang!!..Mula-mula aku malas masuk sebab kena beratur lama..Dah lah anak tak boleh..Takkan nak naik sorang-sorang..Bila kawan aku cakap best giler sebab dia sanggup beratur lama-lama tadi..huhu..Kitorang pon pas battern jaga anak kat dorang..Tenkiuuu! Ini lah gunanya bawak kawan..haha...Aku dengan hubby pon beratur la..Nasib kami baik sikit sebab Q dalam setengah jam jer..Dia punya laluan Q gile panjang..Memang panjang giler nak sampai ke destinasi..Tapi jangan risau korang Q tempat berbumbung..Macam-macam ada dalam tu..



Disetiap game mesti ada kedai souvenirs..Keluar je mesti lalu kedai-kedai dorang dulu. Pandai tau.. Memang dah niat nak beli t-shirt untuk kenangan kat USS..Kami pilih baju kat kedai Transformers. Ikutkan hari di setiap kedai souvenirs niaku nak beli t-shirt dan Frigde Magnet.. Hihi tapi bila budget ciput ini la kekdahnya.Pilih yang mana berkenan jer.. T-shirt untuk papa dia SGD36.90 si kecik tu SGD24. Cukuplah tu je dalam budget..hewhew..






Muka Puas =)






Antara yang ada sebelum sampai ke game robot tu







Ini lagi..aku tak tau apa benda nak namakan dia







Ancient Egypt







Papa tengah pujuk anak dia suruh tido..hehe








Tengah berlegar-legar kat sini..Kuar pulak pelakon mat saleh ni..Tak sampai 1 minit dia kuar ramai je orang Q..berhemah betol uolss ni tau..haha..kali ni kitorang Q nak bergmbr dengan dorang..








Punya la tinggi laki tu..huhu







Ni kitorang tak sempat naik..Alah tak best pon =P







The Lost World Jurassic Park






Game dalam ni best..Tapi bukan yang bergantung kat atas tu..Yang tu kitorang tak naik pon..Tak jumpa mana pokok pangkal nak naik..huhu..





Jurassic Park Rapids Adventure! Memang Best giler..Masa ni la kita patut pakai Poncho / baju hujan..Kitorang dah standby beli kat watsons RM4 je..Kalau kat sini Sgd7 rasenye..hoho..mahal..Naik ni memang kena pakai Poncho kalau tak memang basah! Tapi ada je orang tak pakai yang mana pasghraaah jela .. 



Tapi korang jangan risau..Kat sini ada tersedia Drying Pods ni.. Jangan bimbang kalau kuar dari tempat tu basah kuyup ..



Tengok boleh masuk together2 lagi..Jangan risau orang takkan pandang serong nye..lol




Jaga-jaga..telur dia nak pecah dah!







Haaa tengok dah menetas dah..alaaa kiut miut nye baby dia.. suara pon serak-serak basah..haha korang jangan tertipu sangat okeh macam budak tadika..Dia memang gerak-gerak pon..Memang nampak real okeh..Tapi kita yang besar ni pon selok nak rasa badan anak dinosor tu..Tapi anak aku takut nk pegang..











Bagi korang yang lupa bawak stroller ni ada khas untuk sewa..15sgd perday..Kalau tak silap yer..Lupa lah






Ohoo kecewa dah tutup masa kami sampai sini..





Far Far Away antara tempat yang korang wajib masuk..Ada anak lagi seronok..Sebab tak semua game yang dia boleh masuk untuk anak yang bawah4 tahun ni sebab tak cukup ketinggian..huhu.. Dalam ni macam tengok wayang tapi secara 3D.. Memang best..Bila labah keluar ramai-ramai terasa kat kaki kita ada labah-labah jugak..Meroyan aku menjerit masa ni haha..Bila Shrek naik kuda kerusi kita pon turut bergerak-gerak macam naik kuda..Bila Donkey bersin hingus dia pon tempias kena kat kita..Haha..air je okeh..Tapi masa duduk dalam ni banyak kali jugaklah kena hingus donkey tu..Very Good Effect!! Kat kedai sourvenirs Far Far Away ni beli baju untuk mama pulak. SGD24..Ok sudah. Adil setiap orang dapat bawak balik kenangan =)







Far Far Away !






Mereka ber4









Puss In Boots!! Kawan aku yang sorang tu selok Q nak bergambar dengan kucing gatal ni muahaha..Tengok aksi dia dengan amoi ni..Pandai tau kucing ni beraksi..tetiba teringat kucing curik ayam aku kat tangga semalam..LOL









Ewahhh..dik lenggang kangkung nampak =P










Nanti dah besar baru adik naik yer..Mama & Papa  boleh support dari bawah =)









My Best Buddies!!









Hakak ni ajak bergambar dengan binatang ternakan dia =)








Kebetulan sangat masa kami lalu kat sini dinosor ni tak ramai orang lagi..Kira tak payah Q lah..Cepat-cepat amek kesempatan..Garang seh dino ni..Sekejap kang hentak kepada kat lori..Terkezutt ai tau.. Anak aku macam biasa nangess kalau bunyi kuat-kuat macam tu..hiii.. Takpe dik nanges lah..Mama pon tekezut2 bergambar dgn Abg Dino neh =P







Uwaaaaa,,,,! Kena paksa bergambar dengan dinosorrr..
                           





See.. Lepas tu ramai giler manusia datang..Crazy Crowded..Fuhh nasib baik sempat






Laki tinggi 2 orang neh buat muka pelik dekat 2 orang pendek tu haha..Muka garang giler





Kat sini korang boleh masuk game Revenge Of The Mummy.. Dia macam roller coaster tu tapi dalam keadaan gelap..! Memang takut giler! Ni sebab kawan aku ajak je..Laki dia dgn laki aku tggu kat luar..Ceh tak jantan langsung..kakaka..Laluan nak sampai ke game ni pon bapok panjang giler..Berlari-lari anak pon puas nak sampai..nasib baik tak ramai orang..Aku ni nasib baik je..hehe..Ni untungnya pergi bukan waktu cuti sekolah.. Bila dah naik ni Tuhan saja yang tau..Memang bestt giler tapi takutt ya ampunn..Bergerak dalam keadaan gelap sekejap naik sekejap turun..Orang jerit toksah cakaplah..Macam kena histeria semua ..hewhewhew












Bagi orang Islam, dalam USS ada surau tapi kecik je..Bagi muslimah memang kena bawak telekung sendiri sebab telekung memang tak disediakan..Dalam map tu ada mention mana letak surau tu..Toilet pon korang jangan risau memang berlambak-lambak..Tempat nak refill air pon ada disetiap toilet..Tapi toilet dia takde air..Kalau nak masuk bawak botol air mineral lebih suci dan selamat =)



Jangan jadi macam aku..Dah nak balik barulah ternampak tempat refill tu..Dah beli air mineral SGD2.80 baru nampak..Ceh! Rugi tau.. Kalau convert duet mesia dah jadi RM 7.28! Huwargh jangan beli okeh..Bawak mineral dari mesia then refill kat sini banyak2.. Jimaatt.. =)






Tempat nak refill air








Tertidur depan surau..Masa ni dia dah mengantuk tahap kritikal. Dari pagi tak tidur2..Pukul 6.30ptg  baru tidur..Adeyy



Mama pon boleh tumpang sekaki sedut air otak robot!








































Kusyuk laki aku tengok pompuan skirt joget haha






Orang ramai pon dah berpusu-pusu nak balik jugak









Minion ni pon ramai peminat..Q panjang giler nak bermesra dengan dia..hihi..








Muhammad Ammer Hazim yang penakut Ya Ampunn!











Anak tido..Boleh nak lomentik2 bergambar kenangan di USS!..haha










Shahlan & My Hubby










Gelap..Masa ni memang dah gelap pon..Nak balik dah..Baibai Singapore 




Kitorang berkumpul kat bas dalam pukul 7.45 malam.. Pukul 8 bas sampai. Prosedur nak keluar macam yang kita masuk tadi.. Mula2 bawak turun passport je.. Then masuk kastam Malaysia baru bawak segala mak nenek yang kita beli.. Masa ni memang penat..Phewww.. Alhamdulillah kami sampai di JB pukul 9.15 macam tu lah.. Kitorang isi perut di Restoran Singgah Selalu Then terus shoot ke seremban..Tido umah kawan aku Jimaaat..! lol



Ok dah..Phewww panjang gilerrr..Lama giler aku nak siapkan entry ni..Harap sangat boleh membantu korang-korang yang nak jalan-jalan sini .. =)




Ang Pau ni di bagi masa kat pintu tiket masuk USS.. dalam ni ada voucher dapat aiskem free bila pembelian sgd3 di dalam restoran-restoran dalam USS =).. Dapat 2 aiskem free
                             





FM Transformer tu SGD 8.90 & 7.90. Yg USS tu ada SGD 5.90 & 4.90. Itu antara FM yang murah kat situ =).. FM wajib aku beli untuk FM Collector macam aku ..hehe..




Itu je yang mampu aku sharekan sepanjang berada kat sana.. Mungkin murah / mahal bagi aku mungkin sebaliknya bagi korang..Niat di hati nak bagi rujukan jangan di salah anggap pulak yer.. Okeh Penat dahhh..Assalamualaikum =)





USS... Sweet Memories!!