Monday, 2 January 2012

Dah Boleh Bukak Kalendar Baru =)

WELCOME TO 2012!!!!


Assalamualaikum...!!!
Semoga korang sihat dan sentiasa di bawah pelindungan-Nya..


Memang rasa dah terabai betol blog ni..Aku bukan lagi blogger tegar..*selama ni tegar kah kau? hikhikhik...


Hokay! Tahun baru semua nak kena baru..baju baru..kasut baru..tudung baru..Itu untuk budak sekolah la kan..semua benda nak baru... barula semangat nak kena pergi sekolah..Ingat masa kecik2 dulu..Tiap2 tahun mesti semua nak kena baru..Ingat dulu pernah mak aku tak kasik tukar kasut dan beg sekolah aku..atas alasan semua tu elok lagi..Aku mana boleh dah semua kengkawan serba baru aku pulak dah mcm old scool..so idea aku ialah gunting beg dan kasut aku tu kasik koyak rabak..hahaha..bijak kan..So automatiknya dapatla kasut & beg baru ! Weiiii...( Janganlah anak aku mewarisi 'kebijakan' aku neh)



Tadi sampai je kat meja..Terus tukar kalendar baru..Terasa ada perasaan lain menerpa..hehe cewah ayat takle blah..Kalau ni dah tahun 2012 maknanya aku dah masuk umur 27 tahun..Warrggh tua nya aku..Cepat betol masa berlalu..Sedar tak sedar je kan..Rasa mcm baru lagi pack barang kuar asrama masa form 5..hakhakhak..


Sekarang anak aku pon dah masuk 8 bulan..Itu pon rasa mcm sekejap je masa berlalu..Dari kecik dia seorang yang sgt susah tido malam..sekarang dah 8 bulan aku & hubby harung semua tu..Rasa mcm dah kalih je tido tak cukup jam tetiap hari..Alhamdulillah kami masih sihat untuk membesarkan amanah Allah tu..( Baiknya ayat aku)



Dah masuk 8 bulan ni dah berapa kali tukar susu..Balik kg minggu ni aku terpaksa tukar susu dia lagi..huhu..Adeyy..tapi ni bukan kes tak serasi ngn dia..Ni kes mak pak nya tak alert tentang kehabisan susu dia yang sgt susah nak cari tu..Otw balik kg banyak tempat aku singgah..Kat maran...kat temerloh..semua kedai susu aku masuk..Tapi semua takde..*stress



Last2 nak tak nak aku kena tukar ke Isomil..Susu sebelum ni yang Hypo Allergenic tu seangkatan dengan susu Isomil ni..Sian pulak dia terpaksa tukar susu lagi..Alhamdulillah nasib baik dia terima dgn baik susu tu..kalau tak masaklah aku nak cari celah mana susu HA tu..*Jimat ckt..hihi 



Erm nak share apa lagi yer..Erm perkembangan budak boolat tu sekarang dia tgh gigih berdiri pastu dengan selamber lepas tangan..Kalau aku tak sempat sambut alamatnya terlentang lah..Haisshh..lemah jantung den mcm ni..Hobi dia pulak skrg ni gigit pipi mama & papa dia..Kalau suh dia syg automatik dia gigit..bagi dia gigit tu tanda sayang dia..hahaha..Pastu jari pon antara part yang dia suka gigit..Dia suka tgk papa & mama dia terjerit2 menahan kesakitan.. ( Baiknya adik ni )



Nak citer pasal azam pulak lah..Kalau nak tau azam aku tak pernahnya tercapai penuh..sipi2 jek..hehe..Tapi tetiap tahun nak gak bwt azam baru..



Aku nak jadi yang terbaik dari yang sebelum ni..Insyaallah kan..Terutama kepada my hubby & my baby..Baru ni hubby tanya target aku apa tahun baru ni..Pastu aku cakap..' target i nak tembak abang' hahaha..Tak solehah tol..Ngeee ~ ~ ~ ~



Semoga kami sekeluarga sihat dan sentiasa di bawah perlindungan yang maha Esa..Dan biarlah segala peristiwa yang terjadi pada kami tahun lepas tenggelam tak timbul2 dah..Aku taknak ingat lagi benda2 yang pahit...Yang manis je aku bawak ke depan..hehe..


-SAYONARA 2011-







2 comments:

NURULHANIF said...

selamat menyambut tahun baru didi sekeluarga.. :)

Mrs Hafidz'joo'Din said...

tQ Nurul! Happy new Year!