Wednesday 9 November 2011

Boring + BlurR

Sekarang pukul 1.29 ptg..Aku masih berada kat kerusi empok aku ni..Takde hala tuju..orang lain sume dah balik mengadap isi rumah silap2 siap krooooh2x hihi..Memang camnila rutin harian lunch our ku..Aku memang tak balik sebab takde sapa aku nak ngadap..Dok memerap kat opis menanti kehadiran opismate masuk balik ke pejabat pastu opis ni akan jadi riuh rendah balik..Aku jarang keluar waktu tgh hari sebab dah makan waktu bekpes tadi..Bekpes merangkap lunch! Jimat yoo!


Tapi hari ni aku rasa lain..mungkin hati tgh susah memikirkan si anak yang kurang sihat..he got flu + cough back! uhuk..Takpela itu semua dugaan untuk kami..Malam tadi dia tak nak susu macam biasa..Dia lemas bila isap susu sebab he cant brief well..Adik luluh hati mama ni tgk adik malam tadi..Get well soon yer syg..Weekend ni kita nak jadi travellers..Papa nak bwk kita jalan2..Adik cepat sihat tau!

Tadi masa main meseg ngn hubby tuk hilangkan kebosanan aku ni..aku cakap nak kuar cari roti nak alas perut..tiba2 rasa lapar..Alih2 aku bantai mengadap pc ni..berdosakah aku kerana menipu?? cece mcm tajuk drama anugerah skrin la pulak ..yikeees!

Takpe jup lagi aku pecut jup ke kedai tuk mengiyekan apa yang aku beritahu cik hubby..Sekarang rasa mcm nak meluahkan apa yang terbuku kat hati ni..bila anak tak sihat kita as parents memang tak senang duduk..Nak pulak bila time nak amek dia kat umah BS..Soklan bertubi2 akan aku tanya kat "ibu" dia..etc : Dia ok ke kak? dia nangis tak? dia minum susu tak? dia makan ok tak? dia selsema/batuk lagi tak? sampai takde nafas ibu dia nak jawab balik..Itulah gelisahnya hati seorang ibu bila memikirkan kesihatan anaknya..

Aku selalu memujuk hati ni supaya bersabar setiap dugaan yang diuji kpd kita..tapi kadang2 senyap2 hati ni mencuri perasaan negatif dan akan membuatkan aku hilang pertimbangan..air mata la yang akan jadi peneman.".kenapa anak orang lain sihat jer?"  itula ayat yang sentiasa bermain bila perasaan negatif /jahat tu dtg..sebenarnya tak baik aku berfikiran mcm tu..dugaan untuk orang lain Allah s.w.t uji lagi maha hebat..Aku cepat2 tetapkan iman aku semula..bersabar dgn apa yang terjadi..dan berdoa semoga tidak ada apa-apa yang buruk akan terjadi kepada my baby..Insyaallah..

P/s : Sesungguhnya aku berpegang kuat kepada ayat ni.."Allah s.w.t tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya itu tak mampu nak hadapi ujian itu" ..

No comments: