Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

............Jadi Kes Polis

Aku masih tertanya-tanya macam mana dia masuk tanpa sebarang kesan? Polis penyiasat pon mcm takde jawapan yang boleh puaskan hati aku..Sedangkan dia dah check keliling umah aku dalam & luar..Macammana kau masuk setan!

Bila kami check pagi tu pintu depan yang tak berkunci..Mangga gril tu dia bawak lari..Tapi kunci umah aku masih bergayut didinding tepi tu...Adakah dia masuk & keluar ikut pintu yang sama ? Tapi guna apa? kesan potong..cungkil..kopak pintu pon takde..Yang ada cuma pintu kayu & gril besi yang dalam keadaan baik dan bertutup..Nak kata kami lupa nak kunci mustahil! Sebab pintu kami akan berkunci sentiasa walaupon sesaat tak pernah tak kunci..Maklumlah duduk tepi jalan mcm2 benda boleh jadi..Bukan heaven mcm duduk kat kg..Nganga lah pintu sebesar mana pon takde orang nak masuk pon..

Kami andaikan perompak tu punya 'master key'.semua mangga dia boleh tembus..Malam tu dia boleh lepas 3 kali kunci..Kunci gril, mangga gril..& kunci tombol pintu kayu..Bilik aku pon berkunci tapi lepas jugak..Yerla dah yang depan tu 3 halangan dia bleh lepas inikan pulak kunci tombol pintu tu..Silap kami semua pintu takde selak pintu.. =(

Bila dah pasang selak ni barula rasa lega tapi still perlu berjaga-jaga.. Sebab penyapu luar kami 2 batang hilang..Takut pulak dia guna tuk jolok siling ataupon masuk ikut bumbung yang pakai genting susun lapis2 tu..dan yang paling takut lubang maintainance tu akan kuar ikut bilik aku..takde tempat lain dah..Bila check keliling umah siling & roof cover tu berada di kedudukan yang tak mencurigakan..Ya Allah janganlah ada kali yang kedua..Aku betul2 tak sanggup nak hadapinya lagi..

Pagi tu kami buat aduan di balai polis terdekat iaitu Pondok polis permatang badak then trus shoot ke IPD jumpa sarjan penyiasat tu..Dia macam pelik mcm mana kami boleh tak sedar sampai perompak tu boleh masuk dalam bilik..Ada yang mencelah 'sejuk kan'. Seolah-olah memerli kami tido mati..Memang tak patut ckp mcm tu..orang tengah takut & sedih..Bengong..pastu masa nak buat siasatan tu mcm nak tak nak je..Kami tau barang yang hilang tak sebanyak mana..Kami pon tak harap dapat balik..Tapi yang penting keselamatan kami ! So siasat la elok2..Ni tak bila siasat nak taknak je..Boleh pulak ckp perompak tu kait kunci ikut tingkap yang berkunci dan jauh sgt kedudukan kunci tu dari tingkap..Choi! Nonsence okay!

Satu lagi area umah kami tu memang panas..Baru 3 minggu lepas rasanya aku buat entry jiran aku kena rompak gak masa dan cara yang sama!klik SINI  nak tau..Tapi pihak polis takde buat rondaan ke..Lepas ni siapa pulak yang kena..Yang aku geram charger hp aku pon kau kebas..Nasib baik hp aku selamat sebab aku letak tepi bantal..mungkin masa tu dia tak nampak..Nak jadikan cerita pulak pagi tu hp aku buat hal..Takle nak call out..Nasib baik masa tu hp adik aku ada..Dan nasib baik jugak dia tak masuk bilik adik aku..

Barang yang hilang laptop (company hubby punye tu)..Camera (hantaran kawen uhuk) ..Hp hubby..wang tunai Rm700++..(sebenarnya tu duet nak shopping..tapi takde rezeki nak wat camne) =(..   sedey betol..Tapi aku syukur sangat dia tak kebas wallet & purse aku..Ic..kad nikah..kad kawin..medical card..kad kredit dia tak usik pon..Alhamdulillah kalau tak lagi banyak keje aku nak kena buat..Leceh weh nak settlekan benda kecik2 tu..( Nasib kaulah perompak dapat tu je dah memang tu aje yang ada dalam umah tu..Takde gadget mahal2..Dah jangan datang lagi..Kami orang susah takde brg mahal2..barang kemas pon takde..geran tanah pon takde..Jangan masuk lagi eaaa..

Apa yang penting kami sekeluarga semuanya selamat..Alhamdulillah..So kengkawan semua jangan harapkan mangga pada gril saja..Pasanglah 'selak' kat pintu..Insyaallah..

15/12/2011 - Rumah Kami Di Rompak!

Sepatutnya entry ni dah lama aku buat tapi benda yang nak di taip tu sudah di kebas oleh pencuri jahanam tu..Bila sampai office barula aku boleh meluahkan isi hati aku yang dah lama aku nak luahkan ni..Arrgh aku masih trauma sampai sekarang..

Apa perasaan korang bila pagi2 hubby kejut " rumah kita kena masuk..abis semua duit hilang "! Masa tu tak perasan lagi laptop..handphone..camera dah lesap..Masa tu apa yang aku fikir entah aku pon tak ingat..Yang aku ingat badan aku lemah dan kepala aku sakit tetiba..Sebab bangun tido secara terkejut.

Banyak sangat 'patutla' yang keluar dari mulut kami suami isteri bila bincang balik masa bile 'dia' masuk..Mula2 masa hubby angkat Ameer dari tilam ke buai pukul 4.30 pintu bilik kami dah terbukak..Dia pon mamai terus tido..Dia ingat aku yang lupa tutup balik.Lepas tu aku terjaga 6.15 pagi sebab alarm hp dah bunyi suruh bangun..Bilik aku gelap..Aku andaikan mentol lampu tido bilik kami terbakar lagi sebab sebelum ni sudah terbakar..Aku beriya menyalahkan lampu tu sebab terbakar lagi tapi aku terus sambung tidur nak bangun kul 6.30..Bila alarm aku bunyi 6.30 aku tutup lagi..Hubby kejut aku tanya mana hp dia..Sebab hp dia pon akan bunyi 6.30..dia pelik kenapa hp dia tkde bunyi..Dia tanya aku..Aku cakap tak tau..Pastu aku perasan umah aku gelap gelita even pintu bilik terbukak lampu ruang tamu pon gelap..Terbakar jugak ke..Nak kata elektrik takde.. kipas & buai ameer masih berenjut.

Aku tanya hubby " Nape umah kita ni gelap gelita?" Hubby pon bangun keluar pergi bukak lampu..Dia nampak wallet dia atas sofa..Dia pelik sepatutnya purse tu ada dalam bilik..Dia check semua duit dia lesap! Barula perasan umah kami kena rompak! Then bila tengok check semua laptop..camera..hp ..duet aku pon dah kena kebas!

Kitorang memang tak perasan langsung masa diorang masuk bilik kami then tutup lampu tido then kutip barang2 tepi hubby je.Macammana dia seberani tu dan kami langsung tak sedar!

Bila aku terpikir dia sudah masuk bilik perasaan aku ni tak dapat nak gambarkan..Betapa takutnya aku kalau dia apa2kan anak kami..Betapa takutnya aku bila aku bukak mata ada orang tengah berdiri..betapa takutnya aku dia acukan parang ke kami..betapa takutnya aku kalau dia bawak lari anak kami tanpa kami sedar! Berair mata aku bila teringat balik kejadian cemas tu..Apa yang aku takutkan selama ni terjadi jugak..Tapi alhamdulillah kami semua selamat! Syukur ya Allah..

Sampai sekarang aku masih trauma..Trauma dengan semua benda..Sampaikan aku nak petik suis lampu tido yang 'dia' dah pegang tu pun meremang bulu tengkok ni..Nak zipkan balik beg2 yang 'dia' dah bukak tu pon aku takut..Aku takut memikirkan aksi 'dia' semasa berada dalam umah kami..

Yang paling takut sekali..Hubby cakap masa dia angkat ameer ke dalam buai sebab dia merenget tu..Perompak tu masih berada dalam umah kami sebab lampu ruang tamu masih terbuka dan pintu bilik kami sudah dikuak orang.Tapi disebabkan mamai dia pikir aku yang masuk tak tutup balik pintu..Kalaula hubby keluar masa tu tak taula..Nauzubillahminzalik..


* Nanti aku sambung cerita di lain entry sebab banyak sangat nak share pengalaman ngeri ni..mcm mana siasatan polis..kos kerugian..mcm mana dia masuk..bla bla n bla