Sunday 18 December 2011

............Jadi Kes Polis

Aku masih tertanya-tanya macam mana dia masuk tanpa sebarang kesan? Polis penyiasat pon mcm takde jawapan yang boleh puaskan hati aku..Sedangkan dia dah check keliling umah aku dalam & luar..Macammana kau masuk setan!

Bila kami check pagi tu pintu depan yang tak berkunci..Mangga gril tu dia bawak lari..Tapi kunci umah aku masih bergayut didinding tepi tu...Adakah dia masuk & keluar ikut pintu yang sama ? Tapi guna apa? kesan potong..cungkil..kopak pintu pon takde..Yang ada cuma pintu kayu & gril besi yang dalam keadaan baik dan bertutup..Nak kata kami lupa nak kunci mustahil! Sebab pintu kami akan berkunci sentiasa walaupon sesaat tak pernah tak kunci..Maklumlah duduk tepi jalan mcm2 benda boleh jadi..Bukan heaven mcm duduk kat kg..Nganga lah pintu sebesar mana pon takde orang nak masuk pon..

Kami andaikan perompak tu punya 'master key'.semua mangga dia boleh tembus..Malam tu dia boleh lepas 3 kali kunci..Kunci gril, mangga gril..& kunci tombol pintu kayu..Bilik aku pon berkunci tapi lepas jugak..Yerla dah yang depan tu 3 halangan dia bleh lepas inikan pulak kunci tombol pintu tu..Silap kami semua pintu takde selak pintu.. =(

Bila dah pasang selak ni barula rasa lega tapi still perlu berjaga-jaga.. Sebab penyapu luar kami 2 batang hilang..Takut pulak dia guna tuk jolok siling ataupon masuk ikut bumbung yang pakai genting susun lapis2 tu..dan yang paling takut lubang maintainance tu akan kuar ikut bilik aku..takde tempat lain dah..Bila check keliling umah siling & roof cover tu berada di kedudukan yang tak mencurigakan..Ya Allah janganlah ada kali yang kedua..Aku betul2 tak sanggup nak hadapinya lagi..

Pagi tu kami buat aduan di balai polis terdekat iaitu Pondok polis permatang badak then trus shoot ke IPD jumpa sarjan penyiasat tu..Dia macam pelik mcm mana kami boleh tak sedar sampai perompak tu boleh masuk dalam bilik..Ada yang mencelah 'sejuk kan'. Seolah-olah memerli kami tido mati..Memang tak patut ckp mcm tu..orang tengah takut & sedih..Bengong..pastu masa nak buat siasatan tu mcm nak tak nak je..Kami tau barang yang hilang tak sebanyak mana..Kami pon tak harap dapat balik..Tapi yang penting keselamatan kami ! So siasat la elok2..Ni tak bila siasat nak taknak je..Boleh pulak ckp perompak tu kait kunci ikut tingkap yang berkunci dan jauh sgt kedudukan kunci tu dari tingkap..Choi! Nonsence okay!

Satu lagi area umah kami tu memang panas..Baru 3 minggu lepas rasanya aku buat entry jiran aku kena rompak gak masa dan cara yang sama!klik SINI  nak tau..Tapi pihak polis takde buat rondaan ke..Lepas ni siapa pulak yang kena..Yang aku geram charger hp aku pon kau kebas..Nasib baik hp aku selamat sebab aku letak tepi bantal..mungkin masa tu dia tak nampak..Nak jadikan cerita pulak pagi tu hp aku buat hal..Takle nak call out..Nasib baik masa tu hp adik aku ada..Dan nasib baik jugak dia tak masuk bilik adik aku..

Barang yang hilang laptop (company hubby punye tu)..Camera (hantaran kawen uhuk) ..Hp hubby..wang tunai Rm700++..(sebenarnya tu duet nak shopping..tapi takde rezeki nak wat camne) =(..   sedey betol..Tapi aku syukur sangat dia tak kebas wallet & purse aku..Ic..kad nikah..kad kawin..medical card..kad kredit dia tak usik pon..Alhamdulillah kalau tak lagi banyak keje aku nak kena buat..Leceh weh nak settlekan benda kecik2 tu..( Nasib kaulah perompak dapat tu je dah memang tu aje yang ada dalam umah tu..Takde gadget mahal2..Dah jangan datang lagi..Kami orang susah takde brg mahal2..barang kemas pon takde..geran tanah pon takde..Jangan masuk lagi eaaa..

Apa yang penting kami sekeluarga semuanya selamat..Alhamdulillah..So kengkawan semua jangan harapkan mangga pada gril saja..Pasanglah 'selak' kat pintu..Insyaallah..

2 comments:

Kemn Azmaili said...

dd, polis mmg macam tu..macam kes aku kena curi handbeg kat surau dulu la..infact kita buat report pun, dia macam tak serius je.inikan plak nak ambil tindakan..padahal kejadian ni dah byk kali berulang..sama la macam situasi ko skrg..patut dia meronda la kat area kawasan umah ko tu kan..

pelik jugak macam mana perompak tu buat kerja sunyi sepi langsung ko tak dengar kan..entah2 dia pakai ilmu pukau kot..macam ada neber aku kat sini la..rumah kena pecah tp tak sedar pun pencuri masuk even diorang ada satu family..

anyway, sabar banyak-banyak ye dd..aku faham ko macam dh trauma skit kan..kita doa mintak perlindungan daripada Allah..

syukur semuanya selamat..

Mrs Hafidz'joo'Din said...

Tu la dia nak buat keje senang..pastu bwt statement merepek nak mampos..Tu la kemn, aku rasa kitorang dipukau sebab semua org pelik kitorang tak dengar dia sampai boleh masuk bilik! Tu yg aku seram sgt tu..

Mungkin t8 time jgk la aku nk buang prasaan trauma ni kan..Ikan puyu pon dah standby =)