Monday, 21 January 2013

TauHu Terbalik

Salam Uolss..Oh. Selamat  berhujung minggu..Aku sebenarnya jarang sangat update blog time2 cuti ni..Sebab skrg aku tgh bosan terlampau tercipta jugakla entry ni..hoho..Menunggu si ketot tu tak bangun2..Hubby pulak keje..Keje??? Yer minggu ni dia keje weekend..Owh so stress saya..Aku pulak pagi ni jadi isteri mithali..kakaka..Sebab lepas subuh aku tak tido..just lepak2 kat luar..baring2 amek mood nak pergi buat air kat cik somi yang nak pergi keje..Lepas tu siap buat roti sapu planta tabur pulak gula..Then bakar..owh so delicious! ngeh3..Sebab jarang sgt aku buat air kat dia kalau time2 dia keje weekend..Aku mesti hantar dia atas katil je sebab ketaksuban tidur yang terlampau! Harap2 next 2 weeks perangai bagus ni kekal dalam diri ni.. T___T



Oh Yeah..Dah lari topic ni..Ok2 jom citer pasal tauhu terbalik? Yessss..Kalau korang taktau sama la mcm tuan punye blog ni..heee..Memula aku dengar macam pelik..Tapi bila rasa terus jatuh cinta dan hari ni aku nak try buat sendiri..Tapi aku rasa semua orang tahu & kenal tauhu terbalik..aku ni je baru turun dari planet Marikh minggu lepas =O


Memula rasa semalam kat umah abg aku..kakak ipar ler yang masak..Nak tggu abg aku masak kena tggu aku naik planet marikh semula..Aku tgk je ..eleh kacang giler..*gile riak..Lepas rasa benda alah tu nekad nak buat..


Resepi dia aku nak share kat sini jugakla..senang nanti kalau aku lupa boleh refer kat diary alam maya aku ni..Hewhewhew..*Baru terasa benefit lebih bila share dlm blog 



Resepi Tauhu Terbalik

- tauhu goreng ( korek isi dia, kulit tu jadikan bentuk bunga)
- isi ayam
-isi udang 
-1 biji telur
-1 biji bawang merah
- hirisan daun bawang
-sedikit lada sulah
-garam


Bagi yang taktaw cara2 dia...sonang baitu..jangan stress2 hokay..Meh sini den nak ajar..cewah nak mengajar orang..hihi



 Kita korek isi tauhu tu jadi mcm ni




Ini la rupanya tauhu goreng yang dah diterbalikkan dan dikorek isi perut





Korek banyak-banyak jadi kelopak bunga macam ni




Lepas tu isi tauhu tadi campur dengan isi ayam..isi udang..daun sup..telur..lada sulah dan garam..pandai2 la nak budget isi banyak mana kan




Lepas tu sumbat dalam kelopak bunga tadi jadi macam ni




Lepas tu goreng la sampai kekuningan macam ni..





Lepas tu hidang dengan sos dan boleh dimakan dengan enaknya..Sedappppp hingga menjilat pinggan!


#Hehe...bagi yang belum pernah merasa macam aku ni..sila jangan segan tuk mencuba..!! =)



No comments: