Monday, 10 November 2014

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum & Hai.

Ini lah orang cakap nama seindah rupa dan rasa..huhu..Aku puji betol siapa yang cipta resepi kek ni..Sekarang kek ni tengah femes..So aku pon tumpang terliur sama..Lagi satu  faktor yang buat aku kuat nak try kek ni sebab dia bukan berasaskan coklat. Suami saya Chocolate Haters! ^__^.  Memang lain sangat dengan bini dia..hihi. So kalau kek yang macam ni mesti dia suka. 


Aku try google resepi kek ni..Mostly semua resepi dia lebih kurang sama dan bahan-bahan dia senang sangat nak dapat. Cara buat dia pon senang. Inshaallah siapa-siapa yang berkenan nak try silakan. Meh aku share kan blog kawan aku dia memang rajin salin resepi Nah  SINI. Dari dulu memang aku suka ikut resepi dia  =).


Kebetulan hari sabtu plan nak balik kg..So adalah buah tangan nak bawak kan..Alhamdulillah dorang suka =). Malas nak celoteh banyak-banyak.. Jom aku nak share gambar-gambar sepanjang aku mengelola kek ni. Gambar semua dari Bini Si Chocolate Lovers! Ahaks!





 
 Adunan ni kena dua kali bakar so 2 loyang lah.. Aku pinjam loyang kawan aku sebab malas beli..hihi..Make sure loyang tu tinggi. Ni loyang aku pendek so hasil kek tak lawa sgt sebab macam terbantut masa proses pengembangan







 Yang ni loyang kawan aku tinggi so hasil dia menawan je..sejuk hati tengok haha.. Yang belakang tu loyang aku..Tangan misteri tu memang dengki dengan kecantikan kek mama! =P







 So kita amek kek yang kurang menawan tu jadi layer bawah so keburukan dia dapat diatasi..kehkehkeh.. Jem stoberi tu aku beli je.. Lepas tu aku cincang buah stoberi saja bagi rasa lebih jitu dengan kestoberian dia! =P (ayat takle ikut)







Paipkan whipping cream atas lapisan jem



 



 Ok siap..! Hiasan tu atas kretiviti masing-masing..Aku ikut je gaya resepi asal.



 

 

 Sorry backdrop tak berbayar kat belakang tu.. Baru perasan. Maklumlah semua mak nenek nak letak atas meja.. huhu







 VICTORIA SANDWISH CAKE FRESHLY BAKED BY MAMAAMEER =)

Roti Titab @kopitiam kita

Assalamualaikum & Hai

Jom nak share pengalama bertitab di kopitiam kita yang femes tu. Balik KB raya haji baru ni kitorang amek peluang nak rasa apa yang best sangat menu utama kedai tu 'roti titab'. Nasib baik cuti lama di kelantan so sempat lah merasa sebab kedai tu buka pada raya ke3. Hai rezekiii =). Duduk kelantan lama-lama bikin aku jadi giant nanti =P


Pagi lagi aku semangat gile nak makan roti tu. Masa tu orang pon dah masuk kerja so aku andaikan takde lah bersesak-sesak nak masuk kawasan kedai. Jauh jugaklah dalam 15 minit kot nk sampai. Bila sampai je mula rasa nak nanges.Parking punyelah susah. Tempat dia sempit. Tapi pusing dok pusing rezeki kami parking depan kedai. Alhamdulillah tak payah menapak jauh-jauh. hihi


Masuk je dalam kedai table semua penuh. Ada yang reserved pon ada. Ceh main booking2 eh..Orang memang keluar masuk non stop. Aku pon buat muka tak malu jela menempel sebelah meja orang yang macam dah nak siap makan. Terpaksa buat macam tu okay. Kalau tak sampai tengah hari lah ko jadi patung cendana tak berbayar kat dalam kedai tu..huhu.


Bila dapat meja satu lagi dugaan. Usahkan nak amek order nak clearkan meja pon susah. Ada la dalam 10 minit dok lambai-lambai tapi haremmm..Memang servis lambat gila.Tapi takpe memang aku dah prepare kan mental. Dah baca kat blog-blog orang ramai komplen servis lambat. Hurmm. Sokay paham. Korang banyak customers nak dilayan. Last-last asben  hantar sendiri kertas order tu. Haa senang. Kat situ memang kita kena tick siap-siap nak makan & minum apa. Ala macam kopitiam jugak yang beza nya kopitiam kita ni kedai dia biasa-biasa je tapi duit mashyukk $$$ hihi..

Sambil-sambil tunggu tu korang boleh tengok gambar disekeliling kedai memang penuh dengan gambar-gambar retis yang makan kat situ. Tok Ti nampak macam suka sangat kedai ni sebab banyak gambar dia..hihi..Tunggu dalam 10--15 minit makanan pon sampai. Alhamdulillah cepat =). Kat situ pon ada jugak makanan femes2 kat kelantan cthnye nasi tupang &tupe ( Ameer's febret), nasi dingin (nak try tapi dah habis) dan bla bla bla. Aku lupa dah hihi. Kuih pon banyak pilih saja mana yang berkenan.




Sila tick makanan mana yang berkenan =)





Haa kan dah cakap Tok Ti memang peminat setia..gomo kelate gome! ^-^





 Kau memang cantik tertarik kau memang deboom! hikhik.. Rasa dia? Mestilah nyaman.. Kalau nak ikutkan buat sendiri je boleh kan..tapi feel dia lain sikit lah kan..apa pon siapa-siapa nak merasa memang patut rasa..Nescaya rasa dia pasti tak menghampakan!! =P. K bai







Thursday, 6 November 2014

Resepi Jacket Potato

Assalamualaikum & Hai..

Hai & hai & Hai. 

Korangggg tuan blog ni masih bernafas lagi =P

Dah lama takde perasaan tenang nak menaip entry. Bila perasaan happy barulah boleh taip dengan aman. Ayat pon takde lah tunggang langgang..hihi..Ok hari ni nak share resepi baru yang aku try baru-baru2 ni.. Sebenarnya tercetusnya idea nak buat resepi ni angkara NOVEL! Tengah syok-syok baca tetiba penulis cerita pasal heroin dalam cerita dia terror buat resepi ni. Sape Novel Lover mesti tahu tajuk apa kan =P . hihi sila perah otak sekarang..siapa betul bagi hadiah 20sen! haha.

Hurm berbalik pada kisah resepi ni. Yang buatkan aku nak sangat try sebab dulu dah pernah makan jacket potato ni masa kat london.. Cewah nak kata ko duduk london ke? haha tidak sama sekali. Pemergian dan pembalikkan ku ke tanah air semuanya dibiayai oleh my cousin. Upah sebab tolong jaga anak dia taw! Bukan saje-saje di taja macam che ta yep..Tahniah che ta anak comel sgt sampai tak tido malam pikirkan anak dia. Ok tipu.

Masa makan aritu tu jakun lah sekejap tapi nak rasa punya pasal aku telan jugaklah.. Benda tu makan panas memang heaven nak pulak suhu sana sejuk kan. hasilnya Daebak! =) Alah macam makan keledek bakar tu lah..Memang best. hihi Ok jom aku dengan rajinnya nak sharekan gambar-gambar yang aku snap masa buat tu. Gigih tau nak amek gambar bagai.. Ngeee

Resepi Jacket Potato

Kentang Import ( besar gedabak tu)
Daging cincang / ayam cincang
Udang
Keju (mozarella)
Mayonis
Minyak zaitun ( aku guna minyak jagung je )
Bawang merah & putih
Oregano
Black paper 
Mentega 1 sudu

Cara-cara dia.





1. Basuhkan kentang tu bersih..lepas tu lap.. lepas tu cucuk dengan garfu pada kentang then sapu minyak zaitun keliling dia nak bagi dia rangup masa makan nanti.
2. Bakar kentang 200'c selama  1jam/ 2jam ( bergantung size kentang )
3. Bila dah masak belah kentang kepada 2 bahagian
4. Korek isi kentang bagi dia berlubang tengah2.
5. Balut kentang dengan aluminium foil

 
 Kentang dikorek tengah





 
 Sapukan butter sebelum isi inti




Inti
1. Tumis bawang putih & merah. Masukkan daging cincang. Taburkan oregano & garam. Siap




 Lepas tu campurkan inti daging tadi dengan isi kentang yang dikorek, Gaul mesra,. Taburkan oregano & black paper





 Masukkan inti tadi kedalam lubang kentang then hias udang di atas kentang tu. Paipkan mayonis jangan lupa.





 Lastly tabur cheese sebanyak mana anda suka =)







Bakar dalam 180'c selama 10-15minit 






Taraa.. jemput try =)


Tips : Sebenarnya ramuan inti dia tu boleh letak apa yang korang suka je.. Ada orang letak tuna..jagung manis..cendawan..dan macam-macam ikut gaya kretiviti anda. Aku just ikut naluri aku pernah rasa. Cewah =P
 

p/s : Makan panas-panas baru aummm! Selamat Mencuba.. k bai =)




;



Tuesday, 23 September 2014

Sepetang Bersama Si Layang-Layang

Assalamualaikum & Hai...


Aku macam dah takde idea nak masukkan entri baru..godek punye godek gambar dalam hp terjumpa gambar main layang-layang masa pergi pantai baru ni.. Takpe semua kenangan boleh abadikan dalam blog ni =P


Gambar ni sebenarnya macam memberi seribu makna dalam hidup aku..Gambar happy orang-orang yang aku paling sayang dalam dunia ni. Dah lama sebenarnya tak adakan aktiviti macam ni. Baru ni papa dia busy giler sampai keje non stop sebulan! Weekend je boring gile..Nasib baik kg dekat boleh lah hantar kami ber2 sekejap. Malam pon keje lagi. Aiyakk masa tu memang stress.. Tapi nak buat macam mana nama pon kerja kan. Tapi sekarang alhamdulillah..Dah tak stress macam dulu-dulu.. Dah boleh berjimba-jimpa petang minggu melayan kaletah anak bertuah sorang tu..hihi


Sebenarnya memang dah lama tak main layang-layang. Last masa kecik la kot layang-layang buat sendiri pakai paper dengan lidi je..Masa tu teringat arwah mama yang tolong ajarkan..tskk.. T_____T  Duduk kampung mana pernah beli semua buat sendiri. Kretip sangat..hikhik.. Papa dia pulak cerita zaman dia dulu beli layang-layang dengan memang orang buat wau. Nak pulak wau memang terkenal dikalangan orang kelantan..Memang kira pro lah main layang-layang masa kecik-kecik dulu..Now ajar anak pulak main layang-layang.. Sedikit sebanyak kenangan masa kecik datang.. Halusss jer.. Sampaikan papa dia nak repeat lagi hihi..


Mula-mula aku tengok dari jauh dorang main..Terkedek-kedek budak kenit tu kejar papa dia.. Happy sangat sebab tak pernah main layang-layang..Bila layang-layang tu terbang tinggi perasaan waahhhh...dengan mama dia lompat2 suka sangat haha..Seronoknya masa jadi budak-budak..huhu..Kesian budak-budak zaman sekarang. Kalau tak bawak main kat luar mesti duk mengadap papan segiempat tak tepat tu.. Aishh..=O











































Thursday, 11 September 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum & Hai..


Saja aku nak mewujudkan entry baru sebab aku asek bosan asek terpandangkan entry sebelum ni pasal gigi..huehue..Actually ni pon aku nak share pasal rawatan akar gigi lagi. Semalam appointment ke-3..ada 1 appointment lagi next two weeks..hoho lama pulak kali ni. Sebelum ni kali ke3 dah settle.. Dia punya fees pon dah naik..sob sob sob..aku ingatkan masih RM350.. Rupanya dah RM450..Huahuahua.. See ni belum GST. Baru awal tahun aku buat, bila dah nak masuk penggal akhir tahun dah beza RM100.. Huhu.. Tapi kalau nak comparekan dengan klinik yang aku tanya dulu masih di bawah paras rendah lagi dari yang dulu. Hurm nasiblah sape suruh taknak jaga gigi kecik2 dulu...hewhewhew

#kosrawatanakargigi



Actually hari ni ada gotong royong kat opis. Tapi memo tak sampai ke unit kami. So mohon maaf dipinta bos takle nak join sebab dah sarung dress meleret2..haha diva sangat kau kan!

#kosrawatanakargigi



Bila gigi dah tak sakit boleh selfie nampak gigi =P  

Friday, 22 August 2014

Rawatan Akar Gigi @ Root Canal Treatment

Assalamualaikum & Hai

Kali ni aku macam nak share pengalaman hari ni buat rawatan akar gigi. Sebenarnya aku dengan gigi memang tak dapat dipisahkan. Sejak kecik sampai sekarang gigi aku ni asek masalahhhh je. Haish. Kadang-kadang stress tau. Tak habis-habis pasal gigi. Memang banyak membuang duit ke gigi. Hurmm nasib lah.. Actually ni kali ke-2 aku buat rawatan ni. Ha.. kan dah cakap. Nampak gayanya hujung 30-an aku dah pasang gigi palsu. T__T. Tula dulu masa kecik-kecik takmau dengar arwah mama suruh rajin berus gigi..Sekarang NAH!


Nak jadikan cerita sakit gigi ni serentak dengan telinga. Memula sakit telinga tu sebab aku selalu korek. Sebelum ni dah 2 kali aku jumpa pakar telinga. Kali ke-3 sakit aku malas nak jumpa dah sebabnya memang salah aku. Tak boleh nak control diri ni dari nak melombong je kejenya..haish..Aku  pergi klinik biasa then amek antibiotik , surut bengkak & tahan sakit. Sekali malam tu gigi pulak sakit. Aku andaikan ni mungkin saraf telinga dekat dengan saraf gigi sebab tu dia sakit secara berjemaah.HAHA.. Memandai je aku andai-andai. Entah bila study bio pon tak tau. Tapi andaian aku salah sama sekali.


Bila aku pergi tadi doc cakap aku ada masalah saraf gigi lagi. Ahdoiii.. Lepas abis antibiotik telinga now aku kena habiskan antibiotik & surut bengkak gigi pulak. Tak berhenti makan ubat dah aku ni. Tak suka betol terikat dengan jadual makan ubat nak-nak pulak antibiotik. Baru semalam aku campak sampul antibiotik telinga dalam tong sampah datang pulak jadual baru.. huhu


Kali ke-2 ni pon aku buat kat klinik yang sama. Tujuan aku tulis entry ni pon aku nak rekeman kan kat sesape duduk kuantan boleh refer Klinik An-Nur kat Sg. Isap. Murah dan tak sakit. Aku pernah tanya rege kat klinik lain kos nak buat rawatan ni. Masa first time aku nak buat rawatan ni aku pernah tanya kat 2 buah Klinik Kerajaan. Dorang cakap tak cover untuk gigi depan. Kalau gg depan kena buat kat swasta. ??? Aku tanya kat UIA tempat student tu. Sebab nak mencari yang free..haha..Dorang boleh buat tapi kena tunggu dorang study part tu dulu. Lecturer tak ajar lagi. Boleh gitew ^__^.  Senior dorang dah tak sempat buat. Adeyhh.. Masa tu aku dah tak tahan tetiap malam telan pain killer. Last-last aku tanya la kat klinik yang aku buat sekarang. Klinik An-Nur ni. Alhamdulillah selesai urusan aku awal tahun lepas. Tup2 sekarang aku sakit gigi yang lain pulak..Camne tuh. Gigi tu dah bertampal sebelum ni tapi sakit bahagian akar dia..Nak taknak selain cabut aku kena buat lagi rawatan akar ni. Aku try survey harga kat klinik lain. Amek kau 600-800 untuk gigi tepi! Terkejut beruk aku. Pagi tadi lepas buat appointment semalam lepas lah hajat aku yang tak berapa nak best ni. Tapi seriously memang tak sakit. Sebab bius kan. Kalau tak bius mau meraung aku..hikhik.. 



Aku tak reti nak cerita secara detail rawatan tu. Rawatan dia sapu gel kebas tu. Then baru cucuk bius. Masa cucuk tu rasa sakit sikittt je tang gusi yang keras tu. Lepas tu operasi mengkorek sampai akar. Lepas seminggu datang pulak sebab doc nak tengok samada akar tu dah betul-betul mati ke belum. Kali ke-3 datang barulah doc masuk kan macam skru dalam gigi tu..hukhuk. Dengar macam ngeri kan. Memang aku tengok pon ngeri tapi tak sakit sebab gigi tu dah mati.. tu la tujuan rawatan ni. Mengekalkan gigi tapi gigi dah mati. Haaa macam tulah kekdah nye.. =P. Kos dia pulak dalam RM350 untuk gigi tepi macam aku. Bayar pon sikit-sikit bukan bayar sedebuk. Mungkin kalau gigi belakang lagi mahal. So kalau nak compare dengan klinik aku tanya sebelum ni memang jauh murahlah. Sesapa yang ada masalah gigi macam aku ni sila pergi klinik tu.Doc pon friendly gitew. Tak payah nak tahan derita tetiap malam. Dengan satu langkah anda mampu mengubahnya =O


Kadang-kadang rasa serik nak main dengan masalah gigi. Tapi itulah. Dari kecik sampai ke besar masalah gigi dengan diri ni macam dah sinonim. Walau papepun aku bersyukur Tuhan bagi aku sakit kecik-kecik je nak compare dengan orang lain. Alhamdulillah. Semoga aku terus istiqamah dalam menjaga gigi ni sampai ke tua. Amin =)




 

Monday, 11 August 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum & hai

Kali ke2 aku menaip entry ni sebab aku terdelete post tadi! sobsobsob apa malang hari ni..


Ok jom merajinkan diri tulis karangan baru pasal raya!!!


Tahun ni giliran kami beraya di kampung aku Temerloh..Raya ke-2 balik Kg Raub then raya ke-3 baru kelik kelate.. Macam biasa tiap-tiap tahun rutinnye macam ni cuma berbeza awal dan akhir..ceh paham-paham suda..Tak payah nak fening kan kepala dengan ayat aku tu..hihi. 3 tempat tu wajib kena pergi..


Raya tahun ni budak kenit tu happy sangat sebab dah berani pegang bunga api..tahun lepas penakoott..huhu aishhh..tapi tahun ni macam balas dendam pulak..tiap-tiap malam mesti request nak main bunga api.. Gigih mama & papa cari utk adik tau..Happy tengok anak dah suka main bunga api..mwehehe..Walaupapepon raya tahun ni memberi seribu kenangan kepada kami sekeluarga walaupun baju mama tak siap! Ok tahun depan wajib tukar tailor. Jadikan pengalaman ngeri tu sebagai pengajaran! =P



Malas nak celoteh panjang-panjang jom layan gambar raya kami =)




Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga buat family dan sahabat handai yang mengenali kami =)




Masih ber-3 =P







Duduk atas ni barulah nak amek gambar




OK pejam mata sebab taknak amek gambar dengan mama







Orang tu tido!





Alisha dengan mama dia pon baju raya tak siap!





With cuzie





Sopannya kakak! Dak kenit ni dah tak boleh panggil adik sebab dia Kak Ngah to be! =)





Happy sangat dia boleh main bunga api dengan aide





Haa beratur nak pilih bunga api





Jalan-jalan raya





Beraya di rumah mak wan

Family baru saya =).. Tetiba adik beradik bertambah 3..huhu




Raya ke-3 barulah kami gerak ke kelantan.. Semua orang dok tunggu si kenit tu nak ajak main bunga api.. Bukan kepalang sukanya tuan badan kenit tu,,haha..Enjoy ur raya dik!



Kelik kelate- syawal 3



 

Main bunga api lagi..memang riang ria sungguh





Muhammad Ameer Hazim & Farish Armand - Hero Kubang Kerian..ngeh3





Muzim tok kenali.. Sebelah rumah papa je =P





Kenangan di rumah tok nek






Ameer Hazim beraya dengan i-pad! Tak larat nak marah dah. Sila jangan jadikan ikutan.. jadikan pengajaran!





Kemon girlsss!






Mek kelate! hakhak






Sempat kait buah manggis dengan MIL..hikhik..





Mak Ngah with Payish!





Layan tetamu dengan tab.. BAGUS!



OK sekian gambar raya daripada saya.. =)..  "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin" 
0-0 !!!