Wednesday 2 May 2012

~Koleksi masakan ikan siakap Mamaameer~

Aku nak tampal gambar menu lagi... =)

Kadang2 nak jugak makan ikan besar2..Rasa buhsan tetiap hari mengadap menu yang sama..Bila time rajin tu mcm2 la idea nak masak ni timbul..Macam biasalah klik di hujung jari web masak2..hihi..

Nak pulak Hubby ni asek dok tanya bila nak makan ikan siakap lagi..Aku ni bukan apa kalau beli kat pasaraya tu tak segar satu hal..Pastu bab siang tu aku paling malaaaaaaaaaaaaas sekali..Dengan sisik tebalnya..Nak koyak perut lagi..Nak tarik insang lagi..tu semua kena guna kekuatan yang maha dasyaaaaat..Silap2 boleh luka jari time nak siang ikan besar ni.. =)

Kalau nak senang aku biasa pergi pasar basah kat beserah jer ada perkhidmatan siang terus..kan sonang..kalau ada khidmat basuh terus kan bagus..wawawa..Dasar tatau diuntung!! HAHA..tapi tu la dari rumah boleh tahan jauhnya..Macam tak berbaloi..Tp kalau dr office mmg berbaloi..hihi..Dah terang2 aku pergi beli waktu office kan? kadang2 je hokay..bukan selalu... T_________T

Ok jom tgk nak? Tengok jugaaaaaak (paksaan)


Siakap Masak Sweet Sour !! Rangup dan menyelerakan =)





Siakap Masak Stim Limau ..Memang tak cukup =)

Ceh 2 je ke? Hihi.. Bila tgk gambar ni rasa nak pergi pasar beserah je petang ni.. =)

No comments: