Wednesday 23 November 2011

His First Reaction!

Hujung bulan ni genap la Ameer 7 bulan..wah besar dah anak mama yer..rasa baru semalam je mama kuarkan adik..huhu..fake..Semalam lepas amek budak boolat tu dari umah dia..aku main2 la kejap ngn dia sebelum sinsing lengan ke dapur (ceh nak ckp kau rajin masuk dapurla..heeee )..Pastu saja nak test dia.." dik mana fish?? pastu dia terus pandang ke akuarium tu..! Yeay dia dah mula nak paham apa soklan aku tanya..

Alhamdulillah rasa macam terharu la pulak bila dia bagi reaction yang bagus mcm tu..maknanya dia alert masa kita cakap2 ngn dia before ni..Lepas tu aku test sekali lagi mana la tau kebetulan dia nak pusing ke arah akuarium tu..Then hasilnya sama dia memusing sambil pandang ke arah "fish" tu..Good boy anak mama..

Pastu aku test lagi mana papa? senyap je hahaha..dia lebih kenal ikan dari papa dia..eventho papa dia kerap gomol dia tetiap malam..hikhik..kesian..

Setakat ni dia kenal "fish" ajerla..yerla dah word tu je yang asek disebut-sebut bila dia meragam..huhu..Walau apepun hati aku ni lega sgt tu menunjukkan yang anak aku tu dah mula nak memahami apa yang kita cakap & buat..

Tapi bila suh tido dia takmau dengar..Pe kes? Tiap2 hari tido kul 1 pagi..mana la papa & mama ni tak jadi singa..hahaha..Adik oh adik..cepat2la buang tabiat menangis taknak tido malam tu..mama & papa ni kalau jalan pagi2 tu asek nak berlanggar je kes ngantuk punya pasal..tu belum kira yang awk nak susu tgh2 malam tu..adeyy..gini la kalau dah jadi mak budak..sekian T______T



budak suka tgk 'fish'



budak tak suka tido malam..nak jadi burung hantu..huhu

No comments: