Tuesday, 11 June 2013

Kadang-kadang....

Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa kalah dengan perasaan sendiri..
Kadang-kadang nak merengus tak tentu pasal
Kadang-Kadang nak busuk hati tak tentu pasal
Kadang-Kadang mengeluh dengan nasib diri
Kadang-Kadang sentiasa tak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan
Kadang-kadang nak berdengki sesama kita
Kadang-kadang rasa kita lah yang terbaik
Kadang-kadang takde rasa "self confidence"
Kadang-Kadang rasa berani tak kira tempat
Kadang-Kadang rasa takut melampau batas
Kadang-Kadang pikir ke depan sangat sampai membuatkan kita takut nak melangkah kehadapan
Kadang-Kadang terlalu pikir positif sampaikan perkara negatif tolak tepi bulat2
Kadang-Kadang terlalu pikir negatif sampaikan apa yang baik menjadi sebaliknya
Kadang-Kadang bila mahukan sesuatu tu kaalu boleh pejam mata terus dapat
Kadang-Kadang timbul perasaan riak bila nak menyampaikan sesuatu yang baik
Kadang-Kadang bla bla bla bla & bla..


Phewww..banyaknya kadang-kadang aku.. Apa yang aku tulis tu berkait rapat dengan kehidupan sekeliling aku..Memang kita manusia ni kadang-kadang tanpa sedar telah membuat org lain berkecil hati dengan sikap kita sendiri ataupun sebaliknya..Kita cuba menjadi yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang tapi jangan pikir orang akan senang dengan cara kita..Lain orang lain cara..


Oleh itu, bersederhanalah kita dalam pergaulan, percakapan, & perbuatan. 10 orang kita kawan belum tentu semua orang tu senang dengan cara kita. Kadang-Kadang hasutan iblis tu yang membunuh perasaan murni dalam jiwa kita. Kita memang dilahirkan dari keturunan yang baik-baik tetapi kita kalah dengan hasutan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia ke jalan yang tidak baik.


Semoga kita sentiasa berada didalam lindungan Allah Taala dan berada dijalan yang diredhai..InshaAllah.....

2 comments:

ct@m@n@qieem said...

kdang2 koi rase takjub dgn awk!hihi

Mrs Hafidz'joo'Din said...

hehehehe..blushinggggg