Tuesday 24 February 2015

Erti Hidup

Assalamualaikum & Hai


Saje nak menconteng-conteng. Nak keluarkan apa yang ada dalam otak. Bukan otak ye tapi more to pikiran macam serabut serabai lately ni. Sekarang life macam kelam kelibut sikit tanpa suami disisi. Sebenarnya semua ni sedang mengajar aku tentang kehidupan. Selama ni terlalu bergantung pada suami so sekarang kena independant lah sikit. Perngorbanan & kesabaran tu yang penting. Semoga setiap doaku dimakbulkan Allah swt. Aminnn. Tapi sekarang pengalaman sekarang memang banyak mengajar aku. Selama ni aku memang penakut gile. Takut serba serbi. Orang selalu tanya. "takut orang ke hantu" pantas aku jawab "dua-dua". Allah apa nak jadi lah dengan aku. Satu kena ingat "nanti dalam kubur sorang-sorang jugak". Satu lagi ayat pedih member " badan je besar tapi penakut". Senyum jela..dah memang yer..hakhakhak


So sekarang malam-malam aku boleh dikatakan "cool" berbanding 3 minggu lepas sebab asik berselubung dalam comforter sampai berpeluh-peluh. Kadang-kadang rasa nak marah kat aircond nape macam tak berfungsi padahal ko dah berselubung sampai tak cukup oksigen dalam tu apehal? Penakut ya ampun. Haishh. Alhamdulillah sekarang perkembangan yang baik. Sekarang kalau jaga tengah malam memang cepat2 baca ayat Kursi =P. Aku yakin Malaikat ada untuk jaga kami. sobsobsob..


Satu lagi buta jalan. T_T. Aku memang terkenal dengan buta jalan. Kawan-kawan aku memang dah sinonim dengan perangai tak semenggah ni. Dari zaman belajar aku mesti ada co-pilot yang terror bab2 jalan. Supaya senang. Tapi aku pantang co-pilot aku otak yang tak centre. Tangan tunjuk ke kiri mulutnya sebut ke kanan! Dang! Memang nak kena maki sebab driver buta jalan..mihmih...Al kisahnya pagi tadi aku kena pergi kursus kat HQ.. Hq je pon hihi. Tapi tu masalah besar bagi aku yang buta jalan. Memang dah terbiasa lepas hantar anak terus ke opis. Bila kena pikir jalan lain mula lah kelam kelibut. Terus pikir kalau laki ada kan senang. Sedih pulak T__T. Takpe didi..kuat! 


Satu lagi aku macam dah rajin ..haha itu pon nak citer. Sebab sebelum ni kalau papa dia ada tugas rumah kena lah bahagi dua..haipp jangan nak buat muka annoying sangat..Dulu dia tolong jemur kain aku settle barang anak. Buang sampah pagi-pagi pon aku dah take over. Boleh je buat bila sorang-sorang. Bila ada helper rasa selalu tak cukup masa..muehehe.. Sokay abang lepas ni i dah boleh buat semua. haha mimpi lah!


Hoi boringnyelah citer mengarut aku ni. Sebenarnya aku tengah tunggu bila dia nak bagitau aku " Syg..ada good news! Abg dah boleh balik kuantan! " sobsobsob! Bos abg memang kejam sebab pisahkan kita..!! Biar cny ni bos abg tu tkde ong! huahuahua. Biar dia jadi ong ong ong kedek kedek! 


Maaflah dengan entry aku merepek meraban. Hati tengah gundah gulana. Ayat yang keluar macam orang sembelit je..So kesimpulannya hidup aku macam ada erti sekarang. Dulu macam kurang bererti. haha. 


Entry baru akan menyusul setelah suamiku bebas dari jajahan ongongongkedek2! =)
BAI..

No comments: