Salam..
Tiba-tiba terasa perasaan sedih bila nak share entry ni..
Mungkin fikiran aku tengah risau tentang interview akan datang..Sebab selain berusaha , doa dan tawakal adalah jalan terakhir..
Tapi aku dah hilang 1 doa..Doa keberkatan dari ibu..Aku rasa macam tak yakin tanpa doa 'dia'. Kata orang apabila meninggal salah seorang ibu bapa, maka hilanglah 1 keberkatan doa darinya.. Sesungguhnya doa seorang ibu itu amat mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Tapi aku masih ada abah.
Mama dah pergi lebih 4 tahun..Tahun lepas ibu pulak pergi..Sekarang aku dah ada 'makcik'.. Tapi....
Kadang2 lepas solat aku lupa nak mendoakan mereka disana..Kalut nak mengejarkan alam dunia..Sangat susah nak lupakan kenangan2 lepas bersama mama..Hurm..dah lah tak nak cerita nanti kang basah meja aku ni.....
Aku bermohon kepadamu, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa
kami, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami ketika
kami kecil, tempatkan lah mama & ibu Ya Allah dikalangan orang-orang yang Engkau
Redhai, jadikanlah kubur mereka salah satu dari taman-taman syurga, jangan
engku jadikan kuburnya salah satu dari lubang-lubang neraka.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
4 comments:
wah good luck.. interview ape dd?
Interview TA =)..Wish Me Luck hihi
yeake.. good luck.. moga berjaya yea.. :)
Maceh nurul
Post a Comment