Tuesday 8 November 2016

Sakit Gigi Semasa Mengandung

Assalamualaikum..

hai ..

Ni entry pertama untuk 2016..huhu nak masuk 2017 dah pon aku baru terhegeh-hegeh nak up entry baru..Mood menulis dah kelaut selama ni..sekarang aku cuba nak jadi penulis tegar balik..doakan eh.. =P Kebetulan sekarang aku dah tak berapa nak bizi..bos pon nampak aku macam acah tak acah je haha..bukan apa projek-projek yang aku jaga dah serah now im freeeeeee! Yahooo..Alhamdulillah boleh beranak dengan tenang..hihi.. Alhamdulillah =).. Nanti aku cerita macam mana aku boleh lekat kali ni selepas berusaha hampir 5 tahun.. And yang paling aku bersyukur Allah anugerahkan kami bayi kembar! Syukur Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 29 minggu.. Semoga dipermudahkan ..aamin.. Tapi nanti la aku cerita bab tu..sebab nak cerita pasal gigi hihi



Semalam aku baru balik dari klinik kesihatan untuk cek gigi. Fyi aku ada buat tampalan minggu lepas sebab gigi geraham atas ni makin lama makin besau lubangnya dan bila makan dia dah rasa mild contraction hihi....tp bukan kat perut kat gigi ni haaa.. So aku malas nak amik risiko nanti kang tak pasal-pasal time aku nak beranak tu lah gigi ni sibuk nak sakit-sakit..Erghhh aku memang tak boleh ada masalah pasal gigi..memang fobia..aku ni memang keturunan gigi reput kot hihi memandai je salahkan keturunan..sendiri malas jaga makpak jugak dipersalahkan.. haish


Lepas aku buat tampalan tu dalam 24jam jugaklah aku kawal makanan daripada pergi daerah tu..lepas rasa macam dah ok aku try la gigit guna kawasan tu.. tapi still sakit huhu..tapi sakit bila mengunyah je..bila aku berhenti makan sakit pon takde..main acah2 pulak sakit ni..tapi lama2 sakit gigi ni tak main acah-acah dah..bila aku berhenti mengunyah pon dia tetap sakit..huhu sampai tido pon tak boleh..Aku try tahan taknak telan pcm..tapi bila dah tak boleh tidur aku telan jugak pcm 500mg tu..rasa bersalah kat babies sebab mama terpaksa amek jugak ubat.. Even doc cakap panadol selamat untuk wanita hamil aku tetap rasa bersalah. So aku menekadkan diri sekali lagi jumpa doc gigi. Aku pergi kat kerajaan je..jimat duit poket



Sebelum tu aku ada google tentang bahaya rawatan gigi semasa mengandung..Aku andaikan kali ni akan cabut je..Malas nak simpan gigi geraham tu..Yelah sape tak risau..Alhamdulillah banyak feedback cakap kandungan 4 bulan ke atas boleh cabut gigi..ubat bius tu akan membahayakan janin untuk 4 bulan ke bawah..Selain tu pendarahan yang banyak pon bahaya untuk ibu hamil..Apa-apa pon cuba lah bertanya dengan pakar..kalau dah sakit jangan tahan-tahan..So dengan beraninye aku melangkah ke klinik gigi lagi..Masa nak masuk bilik doc tu macam-macam doa aku baca..doa nak beranak pon aku terbaca haha sebab takut sangat..!! Aku dah psyco diri aku sndiri..'sakit beranak lagi sakit dari cabut gigi'..so kekuatan tu datang..tak caya cubalah hihi



Bila sampai turn aku pon citerlah kat doc apa masalah aku bla bla bla..masa ni memang dah tak sakit sebab dah amek pcm malam tu..doc try ketuk-ketuk kawasan gigi yang sakit..semua gigi yang dia ketuk aku tak sakit..gusi pon takde bengkak..pulakkkk..doc confuse aku lagilah confuse.. Tapi aku ada jugak terbaca komen-komen kat google wanita mengandung memang takkan lari daripada masalah sakit gigi..gigi sihat tapi still sakit..huhu ni memang berkaitan kekurangan kalsium..doc suggestkan dia akan try buat scalling kawasan sakit nak buang sisa makanan..part ni aku gerun..proses tu agak menyakitkan phewww! tapi tadah jelaaah.. Alhamdulillah balik tu aku try gigit makanan kawasan tu..dah tak sakittt!! Yeayyy! tak payah pening-pening pikir masalah sakit gigi dah..yang penting tak payah cabut..Alhamdulillah.. 




p/s :Aku rasa penulisan kali ini agak tunggang langgang .. aku baca pon naik menyampah! haha.. Sorrylah aku akan cuba baiki masa akan datang..yang penting entry 2016 wujud! =P. Bai