Monday, 29 April 2013

Mari Mengundi..PRU13!

Hoho...sebut mengundi je semua sensitif..Salah cakap sket..melenting..bekeng mu..hikhik..Fyi ni 1st time aku mengundi..Tapi taktau la sempat ke tak sempat..Sebab sebelum ni ingat tak boleh mengundi sebab hubby nak mengundi kat KB..So bila pikir2 balik rugi pulak aku tak mengundi..Dah la 5 tahun sekali jer..Wajib pulak tu..Tak keluar mengundi dosa tahu =P


So secara adilnya..Balik KB petang jumaat..Hari ahad lepas mengundi kena rushing balik Temerloh pulak..Adeyy sempat ke tak eh..Harap2 sempat lah..Semoga Allah swt melindungi dan mempermudahkan perjalanan kami..Amin..


Undi anda adalah rahsia..jeng jeng jeng..tapi kalau tengok sekarang undi bukan lagi rahsia..dah tau orang tu parti hok mana se..hihi.. Orang ni dok update status FB macam tu..Orang tu Update lagu tu..Kadang2 naik menyampah pulak terlalu expose..Sampai masa nak pangkah mana ikut mu la..Kadang-kadang yang kita share / like tu tak tahu sejauh mana kesahihannya..Silap2 boleh jadi fitnah...Haihhh tak tau la..Lepas 5hb ni apa citernye..seram pulak nak tau..


Yang penting kita sebagai rakyat dah memainkan peranan kita untuk menentukan yang terbaik untuk kepimpinan yang akan datang.. 5 Tahun lepas aku sangat naif dalam isu2 PRU ni.. Tak kisah langsung..Apa nak jadi..jadilah..janji ada.. Tapi sekarang kesedaran dah muncul.. Aku mula dah faham apa yang sedang berlaku..ngeh3...Rahsia tahu!

Okla malas cakap lebih2 nanti undi bukan lagi rahsia.. =)


mesej dari abah : Salam. Abah nak ingatkan je pada 5hb blk lh yek-jgn lupa
reply : inshaallah..dila balik kelantan dulu lepas mengundi balik tmloh trus..harap2 sempatlah

hehe semangat tau abah saya..elok2 je aku tengah menaip dia hantar mesej..Adeyyy baiklah





 JOM UNDI!!!
Pilihan di tangan anda!! Pilihlah yang terbaik =)
 

P/s : Lepas ni antara kami berdua kena tukar tempat mengundi..Mengundi satu tempat je..5 tahun akan datang takde lah buat kerja rushing macam ni..haihhh

No comments: