Wednesday 25 February 2015

Matahari Muncul Seindah Perasaan

Assalamualaikum & Hai

Kemain tajuk aku berbunga habis sampai aku pon naik menyampah baca. haha. Kalau suka baca tak suka jangan paksa diri okeh. =P. Hari ni hari yang paling bahagia untuk aku takde yang happy selain sehappy ni..hihi.. Punya lah aku nak kabarkan happy nye aku.. Berita yang aku tunggu-tunggu selama ni akhirnya terjawab..


Hubby : U know What?
Me       : What?? (debar-debar, mana tau kena potong gaji ke.haha)
Hubby : Today is my last dayyyyyy!
Me      : Ya Allah! Alhamdulillah.. I rasa macam nak nanges T__T



So kitorang pon borak2la perkara-perkara yang menggembirakan. Tak perlula aku nak screenshot bagai..hihi.. 


Agak-agak tajuk aku tu kena tak dengan perasaan aku sekarang? muehehe.. Biarlah Allah saja yang lebih mengetahui..Bersabarlah setiap dugaan yang diberi walaupun kadang-kadang aku kalah..Aku akan ingat kata-kata seorang ustaz ni..



'Jika Kamu Tahu Apa Yang Allah Beri Disebalik Masalah Yang Dihadapi Nescaya Kamu Akan Berharap Supaya Hidup Ini Bermasalah Sahaja Kerana Yang Disimpan Oleh Allah Adalah Lebih Baik Dari Apa Yang Diberi'. - Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.



Alhamdulillah janji Allah itu pasti. Cukup tu je yang boleh aku katakan. Alhamdulillah dengan nikmat mu ya Allah. 


psst : Haishh maaf bos kata-kata saya semalam...Saya harap bos banyak ong tahun kambing ni ! =).

OK Bai

Tuesday 24 February 2015

Erti Hidup

Assalamualaikum & Hai


Saje nak menconteng-conteng. Nak keluarkan apa yang ada dalam otak. Bukan otak ye tapi more to pikiran macam serabut serabai lately ni. Sekarang life macam kelam kelibut sikit tanpa suami disisi. Sebenarnya semua ni sedang mengajar aku tentang kehidupan. Selama ni terlalu bergantung pada suami so sekarang kena independant lah sikit. Perngorbanan & kesabaran tu yang penting. Semoga setiap doaku dimakbulkan Allah swt. Aminnn. Tapi sekarang pengalaman sekarang memang banyak mengajar aku. Selama ni aku memang penakut gile. Takut serba serbi. Orang selalu tanya. "takut orang ke hantu" pantas aku jawab "dua-dua". Allah apa nak jadi lah dengan aku. Satu kena ingat "nanti dalam kubur sorang-sorang jugak". Satu lagi ayat pedih member " badan je besar tapi penakut". Senyum jela..dah memang yer..hakhakhak


So sekarang malam-malam aku boleh dikatakan "cool" berbanding 3 minggu lepas sebab asik berselubung dalam comforter sampai berpeluh-peluh. Kadang-kadang rasa nak marah kat aircond nape macam tak berfungsi padahal ko dah berselubung sampai tak cukup oksigen dalam tu apehal? Penakut ya ampun. Haishh. Alhamdulillah sekarang perkembangan yang baik. Sekarang kalau jaga tengah malam memang cepat2 baca ayat Kursi =P. Aku yakin Malaikat ada untuk jaga kami. sobsobsob..


Satu lagi buta jalan. T_T. Aku memang terkenal dengan buta jalan. Kawan-kawan aku memang dah sinonim dengan perangai tak semenggah ni. Dari zaman belajar aku mesti ada co-pilot yang terror bab2 jalan. Supaya senang. Tapi aku pantang co-pilot aku otak yang tak centre. Tangan tunjuk ke kiri mulutnya sebut ke kanan! Dang! Memang nak kena maki sebab driver buta jalan..mihmih...Al kisahnya pagi tadi aku kena pergi kursus kat HQ.. Hq je pon hihi. Tapi tu masalah besar bagi aku yang buta jalan. Memang dah terbiasa lepas hantar anak terus ke opis. Bila kena pikir jalan lain mula lah kelam kelibut. Terus pikir kalau laki ada kan senang. Sedih pulak T__T. Takpe didi..kuat! 


Satu lagi aku macam dah rajin ..haha itu pon nak citer. Sebab sebelum ni kalau papa dia ada tugas rumah kena lah bahagi dua..haipp jangan nak buat muka annoying sangat..Dulu dia tolong jemur kain aku settle barang anak. Buang sampah pagi-pagi pon aku dah take over. Boleh je buat bila sorang-sorang. Bila ada helper rasa selalu tak cukup masa..muehehe.. Sokay abang lepas ni i dah boleh buat semua. haha mimpi lah!


Hoi boringnyelah citer mengarut aku ni. Sebenarnya aku tengah tunggu bila dia nak bagitau aku " Syg..ada good news! Abg dah boleh balik kuantan! " sobsobsob! Bos abg memang kejam sebab pisahkan kita..!! Biar cny ni bos abg tu tkde ong! huahuahua. Biar dia jadi ong ong ong kedek kedek! 


Maaflah dengan entry aku merepek meraban. Hati tengah gundah gulana. Ayat yang keluar macam orang sembelit je..So kesimpulannya hidup aku macam ada erti sekarang. Dulu macam kurang bererti. haha. 


Entry baru akan menyusul setelah suamiku bebas dari jajahan ongongongkedek2! =)
BAI..

Tuesday 17 February 2015

Hai & Assalamualaikum 2015

Entry pertama 2015!

Alhamdulillah dah ada semangat nak adakan entry baru.. Dah 2 bulan menyepi diri..ceh.. Bukan apa kalau takde semangat nak menulis memang mood ke laut dalam. Nak pulak opening 2015 ni memang cabaran baru buat aku. Mula-mula memang down gile ..tetiap hari life hambar je..Dah takde gelak-gelak..Setiap hari membilang hari supaya cepat-cepat lah dugaan ni berakhir =(


Now Alhamdulillah aku dah semakin membiasakan diri hidup sorang..tido sorang..pergi keja drive sendiri..Eh aku bercerita macam takde laki jekan..Sebenarnya sekarang dia dipinjamkan ke HQ untuk tempoh tak tau sampai bila. Mula-mula cakap kejap je..lepas tu drag minggu2..now nak masuk 2 bulan. uwaaaa!! Dulu rasa macam nak nangis kena tinggal tapi pikirkan anak aku kena kuat. Alah bukan lama pon tiap2 minggu papa dia balik..hihi aku je manja terlebih.. hikhik.. Nak pulak budak bertuah tu dah start hantar tadika. So tetiap pagi dugaan yang kena aku tempuh kejut dia bangun & mandi..Sekarang pon masih menangis tiap2 kali bangun pagi,,Haishh.. Tapi pikir2 balik aku yang beso gajah ni pon kalau laki kejut rasa nak menangis sebab dah kena bangun malas pergi kerja punya pasal..muehehe..Sama je anak dengan mak kan. Sehati sejiwa sangat. =P


Kalau macam tahun-tahun lepas mesti aku list down kan azam-azam aku untuk masuk tahun baru. Disebabkan opening 2015 aku ni macam tak best semua benda aku rasa malas nak buat. Yang aku tau hari-hari bilang hari bila laki nak balik..haha..So hopefully papa dia akan dapat balik cepat2 supaya aku tak payah drive pergi keja lagi..hihi..Baru-baru ni jugak celebrate birthday papa dia. Tua dah 30! iolss belum lagi tau =P. Budak bertuah tu memang tak boleh simpan resia. Nyesal aku bgtau ada hadiah papa. Masa papa dia balik jumaat malam baru ni,papa dia belum tutup pintu keta lagi dia dah jerit papa hadiahhhhhh!!! Grrrr! Spoil btoilll..Kohnon2 nak buat suprise. Lepas tu aku pulak gatal mulut cakap kat dia nanti kita beli papa kek.. Dan2 tu jugak dia bgtau " Papa, mama nak beli kek!" Grrrr. Apa pon tak boleh..Haishhh!






Konon ucap selamat kat papa dengan suap papa fries =).. Nyanyi lagu befday pon masih pelat..haha.Tapi papa dia tetap terharu. Cuma tak nanges sebak je =P.



Ni ucapan dari mama pulak :

Happy birthday abg.. Semoga sentiasa dilindungi Allah s.w,t, dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang baik ( i know u much better than me hukhuk) , umur yang panjang dan sentiasa sayang kitorang selamanya..inshaallah.. sila maklum u are the best papa & husband in the world! We really love u papa! 

pesanan penaja : pssst ..hadiah dah dapat..nanti bulan 6 jangan buat lupa sila menabung dari sekarang..huahua! 





Sempat mama berposing sebelum pergi celebrate =)



Ok Bai.. saje nak enterprame utk 2015! =)