Sunday, 9 February 2014

Hello Cameron Highlands!!

Hai..Assalamualaikum..

Huhu..Hari isnin gigih aku menaip entry baru..Lagi lama aku peram cerita yang aku nak share lagi banyak yang aku lupa sebab dah sebulan lebih dah kot..Dalam masa sebulan tu macam-macam aku lalu tak boleh nak hold memori pergi berjalan sebulan yang lepas..hihi =P


Actually kitorang baru balik dari USS..Ha nanti bulan seterusnya aku update entry tu HAHA..Sebab yang bulan lepas pon tak habis update lagi..hewhew..Ecxited jugak nak share pengalaman jalan2 kat sana.. Inshaallah akan update nanti yooo!


Ok..Sebenarnya kitorang datang sini sebab diver-driver dah tak larat nak pulang ke pangkal jalan ekoran jalan-jalan di penang aritu..Ni kali ke2 aku naik sini..Last pergi sini masa si kecik tu dalam 5 bulan rasanya..So alang-alang dah lalu kitorang plan naik jerla ke bukit sejuk ni..Sebenarnya nak ikutkan baki perjalanan kami nak sampai ke pahang lebih kurang je bila nak sampai ke Cameron Highlands tu..Nak naik bukit tu lebih kurang dalam 2 jam jugak..huhu..Tapi takpela dah alang-alang lalu sini baik singgah je..Sampai pon dalam pukul 9 macam tu..Bila sampai tu kitorang singgah kat Pasar Malam dia kat Tanah Rata.. Burrrrr..sejukkkk sangat tau.. Budak kecik tu pon dah bosan duduk dalam kereta..So bawak lah dia sekali..laki aku tunggu kat kereta dengan abang aku..Masa ni Pasar Malam Bricnhang yang femes tu takde sebab dia bukak weekend je..rugi jugak tapi dalam masa yang sama syukur jugak sebab duit selamat tak terbang jauh-jauh =)


Tapi bila dah jalan-jalan kat pasar malam tu 
sempat jugaklah terbeli sweater si kecik tu..Mula-mula nak test je sebab masa ni dia pakai seluar pendek..Kesian pulak sebab masa ni memang sejuk..Bila try pakai je kat dia takmo tanggal dah..Nak tukar size lain pon dah tak bagi mungkin dia rasa comfort sangat so duit kena terbang jugakla..Haha..konon nak jimat sangat..Akak ipar aku pon terbeli jugak kat anak2 dia..huhu


Masa ni kami tidur kat homestay tanah rata..Alamak lupa dah nama dia..Owner dia ustaz..Harga untuk 2h1m untuk weekend RM250. Kalau weekdays RM150..So kami jimat bila datang on weekdays..Alhamdulillah jumpa yang murah..Aku cari kat mudah.com je..Sebelum naik bukit dah call siap2 cakap nak book untuk malam ni..So sampai sana call je..Dia tunggu tepi jalan..Memang ok sangat. Rumah apartment..Ada 3 bilik.. 1 bilik air lengkap dengan water heater..Harus ada benda ni kalau tak memang tak mandi..hehe..Bilik pulak memang lengkap dengan katil tilam & comforter yang tebal..Bantal-bantal extra pon banyak..Memang alhamdulillah sangat jumpa homestay yang lengkap mcm ni..TV & dapur pon lengkap..Siap ada bawang..minyak lagi tau..ngeee..tapi mana sempat nak masak bagai..Masak megi je sempat..


Dalam rumah tu anak aku tu bantai nak dukung je sebab tak boleh pijak lantai sebab sejuk sangat..haha..nak basuh botol susu kt sinki pon rasa malas sangat..Nak mandi pon nangis2 sebab sejuk..padahal selama ni dia hantu air..pantang nampak air..Punyela sejuk nye duduk kat sana..Aku memang tak sanggup nak bermastautin kat sini..lol


Pagi esoknya barula kitorang jalan-jalan lawat kawasan..Frust sikit masa ni sebab buah strawberry tak banyak..Yerla lepas cuti sekolah kan..Ada pro n kont jugak jalan2 lepas cuti sekolah ni.. Yang Pro nye masa ni traffic ok sangat..Orang pon tak ramai..


Ok..jom layan gambar basi kitorang.. hihi


Masa ni baru sampai lepas terbeli sweater comel mickey mouse tu.. =)



 
Orang nak cepat tapi budak 2 orang ni melambatkan keadaan..Grrr tapi berguna jugak beg ni..Nak dekat setahun dah beli tapi bila travel bagus sebab 2 in 1 kan..takyah nak heret toys bagai..pakai beg jer lol  #trunki




Haha comel pulak bila tengok dari belakang =)




2 ekor tikus gigih cari makanan! LOL T__T




Yeayyy muka kenyangg!!




Ni si lebah kecik kesayangans makde =)... Adik tak boleh join abg2 lagi sebab adik kecik lagi..








Pergi Cameron Highlands tapi bergambar dengan pokok lada..Kalau macam ni baik pergi kebun wan lagi banyak buah lada! huahuahua






Mummy & adik dina pon selok nak bergambar dengan pokok lada hihi




Muka macam tak mandi pagi je ini budak!





Us





Hehe bila anak 2 macam ni la jadinya..haha..Berebut! Semua benda nak kena beli dalam kuantiti 2!




Mickey Mouse sana merajuk dah sebab tak dapat aiskem..ayukkk!





Hikhikhik..Lebiu la! Budak 2 orang ni lah yang buat percutian ni enjoy!





Belgium Waffle! Seriously sedap ya ampun kat raju's farm..Janganlah aku mengidam nanti =)





Aaaumm..Strawberry's Ice cream! Yummeh !


 Ok..itu je gambar-gambar yang boleh aku share..Tak banyak mana pon kan..Gambar buah stoberi pon tak banyak ..Ni gara-gara buah tak banyak pon..Tak macam pergi sebelum ni..Boleh petik dan makan..Huhu takpela..janji dapat makan aiskem stoberi pon boleh lah kan..Sebelum balik tu sempat jugaklah kitorang beli sayur..Tapi sampai sekarang sayur2 tersebut masih wujud dalam peti umah aku..huahua..Tak larat weh nak telan kobis tetiap hari..haha..





Ok..Babai! hehe..Sempat lagi selfie tepi jalan..Belakang tu projek Hydro yang besar gedaban tu


No comments: