Hoolaa..Assalamualaikum..dia datang dah..mode update entry datang dah..hihi..Bukan senang tau nak cipta mode mendatangkan ni..haha..Tajuk pulak tak tahan..Nak bolot keyword search lah sangat kan? huahua..
Yeay jom nak share pengalaman kami jalan-jalan ke USS ni..Bagi kawan-kawan yang nak ikut tips yang saya bagi silakan..Dunt shy2..Im glad to help u =).. Fyi taknak tau ke? Kena tau jugak ..Ini boleh jugak dikatakan last minute punya plan dengan my BFF tu.. Hari jumaat nak pergi hari khamis baru terhegeh-hegeh mak hayam nak book tiket la..bas ke USS la..hotel la..Passport la..Ha kau memang giler2 punye last minute punya plan. So bagi korang nak pergi sana boleh je ikut perangai mak hayam macam kami..HAHA..Ops lupa nak pesan..Sesiapa ada anak kecik wajib bawak orang lain untuk jaga anak korang bila korang nak main-main dalam tu..hehe..Kalau tak main rugi lorh!
Nak jadikan cerita..Petang kamis tu baru lah kawan aku tu cakap OK JADI!! Giler?? Boleh pulak main jadi2 tinggal berapa jam nak gerak..huhu.. Mula lah gelabah nak book tiket nak masuk USS tu..Mula2 kawan aku try pakai online sebab orang cakap pakai agent mahal..Kalau beli online dapat lebih kurang RM157.50 lepas diskaun 15% kalau guna mastercard maybank. Tapi lepas cuba banyak kali still tak lepas..Biasalah bila buat kerja last minit memang gelabah dia lain..haha..Ok nak dipendekkan cerita aku try lah google tiket uss murah.. yang penting murah! Alhamdulillah cepat bebenor aku bertemu dengan kejayaan.. Harga tiket dia RM 195 seorang..Mahal kan? TAPI!! Include bas dan makan 10sgd (RM25) dan lagi 5sgd (RM12.50) utk shoppinggg!! Ha kau? Barapa hengget jimat?? Kira lah sendiri..Bila makan kat sana sendiri mau hengat lah mahal mencekik =P.. Tapi makan tu memang kena topap sikit la..At least dah dapat berjimat sikit...Ulang lagi sekali?? JIMAAAT ! =) Boleh contact En. Hilmi 019-4491170.. Untuk kanak-kanak bawah 4 tahun its FREE! Sesiapa anak belum 4 tahun cepat datang sini nanti masuk 5 tahun dah kena bayar =P
Ok dah settle bab tiket & bas. Now passport! Antara benda yang penting bila nak masuk negara orang..Mana boleh main redah je..huhu..Nasib baik lah kat kuantan ni ada UTC.. Sekarang dah boleh siap 1 jam je..Memang tepat malah awal lagi sebab orang tak ramai masa tu..Alhamdulillah sangat..Betapa aku bersyukur ada kemudahan bila ada Pejabat kerajaan bukak malam macam ni..hihi ..Lepas maghrib kitorang pon bergegas la pergi UTC tu.. Naik tingkat 2 dah ramai orang tunggu depan pintu..Aku pon cepat2 lah menyelit..Masa tu pukul 7.50 malam..pukul 8 malam baru bukak..Sambil beratur sambil pikir macam mana aku nak memboloskan diri untuk menghampirkan diri ke mesin no giliran tu..Makin nak dekat pukul 8 makin berdebor jantung aku..Aku siap tengok orang tepi kiri kanan depan belakang aku..Napelah time aku nak buat passport ni ramai jugak nak ikut..Tengah tunggu nak masuk tu aku dapat mesej dari laki aku kat belakang. Main mesej2 pulak datang jerla..
"Nape pergi JPN bukan Imigresen?"
Nampak tak? Nampak tak perangai tergocoh-gocoh mak hayam kat situ? Mohon gelak sekarang. LOL. Ini lah akibatnya plan last minit. Dengan malunye aku keluar barisan..kekekeke
Adoiillaaa..Bila nampak orang berkumpul ramai-ramai tak pandang dah papan tanda apa kat pintu..Padahal Imigresen sebelah je JPN tu..Dah lama bukak..Tenang je takde pon orang beratur..HAHA..Vengonggg! Itu orang ramai2 nak pergi tukar mykad derr! Ceh beriya aku beratur siap berdebar2 jantung ni pikir macam mana nak berlari ke mesin no giliran! Huh! Uolls pergi masuk JPN ai nak pergi sebelah =)
Sampai2 je kat kaunter no giliran orang tu tanya ada bawak gambar? Aku tunjuk gambar..Sekali silappp! Dia taknak gambar background biru tapi putih! Puffffft! Dan-dan pulak masa tu tempat amek gambar dalam tu tutup. Biasanye bukak je untuk kes urgent macam kami ni. Terpaksalah kami 3 beranak terkocoh-kocoh mak hayam berlari keluar cari kedai gambar..HAHA..nasib baik ada yang dekat..Tak pasal2 terbang duet RM36 untuk cuci 3 gambar express anak beranak..Dah rugi kat situ..Elok-elok boleh makan nasi beriyani kat uss dapat makan nasi lemak 20 sen jer..hehe..Potong budget shopping =). Dah siap2 semua pergi pejabat Imigresen semula..Korang jangan lupa kalau anak kena bawak original surat beranak tau..Ceh pandai nasihat kat orang.. Yang mak ayah just guna IC. Pasport anak RM80 & Pasport Dewasa RM100 untuk 2 tahun..Haa lepas ni kumpul duit jalan obesi lagi bagi berbaloi sikit buat passport..hewhewww. Anak memang kena bawak tak boleh tinggal..Sebab masa nak buat & nak collect passport mesti nak amek cap jari..So kalau anak 10 orang kerat je ibu jari 9 orang bawak sorang je yang berjari..HAHA.. Pleasse jangan kontroversi kan ayat aku tuh..Joking okeh..Kang tak pasal-pasal timbul kat paper "blogger suam2 kuku ajar cara-cara buat passport secara kejam". HAHA..Jangan okeh.
Pagi esoknya kami bergerak ke Seremban umah kawan aku tuh..Then petang tu baru lah bergerak ke Johor Bharu..Sampai pon dah malam.. Mula-mula cari tempat bilik tido dulu then baru makan..Mula-mula kami tanya tune hotel..Adeyhh bila cari walk in macam ni memang agak mencekik sikit. dinasihatkan kalau nak murah kena beli awal secara online. Malam tu..Kalau untuk bilik biasa tambah aircond RM176! Huh! Kalau kosong RM130..Mahal gilos..Sampai dah nak dekat pukul 12 malam..Esok pulak pukul 7 pagi dah nak gerak memang membazir..Lepas tu kami pusing-pusing area tu memang banyak..Dulu aku pernah tido kat KOZI Hotel RM130 tak silap untuk 1 malam..Tapi bilik dia takde tingkap & kecik..Macam lemas jer..Tapi alhamdulillah kitorang jumpa hotel selang beberapa buah je dengan KOZI hotel tu nama dia Golden Leaf Hotel RM88 untuk 1 malam..Kitorang book 2 bilik..Bilik dia ok yang penting ada tingkap..Tapi 1 je tak best kena naik tangga sikit la ke tingkat 3.. Actually harga dia RM99 tapi malam tu dia bagi diskaun RM88 sebab nak book 2 bilik kot.. Rejeki kami =) Syukran! Ok boleh makan nasi beriyani semula save RM10 hengget!
Oh ye lupa..Duit. Duit korang patut tukar kat mesia dulu sebab kat sana mahal sikit dia amek..Masa ni kalau nak convert bahagi dengan 2.6sgd..Tapi masa ni lah tragedi vengongg aku buat lagi perangai tergocoh-gocoh mak hayam yang semalam. Maalm tu singgah JJ Tebrau nak tukar duit..Sampai kaunter aku cakap lah nak tukar USD..Aku bagi la RM400..Bila dia bagi duet USD tu cepat2 aku masuk handbag..Masa tu tak tengok2 dah..Dengan kompemnya aku bawak duet tu ke singapore! HAHA..Jangan lah gelak sangat..HAHA..
Esok pagi-pagi bas akan tunggu depan pagar tune hotel..Pukul 7.15 korang dah patut standby..Masa ni akan ada orang bagi tiket yang kita dah book dengan agent kat atas tu. Bas gerak ke woodland dalam pukul 8 macam tu bila dah siap bagi taklimat serba sedikit tentang nak masuk kastam nanti nanti. Masa dalam bus aku pon kira-kira la duet yang aku dapat tukar semalam..Aku rasa macam tak cukup jer..Masa ni patut aku dapat RM 153.84 SGD 2.6 masa ni. Tapi aku kira-kira aku dapat RM119 je..Tiba-tiba ada suara kawan aku
"Eh nape duit awak lain? Eh tu duit Amerika lahhhhhhh!!! HAHAHAHAHAH !!!!!!"
|
United States Of America! LOL..Akan ku kenang sampai akhir hayat |
Hahaha nampak tak? Perangai akibat tergocoh-gocoh mak hayam aku? Aku bantai nye sebut USD! Padahal SGD! Aku ingat semua dolar sama..haha..Nampak sangat tak pernah pergi obesi! Orang kat money changers tu pon satu.. Takkan lah aku nak pergi jumpa Obama..Aku nak jumpa Transformers jer! HAHA.. Muka ni layak ke nak pergi Amerikaaaaaa!! Cis ni semua amoi tu yang vengonggg! HAHA..Disebabkan dia aku rugi RM54 hengget lepas convert USD ke SGD masa kat singapore! Cis..Anggan nak makan nasi beriyani tak kesampaian..Nasi lemak pon tidak! Last2 makan burger! HAHA.. Korang pleasee jangan buat perangai merugikan ni..! Im begging uolss! =P.. Masa ni kami ber4 gelak tak hengat donia! Silap2 kalau 1 bas tu tau mau 1 bas tu gelakkan aku..Dengan driver2 sekali..Hehe..
Oh yer..Sebelum masuk Singapore kita akan masuk kastam 2 kali.. Malaysia & Singapore..Masa nila leceh sikit..Naik turun bas 2 kali.. Tapi jangan risau selama maan pon korang berurusan bas akan tunggu..Muka tu cover sikit depan kaunter jangan nampak kalut mak hayam sangat macam aku! Mula nak cop passport je..Yang bawak anak kecik tak boleh lalu auto gate kena ikut kaunter..Sebab nak cop jari anak..Lepas tu naik bas balik..Dalam 10 minit macam tu akan turun balik masuk kastam balik angkat semua barang2 yang kita bawak termasuk stroller..Masa ni leceh sikit lah..Agak lama jugak tapi tak sampai 1/2 jam kot beratur..Masa ni scan segala benda..Masa ni takdelah crowded mana..Orang memang berlari-lari sebab nak cepat punya pasal..Tapi kalau musim cuti sekolah tak tau la suasana dia macam mana..Mesti lama giler beratur kat sini.Dah settle semua naik bas balik..Kitrorang sampai USS dalam pukul 10 macam tu..Masa dah sampai kat singapore pulak mostly orang kat sini cakap omputeh! Nak tanya mana tempat money changers punya lah susah..Sebelah je kot dengan mesia korang kena prepare bahasa melayu..huahua..Cari punye cari rupanya kat bawah parking bus tu ada..Beriya aku nak speaking sampai terbelit2 lidah ni..Rupanya nama kat bahu "shuhada" tapi muka chinese meh..Ceh..Malu pon ada sebab aku pegang duit Amerika..haha..lantak engko lah nak pikir apa janji aku dapat tukar duit singapore..Anak aku tu menangis2 dah nak aiskem..Duit nak beli takde..huhu sadis masa ni..Dah lepas tukar tu cepat-cepat masuk USS! Here We Go! Our Holiday Has Begun ! =)
Jom layanzz gambar-gambar yang sempat kami amek. Masa ni kalau in groupig make sure jangan jalan jauh-jauh sangat antara satu sama lain takut sampai ke sudah tak jumpa..huhu..Sebab nak call takde line melainkan korang roaming hp tu.. =). Kalau nak pergi mana-mana mesti pesan jumpa balik kat mana-mana. Nanti spoil =P
|
Ni masa pagi2 naik bas ke Woodland |
|
Universal Studio Singapore Globe.. Antara tempat wajib bergambar bila datang sini..Bukti ni =) |
|
A day for us to remember =) |
|
Beware Of Foosa! Game yang ada di Madagascar.. Kena try! |
|
Kemain happy muka masing-masing..ngeeee =) Here we gooo! |
|
Ni Bot dia |
|
Antara karektor kartun animasi yang ada dalam ni |
|
Ni kat mesia berlambak dik..hewhewhew |
|
Kemain tingginye orang sebelah..hihi |
Kitorang sempat main 2 game je..Lepas tu perut dah krukkk3..Pagi tadi pon makan roti je dalam bas.. Kitorang singgah makan mana yang dekat je..Tempat ni ala-ala A&W.. Fastfood.. Kedai makanan melayu ada tapi kitorang malas dah patah belakang balik..Makan burger je..Ceh budget matsaleh la..huahua.. Tapi jangan makan sembarangan tau.. Kita tengok dulu kat pintu ada tanda HALAL tak..Biasanya kat map dia dah mention samada restoran tu ada HALAL atau tidak..So boleh makan tanpa was-was =P
| | |
Kami order ni untuk 3 beranak..Total SGD28..Erkk kalau darab dengan 2.6 memang tak lalu makan benda ni kalau rege macam ni kat mesia..Tapi kitorang kan ada voucher makan 10sgd sorang..So time ni lah nak guna..Jimaattt..So kira aku topap dalam sgd8 jela.. Tak jadi nak makan nasi beriyani..kekeke.. Rasa dia not bad.. Alhamdulillah.. |
|
Hollywood =) |
|
Kami tak masuk pon.. |
Lepas makan tu kitorang masuk LIGHTS, CAMERA , ACTION!! Mula-mula dia akan brief serba sedikit tentang macam mana nak buat filem lepas tu dia tunjuk secara real..weohoo..teruja okeh..Korang jangan duduk dekat sangat dengan bot tu..Bot tu akan jatuh masa tu ribut taupan semua keluar..Air akan terpercik..Splashhh! Yuhuu basah sudaa...
|
Light , Camera , Action !! Hosted by Steven Spielberg |
|
Masa bot ni kuar..Waaaa impressed giler..Nasib baik tak keluar Jackie Chan je..=P |
Masa Sesame Street ni buat show anak aku lah paling seronok..Dia tengok sambil berjoget-joget atas meja makan orang..ngeee..Dia enjoy sangat..Lama jugak show ni..Best!
|
Na Na Na Na Na |
|
Tu muka excited =) |
|
Bumble Bee Bottle ! Tapi muka tak macam orang jahat je botol tu lol |
Auwww sayang dia kat botol air tu..Sampai sekarang dia
panggil air robot..Masuk dapur je mesti mintak "Mama nak air robot"
Ngeee..Dik mama hadiah nak bagi rajin pergi sekolah nanti tau.. Harga
botol ni SGD 28.90 sekali dengan air buah! Kalau beli botol saja pon
rege tetap sama ceh! Baru nak jimat tau ! haha..Actually botol ni aku
memang dah aim nak beli..Kalau tak tekejut beruk jugak nak beli..Kalau
convert duit mesia kalau compare dengan harga tupperware kalah lagi..bahaha.. Lepas ni simpan dalam almari kaca sebab sayanggg.. =P
|
Battlestar Galactica!! Huwargghh besau giler! Masa ni game ni tutup..Sikit pon aku tak heran dia tutup..Sebab kalau orang bagi 5k pon tak hengen aku naik! |
|
Bumble Bee . Takde pon Megan Fox =P |
|
Sesuai sangat dah dengan baju tu..hihi |
|
Bagi can papa & mama bergambar dengan ROBOT |
|
Masa tengah round tiba2 Optimus Prime keluar! Uwaaa jakun giler aku..Engkau benar-benar wujud Optimus Prime?? lol |
|
Baru sekejap dia keluar orang dah beratur panjang giler nak bergambar dengan dia..Huh tak kuase aku nak Q bagai..Cukuplah amek gambar dari skala macam ni..bahaha |
|
Hey U! Come Here!! |
|
Okeh kat sini korang WAJIB & HARUS & MESTI masuk dan naik ride dia.. |
Transformers The Ride!! Memang giler2 ohsome! Memang sangat-sangat best..Masa ni baru terasa berbaloi masuk USS haha..Aku bagi 100 bintang!!..Mula-mula aku malas masuk sebab kena beratur lama..Dah lah anak tak boleh..Takkan nak naik sorang-sorang..Bila kawan aku cakap best giler sebab dia sanggup beratur lama-lama tadi..huhu..Kitorang pon pas battern jaga anak kat dorang..Tenkiuuu! Ini lah gunanya bawak kawan..haha...Aku dengan hubby pon beratur la..Nasib kami baik sikit sebab Q dalam setengah jam jer..Dia punya laluan Q gile panjang..Memang panjang giler nak sampai ke destinasi..Tapi jangan risau korang Q tempat berbumbung..Macam-macam ada dalam tu..
Disetiap game mesti ada kedai souvenirs..Keluar je mesti lalu kedai-kedai dorang dulu. Pandai tau.. Memang dah niat nak beli t-shirt untuk kenangan kat USS..Kami pilih baju kat kedai Transformers. Ikutkan hari di setiap kedai souvenirs niaku nak beli t-shirt dan Frigde Magnet.. Hihi tapi bila budget ciput ini la kekdahnya.Pilih yang mana berkenan jer.. T-shirt untuk papa dia SGD36.90 si kecik tu SGD24. Cukuplah tu je dalam budget..hewhew..
|
Muka Puas =) |
|
Antara yang ada sebelum sampai ke game robot tu |
|
Ini lagi..aku tak tau apa benda nak namakan dia |
|
Ohoo kecewa dah tutup masa kami sampai sini.. |
Far Far Away antara tempat yang korang wajib masuk..Ada anak lagi seronok..Sebab tak semua game yang dia boleh masuk untuk anak yang bawah4 tahun ni sebab tak cukup ketinggian..huhu.. Dalam ni macam tengok wayang tapi secara 3D.. Memang best..Bila labah keluar ramai-ramai terasa kat kaki kita ada labah-labah jugak..Meroyan aku menjerit masa ni haha..Bila Shrek naik kuda kerusi kita pon turut bergerak-gerak macam naik kuda..Bila Donkey bersin hingus dia pon tempias kena kat kita..Haha..air je okeh..Tapi masa duduk dalam ni banyak kali jugaklah kena hingus donkey tu..Very Good Effect!! Kat kedai sourvenirs Far Far Away ni beli baju untuk mama pulak. SGD24..Ok sudah. Adil setiap orang dapat bawak balik kenangan =)
|
Far Far Away ! |
|
Mereka ber4 |
|
Puss In Boots!! Kawan aku yang sorang tu selok Q nak bergambar dengan kucing gatal ni muahaha..Tengok aksi dia dengan amoi ni..Pandai tau kucing ni beraksi..tetiba teringat kucing curik ayam aku kat tangga semalam..LOL |
|
Ewahhh..dik lenggang kangkung nampak =P |
|
Nanti dah besar baru adik naik yer..Mama & Papa boleh support dari bawah =) |
|
My Best Buddies!! |
|
Hakak ni ajak bergambar dengan binatang ternakan dia =) |
|
|
|
Kebetulan sangat masa kami lalu kat sini dinosor ni tak ramai orang lagi..Kira tak payah Q lah..Cepat-cepat amek kesempatan..Garang seh dino ni..Sekejap kang hentak kepada kat lori..Terkezutt ai tau.. Anak aku macam biasa nangess kalau bunyi kuat-kuat macam tu..hiii..
Takpe dik nanges lah..Mama pon tekezut2 bergambar dgn Abg Dino neh =P
|
Uwaaaaa,,,,! Kena paksa bergambar dengan dinosorrr.. |
|
See.. Lepas tu ramai giler manusia datang..Crazy Crowded..Fuhh nasib baik sempat |
|
Laki tinggi 2 orang neh buat muka pelik dekat 2 orang pendek tu haha..Muka garang giler |
Kat sini korang boleh masuk game Revenge Of The Mummy.. Dia macam roller coaster tu tapi dalam keadaan gelap..! Memang takut giler! Ni sebab kawan aku ajak je..Laki dia dgn laki aku tggu kat luar..Ceh tak jantan langsung..kakaka..Laluan nak sampai ke game ni pon bapok panjang giler..Berlari-lari anak pon puas nak sampai..nasib baik tak ramai orang..Aku ni nasib baik je..hehe..Ni untungnya pergi bukan waktu cuti sekolah.. Bila dah naik ni Tuhan saja yang tau..Memang bestt giler tapi takutt ya ampunn..Bergerak dalam keadaan gelap sekejap naik sekejap turun..Orang jerit toksah cakaplah..Macam kena histeria semua ..hewhewhew
|
|
Bagi orang Islam, dalam USS ada surau tapi kecik je..Bagi muslimah memang kena bawak telekung sendiri sebab telekung memang tak disediakan..Dalam map tu ada mention mana letak surau tu..Toilet pon korang jangan risau memang berlambak-lambak..Tempat nak refill air pon ada disetiap toilet..Tapi toilet dia takde air..Kalau nak masuk bawak botol air mineral lebih suci dan selamat =)
Jangan jadi macam aku..Dah nak balik barulah ternampak tempat refill tu..Dah beli air mineral SGD2.80 baru nampak..Ceh! Rugi tau.. Kalau convert duet mesia dah jadi RM 7.28! Huwargh jangan beli okeh..Bawak mineral dari mesia then refill kat sini banyak2.. Jimaatt.. =)
|
Tempat nak refill air |
|
Tertidur depan surau..Masa ni dia dah mengantuk tahap kritikal. Dari pagi tak tidur2..Pukul 6.30ptg baru tidur..Adeyy |
|
Mama pon boleh tumpang sekaki sedut air otak robot! |
|
Kusyuk laki aku tengok pompuan skirt joget haha |
|
Orang ramai pon dah berpusu-pusu nak balik jugak |
|
Minion ni pon ramai peminat..Q panjang giler nak bermesra dengan dia..hihi.. |
|
Muhammad Ammer Hazim yang penakut Ya Ampunn! |
|
Anak tido..Boleh nak lomentik2 bergambar kenangan di USS!..haha |
|
Shahlan & My Hubby |
|
Gelap..Masa ni memang dah gelap pon..Nak balik dah..Baibai Singapore
Kitorang berkumpul kat bas dalam pukul 7.45 malam.. Pukul 8 bas sampai. Prosedur nak keluar macam yang kita masuk tadi.. Mula2 bawak turun passport je.. Then masuk kastam Malaysia baru bawak segala mak nenek yang kita beli.. Masa ni memang penat..Phewww.. Alhamdulillah kami sampai di JB pukul 9.15 macam tu lah.. Kitorang isi perut di Restoran Singgah Selalu Then terus shoot ke seremban..Tido umah kawan aku Jimaaat..! lol
Ok dah..Phewww panjang gilerrr..Lama giler aku nak siapkan entry ni..Harap sangat boleh membantu korang-korang yang nak jalan-jalan sini .. =) |
|
Ang Pau ni di bagi masa kat pintu tiket masuk USS.. dalam ni ada voucher dapat aiskem free bila pembelian sgd3 di dalam restoran-restoran dalam USS =).. Dapat 2 aiskem free |
|
FM Transformer tu SGD 8.90 & 7.90. Yg USS tu ada SGD 5.90 & 4.90. Itu antara FM yang murah kat situ =).. FM wajib aku beli untuk FM Collector macam aku ..hehe..
Itu je yang mampu aku sharekan sepanjang berada kat sana.. Mungkin murah / mahal bagi aku mungkin sebaliknya bagi korang..Niat di hati nak bagi rujukan jangan di salah anggap pulak yer.. Okeh Penat dahhh..Assalamualaikum =) |
|
USS... Sweet Memories!! |
2 comments:
panjang gilew entry! tergamam vs teruja ai bace...huhuhu....doakan daku smpi ke sane jua....^_^
haha baru baca komen..gigih 3 hari 2 malam nak siapkan entry neh ..puffff
Post a Comment