Monday, 17 February 2014

PAVLOVA in the House!

Hai & Assalamualaikum ..


Weekend baru ni 16.02 hari ulang tahun kelahiran my hubby yang comot tu..heee..Tapi hari tu memang takde luck..huhu..Dia demam yang agak kronik..Memang terbaring berbungkus macam nangka busuk..hehe..Kesian pulak kat birthday papa ni..Petang tu jugak kitorang pergi klinik ambik darah..Alhamdulillah ok..Takut jugak suspect denggi..Sekarang ni memang musim denggi pon..Masa pergi klinik haritu pon ramai sangat orang bawak baby..Kesian pulak..Harap-harap baby-baby yang aku tengok tu dah baik sekarang =)


Hari ahad tu jugaklah aku merajinkan diri nak bukak oven semula..Selepas beberapa lama aku menyepi dalam dunia membaking..Now im back!! teheee..Macam la pro sangat kan..Tak kisahlah janji apa yang aku niat akhirnya berkesudahan dengan baik..Tercapai jugak niat aku nak buat PAVLOVA.. Kebetulan whipping cream memang dah ada dalam peti..Bahan-bahan lain senang je..Fresh fruit tu yang leceh..Nak pulak buah strawberry tu memang certain tempat je yang ada..Kalau kat kuantan ni giant la tempat aku cari..Ingat nak cari blueberry.. Tapi takde..cis keciwak..Aku pon beli je anggur hitam..aku pilih buah yang kecik2 supaya dia menyerupai blueberry..hakhakhak..


Masa aku bakar meringue tu kitorang sempat keluar pergi klinik hantar hubby. Balik dari klinik meringue dia tak masak lagi..1 jam 15 minit masih tak masak..hewhew..So aku tambah la 30 minit lagi bagi dia betul-betul masak bahagian dalam tu.. Lapisan luar mesti crunchy bahagian dalam lembut-lembut macam marshmallow gitew ^__^


Lepas tambah masa alhamdulillah jadi..Nak buat PAVLOVA ni meringue dia ni mesti jadi..Kalau tak mesti spoil..Kali ni dah kali ke4 aku buat..Ada yang jadi ada yang tak..heee..biasalah chef amatur macam aku ni memang ada  kekhilafannya. Lepas masak tu cepat-cepat aku putar whip cream then pipe guna nozel atas meringue tu.. Part yang paling best masa atur buah-buah atas meringue tu.. Masa ni nak syok sendiri pon takpe..hihi





Meringue yang sudah tersedia nak dimekap kan =)






Pipe Whip Cream on It






Pipe guna nozel lagi baik =)







Present!  Lilin tu yang 3 tahun lepas punya aku simpan tapi tak pernah guna lagi..Aku belek-belek atas almari jumpa dalam paper bag..Nasib baik ada..Lilin ni jugak sempena birthday papa dia 3 tahun lepas. Masa ni aku tengah mengandungkan budak bertuan tu =)







Tutup lampu kasi nampak cantik huahua..! Cantik tak ? Cepat cakap cantik =P







Masa panggil orang demam ni tiup lupa pulak nak pasang lampu..hihi..Nanti nak suruh dia repeat tiup ada jugak aku kena marah kang..Orang tu dah lah tak larat nak bangun..Ni pon sebab nak jaga hati bini..hihi







Cepat je aku potong..tapi aku yang makan..Orang demam tu takde selera pon nak makan benda manis -manis ni.. Dia cuma kutip-kutip buah je nak jaga hati bini dia lagi..haha..Takpe abg i paham..Jangan paksa diri ok.. =P







To abang, 






Selamat hari jadi..Semoga jadi suami & papa yang baik kepada kami. Semoga abg sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di duniawi dan ukhrawi.. inshaallah mama & adik akan sentiasa bersama papa selagi Allah swt mengizinkannya.. Alhamdulillah.. We love u papa till death do us apart!


Love,
Mama & Adik





Macam cedap jer..macam cedap jer mama! =P








Excited adik nak makan..







 


4 comments: