Monday 5 December 2011

Lamanye tak hapdettt...

Waaah lamanya tak mengadap laman luahan hati ni..hehe..bizi sgt kew?? Yup sgt bizi semalam smpi tak sempat nk menjengah pon..nape yer..Entahla aku je yang buat2 sibok kot huhu..Plus takde idea pon yer..mcm tepu je otak ni nak menghuraikan apa yang tersirat & tersurat dalam kotak hati aku ni.. (sambil tu boleh nyanyi lagu hujan *kotak hati..ngeh3)

Rasa mcm banyak je nak citer tapi lupa dah..erm nk citer pasal jiran sebelah umah yang kata umah aku ada "#%^&**"..Choy! Apa daaa makcik ni langsung taknak jaga isi hati aku ni..aku kalau bab2 cenggini sgt tak suka..cakap tu bertapis la cket makcik oii..ni tak direct je ckp "umah awk ni keras cket..penghuni dulu tiap2 maghrib kena sampuk!" Lemah lutut aku ni makcik oii..nak je aku lari masuk umah tp kang mcm tak sopan lak..nak tak nak layan je la makcik tu..Huh kalau mcm ni lebih baik aku jadi katak bwh tempurung tak bergaul ngn orang sekeliling..Laki aku pulak ngomen.."Ni la org pompuan kalau berjumpa je ada je nak bergosip..abg ckp ngn orang2 laki tkde pon cakap pape" betul gak dia ckp tu huhu..

Erm takpela setakat ni alhamdulillah..umah tu selamat untuk berteduh..aku berpegang kuat pada ckp abah aku.." selagi solat tak tinggal..mengaji selalu..insyaallah syaitan tu lumpuh"..Mekasih abah bagi ayat tu untuk anak mu yang sgt penakut ni..wink3

Si boolat tu pulak skrg ni asek dgn aktiviti merangkak dia..tarik2 kerusi..tarik rambut mama dia..yang ni aku tak suka..sakit hokay..pastu yg kelakar sekali suka tarik bulu kaki papa dia hakhakhak..skrg cuba nak panjat sofa pulak..adey lasak betol..pastu malam2 mula la susah nak tido..kalau dia banyak tido siang alamatnya pukul 3 pagi la dia tido balik..cukup seminggu mcm tu jadi mata panda la aku..huhu sabauuuuu jerla..hokey..walaupon kadang2 rasa nak nangis tp tahan jer..

Ditambah pulak dengan selingan sakit gigi..tuhan saja yang tahu betapa peritnya..hari ni baru aku memberanikan diri pergi tampal..Biasala manusia time sakit dan2 je nak pergi klinik..bila telan pain killer dah okay terus lupa nak pergi dapatkan rawatan..huhu itula aku..Tapi sekarang semua dah selamat..Amin..

No comments: