Thursday 6 November 2014

Resepi Jacket Potato

Assalamualaikum & Hai..

Hai & hai & Hai. 

Korangggg tuan blog ni masih bernafas lagi =P

Dah lama takde perasaan tenang nak menaip entry. Bila perasaan happy barulah boleh taip dengan aman. Ayat pon takde lah tunggang langgang..hihi..Ok hari ni nak share resepi baru yang aku try baru-baru2 ni.. Sebenarnya tercetusnya idea nak buat resepi ni angkara NOVEL! Tengah syok-syok baca tetiba penulis cerita pasal heroin dalam cerita dia terror buat resepi ni. Sape Novel Lover mesti tahu tajuk apa kan =P . hihi sila perah otak sekarang..siapa betul bagi hadiah 20sen! haha.

Hurm berbalik pada kisah resepi ni. Yang buatkan aku nak sangat try sebab dulu dah pernah makan jacket potato ni masa kat london.. Cewah nak kata ko duduk london ke? haha tidak sama sekali. Pemergian dan pembalikkan ku ke tanah air semuanya dibiayai oleh my cousin. Upah sebab tolong jaga anak dia taw! Bukan saje-saje di taja macam che ta yep..Tahniah che ta anak comel sgt sampai tak tido malam pikirkan anak dia. Ok tipu.

Masa makan aritu tu jakun lah sekejap tapi nak rasa punya pasal aku telan jugaklah.. Benda tu makan panas memang heaven nak pulak suhu sana sejuk kan. hasilnya Daebak! =) Alah macam makan keledek bakar tu lah..Memang best. hihi Ok jom aku dengan rajinnya nak sharekan gambar-gambar yang aku snap masa buat tu. Gigih tau nak amek gambar bagai.. Ngeee

Resepi Jacket Potato

Kentang Import ( besar gedabak tu)
Daging cincang / ayam cincang
Udang
Keju (mozarella)
Mayonis
Minyak zaitun ( aku guna minyak jagung je )
Bawang merah & putih
Oregano
Black paper 
Mentega 1 sudu

Cara-cara dia.





1. Basuhkan kentang tu bersih..lepas tu lap.. lepas tu cucuk dengan garfu pada kentang then sapu minyak zaitun keliling dia nak bagi dia rangup masa makan nanti.
2. Bakar kentang 200'c selama  1jam/ 2jam ( bergantung size kentang )
3. Bila dah masak belah kentang kepada 2 bahagian
4. Korek isi kentang bagi dia berlubang tengah2.
5. Balut kentang dengan aluminium foil

 
 Kentang dikorek tengah





 
 Sapukan butter sebelum isi inti




Inti
1. Tumis bawang putih & merah. Masukkan daging cincang. Taburkan oregano & garam. Siap




 Lepas tu campurkan inti daging tadi dengan isi kentang yang dikorek, Gaul mesra,. Taburkan oregano & black paper





 Masukkan inti tadi kedalam lubang kentang then hias udang di atas kentang tu. Paipkan mayonis jangan lupa.





 Lastly tabur cheese sebanyak mana anda suka =)







Bakar dalam 180'c selama 10-15minit 






Taraa.. jemput try =)


Tips : Sebenarnya ramuan inti dia tu boleh letak apa yang korang suka je.. Ada orang letak tuna..jagung manis..cendawan..dan macam-macam ikut gaya kretiviti anda. Aku just ikut naluri aku pernah rasa. Cewah =P
 

p/s : Makan panas-panas baru aummm! Selamat Mencuba.. k bai =)




;



No comments: