Wednesday 19 November 2014

Petrosains Playsmart Kuantan

Assalamualaikum & Hai

Hujan-hujan camni ku gagahkan diri memblog..hihi..Hari mendung..nak buat kerja pon perasaan mendung..Kita amek mood sat dengan memblog okay.. Just nak share dengan korang pengalaman di Petrosains Kuantan. Selama ni memang tak tahu pon..Musim-musim hujan susah nak buat aktiviti outdoor.. Nak melayan si kenit tu je..Kesian terperuk kat umah..Dapat pergi sini pon okay..Tapi kalau ada event besar-besar dorang akan bukak yang lebih menarik..Macam-macam jenis dinosor ada..hihi.. Kalau untuk tiap-tiap hari dorang bukak jugak tapi yang biasa-biasa je macam kitorang pergi ni. Benda ni betul-betul dalam bangunan Yayasan Pahang. Memang takde signboard sangat tapi bila sampai sana akan nampak dari gate YP tu =)

Ok jom nak share gambar dalam tu. Sebenarnya banyak lagi game berkaitan sains kat situ tapi masa tu tak terpikir pulak nak share dalam blog..so apa yang ada je lah yer.. Bagi korang yang tak tau pergi mana musim tengkujuh ni boleh lah datang berjemaah ke sini..Belajar sambil bermain..Ada jugak pekdahnye dari duduk terperap makan tidur makan tidur..haha  =) .Duduk dalam ni sel-sel mak bapak pon berhubung bukan sel anak je taw =P




Sorry salah step =P





Step seterusnya hihi







Play Time!!






 Ball in the air!! Pelik sangat dia bola tu terapung kena hembus dek ikan paus!







Bina trek bola sendiri..







Apalah 3 beranak ni buat..hihi






Dalam ni dia over excited






Berenang






 Mama dekat bawah tu =)






Cikna Ameer..





Kemana bola saya pergi yer






Tengah pikir macam mana nak baling sampai ke gelung hujung! Bukannya mudah. Mama pon failed ulang banyak kali hihi






 
 Seronok dorang tengok bola jatuh macam tu.. Itu graviti..hikhik dah macam iklan wardina pulak =P





 Ok buat sendiri..happy sangat dapat buat sendiri







Papa & Mama.. ecehhh =)



Okay macam aku cakap tadi banyak lagi game lain tapi tak terpikir nak snap banyak-banyak..macam-macam boleh belajar dan main dalam tu. Tak rugi pon datang..lagipon free je..memang berbaloi..ok bai

Monday 10 November 2014

Pandan Layer Cake

Assalamualaikum & Hai

Gigih aku meng'update' entry baru lagi. Dah ada dalam draft just nak edit sikit-sikit tak bagi tulisan carca marbar sangat..eheee..  Balik kampung baru ni aku dengan gigihnya menunaikan hajat 2 orang mak buyung nak makan kek pandan layer. Alhamdulillah tahun depan 2 orang akak ipar aku akan ada baby baru..Bertambah lagi keturunan Hj Mahmud. Semoga dipermudahkan. Amin =). Jangan cuba nak tanya penulis ni bila lagi? Ketuk kangg! =P


Ni kali kedua aku buat kek ni..Aku ni bukanlah pandai pon buat kek ni just minat je. Ikut nasib ada hari kek tak jadi ada hari kek over menawan..haha..joking..Yang penting cuba try & test. Haaa.. Masa kat kampung haritu buku resepi tinggal kat rumah. Lepas tu aku pon goggle blog kawan aku ni sebab dia memang terror buat kek. Nah aku drop link kat sini SINI. Resepi dalam buku aku tu pon memang copy dari dia..Maceh kak =). Aku tak amek banyak gambar pon. Just nak drop a few pict untuk kenangan masa depan..hihi



Kek dah salut dengan kastad. Masa ni baru lepas keluar dari peti sebab nak sejukkan kastad tu. Bila dah ok camni boleh potong =) 






Ni lah hasil dia buat sama-sama =P. Lega dapat tunaikan hajat mak buyung.Fuhh!

ok bai!

Kek Butter Pelangi

Assalamualaikum & Hai 

Blog ni dah macam blog masakan asek tayang makanan je..Mohon jangan jemu itupon kalau ada orang sudi baca =). Baru-baru ni tekak teringin nak makan kek yang simple macam kek butter. Kek ni makan panas-panas memang best. Aku google je. Yang mana aku berkenan aku printscreen. Takyah nak amek pensel bagai. Zaman sekarang memang pantas tuntas..Ehiiii..


 Terima kasih kepada CIKLAILI.COM
sebab sudi share resepi. Aku memang malas nak salin resepi kalau korang nak try boleh klik blog dia okeh.Kalau ikut betol-betol inshaallah jadi =). Sebab dulu aku pernah try buat kek macam ni tapi bentat! Tapi ikut resepi lain lah. Bukan salah resepi sebenarnya kita ni dok pandai..hihi..Memang sakit hati buat kek jadi bentat.Tapi sokay belajar dari kesilapan =P




 Bahagikan adunan kepada 3 warna. Tuang gilir-gilir ikut warna sampai habis







 Siap sedia untuk diagihkan =)







Sesuai minum petang. Alhamdulillah my heroes pon suka. Itu je kita nak sebenarnya. Bila dorang makan suka tengok =)




Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum & Hai.

Ini lah orang cakap nama seindah rupa dan rasa..huhu..Aku puji betol siapa yang cipta resepi kek ni..Sekarang kek ni tengah femes..So aku pon tumpang terliur sama..Lagi satu  faktor yang buat aku kuat nak try kek ni sebab dia bukan berasaskan coklat. Suami saya Chocolate Haters! ^__^.  Memang lain sangat dengan bini dia..hihi. So kalau kek yang macam ni mesti dia suka. 


Aku try google resepi kek ni..Mostly semua resepi dia lebih kurang sama dan bahan-bahan dia senang sangat nak dapat. Cara buat dia pon senang. Inshaallah siapa-siapa yang berkenan nak try silakan. Meh aku share kan blog kawan aku dia memang rajin salin resepi Nah  SINI. Dari dulu memang aku suka ikut resepi dia  =).


Kebetulan hari sabtu plan nak balik kg..So adalah buah tangan nak bawak kan..Alhamdulillah dorang suka =). Malas nak celoteh banyak-banyak.. Jom aku nak share gambar-gambar sepanjang aku mengelola kek ni. Gambar semua dari Bini Si Chocolate Lovers! Ahaks!





 
 Adunan ni kena dua kali bakar so 2 loyang lah.. Aku pinjam loyang kawan aku sebab malas beli..hihi..Make sure loyang tu tinggi. Ni loyang aku pendek so hasil kek tak lawa sgt sebab macam terbantut masa proses pengembangan







 Yang ni loyang kawan aku tinggi so hasil dia menawan je..sejuk hati tengok haha.. Yang belakang tu loyang aku..Tangan misteri tu memang dengki dengan kecantikan kek mama! =P







 So kita amek kek yang kurang menawan tu jadi layer bawah so keburukan dia dapat diatasi..kehkehkeh.. Jem stoberi tu aku beli je.. Lepas tu aku cincang buah stoberi saja bagi rasa lebih jitu dengan kestoberian dia! =P (ayat takle ikut)







Paipkan whipping cream atas lapisan jem



 



 Ok siap..! Hiasan tu atas kretiviti masing-masing..Aku ikut je gaya resepi asal.



 

 

 Sorry backdrop tak berbayar kat belakang tu.. Baru perasan. Maklumlah semua mak nenek nak letak atas meja.. huhu







 VICTORIA SANDWISH CAKE FRESHLY BAKED BY MAMAAMEER =)

Roti Titab @kopitiam kita

Assalamualaikum & Hai

Jom nak share pengalama bertitab di kopitiam kita yang femes tu. Balik KB raya haji baru ni kitorang amek peluang nak rasa apa yang best sangat menu utama kedai tu 'roti titab'. Nasib baik cuti lama di kelantan so sempat lah merasa sebab kedai tu buka pada raya ke3. Hai rezekiii =). Duduk kelantan lama-lama bikin aku jadi giant nanti =P


Pagi lagi aku semangat gile nak makan roti tu. Masa tu orang pon dah masuk kerja so aku andaikan takde lah bersesak-sesak nak masuk kawasan kedai. Jauh jugaklah dalam 15 minit kot nk sampai. Bila sampai je mula rasa nak nanges.Parking punyelah susah. Tempat dia sempit. Tapi pusing dok pusing rezeki kami parking depan kedai. Alhamdulillah tak payah menapak jauh-jauh. hihi


Masuk je dalam kedai table semua penuh. Ada yang reserved pon ada. Ceh main booking2 eh..Orang memang keluar masuk non stop. Aku pon buat muka tak malu jela menempel sebelah meja orang yang macam dah nak siap makan. Terpaksa buat macam tu okay. Kalau tak sampai tengah hari lah ko jadi patung cendana tak berbayar kat dalam kedai tu..huhu.


Bila dapat meja satu lagi dugaan. Usahkan nak amek order nak clearkan meja pon susah. Ada la dalam 10 minit dok lambai-lambai tapi haremmm..Memang servis lambat gila.Tapi takpe memang aku dah prepare kan mental. Dah baca kat blog-blog orang ramai komplen servis lambat. Hurmm. Sokay paham. Korang banyak customers nak dilayan. Last-last asben  hantar sendiri kertas order tu. Haa senang. Kat situ memang kita kena tick siap-siap nak makan & minum apa. Ala macam kopitiam jugak yang beza nya kopitiam kita ni kedai dia biasa-biasa je tapi duit mashyukk $$$ hihi..

Sambil-sambil tunggu tu korang boleh tengok gambar disekeliling kedai memang penuh dengan gambar-gambar retis yang makan kat situ. Tok Ti nampak macam suka sangat kedai ni sebab banyak gambar dia..hihi..Tunggu dalam 10--15 minit makanan pon sampai. Alhamdulillah cepat =). Kat situ pon ada jugak makanan femes2 kat kelantan cthnye nasi tupang &tupe ( Ameer's febret), nasi dingin (nak try tapi dah habis) dan bla bla bla. Aku lupa dah hihi. Kuih pon banyak pilih saja mana yang berkenan.




Sila tick makanan mana yang berkenan =)





Haa kan dah cakap Tok Ti memang peminat setia..gomo kelate gome! ^-^





 Kau memang cantik tertarik kau memang deboom! hikhik.. Rasa dia? Mestilah nyaman.. Kalau nak ikutkan buat sendiri je boleh kan..tapi feel dia lain sikit lah kan..apa pon siapa-siapa nak merasa memang patut rasa..Nescaya rasa dia pasti tak menghampakan!! =P. K bai







Thursday 6 November 2014

Resepi Jacket Potato

Assalamualaikum & Hai..

Hai & hai & Hai. 

Korangggg tuan blog ni masih bernafas lagi =P

Dah lama takde perasaan tenang nak menaip entry. Bila perasaan happy barulah boleh taip dengan aman. Ayat pon takde lah tunggang langgang..hihi..Ok hari ni nak share resepi baru yang aku try baru-baru2 ni.. Sebenarnya tercetusnya idea nak buat resepi ni angkara NOVEL! Tengah syok-syok baca tetiba penulis cerita pasal heroin dalam cerita dia terror buat resepi ni. Sape Novel Lover mesti tahu tajuk apa kan =P . hihi sila perah otak sekarang..siapa betul bagi hadiah 20sen! haha.

Hurm berbalik pada kisah resepi ni. Yang buatkan aku nak sangat try sebab dulu dah pernah makan jacket potato ni masa kat london.. Cewah nak kata ko duduk london ke? haha tidak sama sekali. Pemergian dan pembalikkan ku ke tanah air semuanya dibiayai oleh my cousin. Upah sebab tolong jaga anak dia taw! Bukan saje-saje di taja macam che ta yep..Tahniah che ta anak comel sgt sampai tak tido malam pikirkan anak dia. Ok tipu.

Masa makan aritu tu jakun lah sekejap tapi nak rasa punya pasal aku telan jugaklah.. Benda tu makan panas memang heaven nak pulak suhu sana sejuk kan. hasilnya Daebak! =) Alah macam makan keledek bakar tu lah..Memang best. hihi Ok jom aku dengan rajinnya nak sharekan gambar-gambar yang aku snap masa buat tu. Gigih tau nak amek gambar bagai.. Ngeee

Resepi Jacket Potato

Kentang Import ( besar gedabak tu)
Daging cincang / ayam cincang
Udang
Keju (mozarella)
Mayonis
Minyak zaitun ( aku guna minyak jagung je )
Bawang merah & putih
Oregano
Black paper 
Mentega 1 sudu

Cara-cara dia.





1. Basuhkan kentang tu bersih..lepas tu lap.. lepas tu cucuk dengan garfu pada kentang then sapu minyak zaitun keliling dia nak bagi dia rangup masa makan nanti.
2. Bakar kentang 200'c selama  1jam/ 2jam ( bergantung size kentang )
3. Bila dah masak belah kentang kepada 2 bahagian
4. Korek isi kentang bagi dia berlubang tengah2.
5. Balut kentang dengan aluminium foil

 
 Kentang dikorek tengah





 
 Sapukan butter sebelum isi inti




Inti
1. Tumis bawang putih & merah. Masukkan daging cincang. Taburkan oregano & garam. Siap




 Lepas tu campurkan inti daging tadi dengan isi kentang yang dikorek, Gaul mesra,. Taburkan oregano & black paper





 Masukkan inti tadi kedalam lubang kentang then hias udang di atas kentang tu. Paipkan mayonis jangan lupa.





 Lastly tabur cheese sebanyak mana anda suka =)







Bakar dalam 180'c selama 10-15minit 






Taraa.. jemput try =)


Tips : Sebenarnya ramuan inti dia tu boleh letak apa yang korang suka je.. Ada orang letak tuna..jagung manis..cendawan..dan macam-macam ikut gaya kretiviti anda. Aku just ikut naluri aku pernah rasa. Cewah =P
 

p/s : Makan panas-panas baru aummm! Selamat Mencuba.. k bai =)




;