Wednesday, 28 December 2011

UnTitLed




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


  • Dia hanya seorang isteri yang mahu dipujuk..disayang..dibelai..& dihargai..Memahami kenapa 'dia' berbuat demikian..
  • Takde kata lain selain "maaf" yang dapat melembutkan hatinya

P/s : Apa motip nak cakap cenggini? Hikhik..Saja nak layan jiwang..Tak boley?

Mana Polis? Mana..Mana..?!

***Seterresssssss***

Argh! Apa nak jadi pon aku tak tau la lepas ni..Rasa diri terancam..Boleh mereng aku mcm ni..Kalau la aku ni ada kuasa veto dah lama aku serang..Tapi aku hanya insan kerdil yang boleh memekak kat blog sendiri..hukhuk.. *hakikatnya aku bapakla beso


Semalam bila nak masuk parking je aku sempat la senyum simpul kat jiran sebelah..Dah dia pandang aku pon pandang la..Senyum kan sedekah..Alhamdulillah ada amal jariah aku petang tu..huhu..

Bila aku turun je keta.. makcik sebelah dtg dekat ..Dia cakap " UMAH KITORANG NAK KENA MASUK LAGI " . oK  noktah..Ambik Nafas jup..


Korang dengar tak pe dia cakap tu? dengar tak ? dengar tak !!!!! ( Walaupon korang sedang membaca just pretend put urself in my position..*sigh


Umah makcik tu dalam masa sebulan 2 kali kena serbu! Whattttheeeee *%$**&# !! Apa polis buat ! Lepas ni nak suh perompak bangang tu singgah umah kami lagi ker? 

Tapi nasib baik PB *stand 4 perompak bangang  tak sempat masuk habis..Just sempat bukak pintu kayu..Grill dia tak sempat ataupon dia mungkin dah nampak berderet anak makcik tu tidur kat ruang tamu..Cara dia amek kunci PB tu bukak tingkap then gunakan payung yang hujungnya dia balut dawai tuk capai kunci atas meja tepi tingkap. Bijak kan? Tingkap tu agak tinggi tapi dia gunakan kerusi kat luar umah untuk berdiri sama dengan tingkap..Apa yang kau nak lagi setan!


PB tu masih berani masuk tuk kali kedua..Tak hairanlah umah kami akan di "SERBU" tuk kali kedua jugak..Aku betol2 stressssss skrg..POLISSSS..PLEZZZZZ DO SUMTING! TAKKAN NAK MENGHADAP KAMI BUAT REPORT TIAP2 MINGGU KAT BALAI !!! 




I wish "this"  going make u mampos!

 

 

Monday, 26 December 2011

Pekena Dooriyang Musin Hujan...Peergghh sedap tak hengat!

Buah apa raja buah? Hoi! Soklan camtu budak tadika pon bley score pejam mata der..Hokay2!  Nak kena creat soklan yang lebih mencabar la..Buah apa yang banyak duri? Ahahah..Pe kes aku ni nak main teka teki lak..Kemain panjangnye mukaddimah aku kan..Ok straight to the point..Kawan2 aku nak citer pasal buah durian..! Haa settle.

Malam tadi kitorang kuar plan nak survey water heater ..Yerla musim hujan ni air dalam tangki tu mcm air batu dah..Dah mcm duduk kat negara kutub utara dah ni..Bezanya kita ni takde salji tapi hujan je yang membasahi bumi..hehe..Plus ada anak ni menguatkan lagi azam kami tuk beli benda alah tu eventho tahun lepas dah nak beli tapi tak jadi..Memandangkan harganya boleh distandbykan untuk anak yang akan lahir so kami cancel la tuk beli.. Tapi sekarang azam tu datang balik bila musim hujan tiba..Tapi bila dipikir2 balik musim hujan jer nak pakai..Musim panas nanti dah tak guna..Macam membazir tapi musin hujan ni bila nak berakhirnya..Aku ni dah lama tak mandi bersabun..Hahaha..Sekarang mandi ibarat mencurah air didaun keladi gatal..kakakaka..

Aku punye cerita punyerla panjang berjela tapi kedai yang kitorang nak pergi tu tutup..Sekian tak payah beli..selamat duet..Wawawa..cerita kemain panjangnya..jangan petir haku! Aku hanya pencerita bebas di blog sendiri..*wink wink wink

So kami pon balik la dengan perasaan kuciwa..Tengah terpikir mcm mana nak mandi esok pagi..Mandi koboi lagikah? Adeyy dah mcm kobau dah ni..Tapi bagus jugak jimat sabun..Tak payah beli sabun dah tuk bulan depan =)

 Jangan risau der..Air panas takde tapi pemanas ada.. Ha! Jangan menyerong akal tu hokay! haha bahse apa aku guna pon aku tak tau..Pemanas yang aku maksudkan tu

 -


-


-


-
-
-
Takde parang..pisau pon bolehhhh

Hehe..seeeedaap..Ameer pon sama sibok nak makan..Suka sangat dia makan..Aku pon sumbat jerla..Nanti kang tak kenal rasa durian..Orang kg kalau tak pernah rasa durian malu amat weh..Tapi balik rumah je lupa parang takde..Pisau je ada..Cis..lupa pulak nak suh pakcik tadi belah terus..huhu..


Berjaya di buka..Yeay!





Dengan bantuan ni jgk sebenarnye..hak hak hak


Isi yg masak ranum..nyum2!

See..kecur air liur tak hahaha..lemak giler!


Aku makan banyak giler sampai nak temuntah..Lemak manis je rasa..hahaha saja buat korang terliur. Hurm tetiba teringat kat kg..Sebelum ni tak pernah pon beli durian..duduk kat kg heaven giler..durian gugur sebelah bilik jer..Dengar je gugur berlari pergi kejar..Rasa pon sangatlah mabeles..Tak payah nak beli baka D24 ke D10 ke DD ke..hakhakhak..



p/s : Sebenarnya ni entry 22/12/2011..Bertapa dlm draft dulu..baru bley publish..hihi

Tuesday, 20 December 2011

Arabian Nite - Ms Garden Hotel

Warggh ngantuknye..seyesly aku betol2 sgt mengantuk sekarang..Kalau aku letak kepala atas meja ni confirm masuk mimpi terus..Masa drive tadi Tuhan saja yang tahu betapa aku ni menahan mata daripada tertutup..Sampaikan aku mengharap semua traffic light yang aku lalu kuar lampu merah so that aku boleh tido sekejap..hukhuk..aisshh bahaya tol..Ni la penangan malam tadi punye pasal..

Tapi walaupapepon syioook gilak! Mak menari tak hengat dunia noks! sampai ketar lutut ni..hahaha..Sebenarnya aku memang tak plan nak pergi dah sebab kes malang yang terjadi kat femly aku baru2 ni..Yerla sampai bila aku nak bermuram durja..Yang lepas tu biarlah lepas..Amik iktibar apa yang terjadi kan..Bila dah decide nak pergi last minit  takde la nak buat preparation gempak2 nak hadir ke majlis ni..Aku memang teringin nak pergi..hubby pon bagi green lite..Tapi yang paling aku nak pergi sangat sbb ticket tu ada orang sponsor..kalau aku nak beli ticket tu RM80 sekeping memang tak lar..Lagipon bila lagi nak join benda2 cmni..(daratnya kau selama ni)..Bila masuk je ala retis yang very the hawt gitew..hahaha perasan sungguh!

Group aku malaram ala kadar je..termasukla aku..tak tau nak pakai apa..Ingat nak la jugak ikut tema..At least orang ckp respect kat majlis kan..Dah aku takde apa nak pakai aku pon sarung jerla apa yang ada..Setidak2nya aku berbaju takdela naked hahaha..gilo!

Kat dalam tu aku tgk orang lain..mak aih..boleh tahan melaramnye..Ada yang group tu orang cakap memang baru keluar dari padang pasir la..cuma tak bawak unta je..Kalau bwk memang real giler..hahaha..Mokcik2 pon boleh tahan..meleret2 kain pon ada..bling kat pinggang..bling2 kat kepala..Pastu ada jurai2 pulak kat montot..hikhik..pastu yang over pon ada..Pakai macam rain coat..Taula sekarang musim tengkujuh sampai terbawak2 dalam majlis..hahaha..sedapnya aku mengata kat orang..Mengalahkan azwan ali dah aku ni..Over Hokay..! Baiklah takmo mengondem dah..Takde la bagi aku dorang sume sporting la ikut tema majlis..Macam tu la sepatutnya kan ..

Sebenarnya majlis makan malam kami tu dianjurkan oleh "Perkumpulan Wanita Cawangan Mahkota Putra"( Perempuan sahaja yang tau..No spouse allowed)..Syabas diucapkan..hehe..Antara yang terkandung dalam majlis tu..makan malam..karoke..menari ramai2..Pastu ada jugak terselit game kotak beracun..dan yang paling best cabutan no bertuah..Weii..Rezeki aku malam tu aku dapat 2 cabutan bertuah..Memang bertuah betol mama Ameer nih hehe..Alhamdulillah..Pastu game kotak beracun tu pon table kami dapat hadiah..Sebab dapat buat apa yang diarahkan dalam kotak beracun tuh..Best! Dapat 3 hadiah malam tu =)

Jom layan gambar yang budget ala2 retis gitew..Ahhh heeee~ ~ ~

Menu tak nampak pulak ..Adess

Bunga Ros melambangkan kemewahan..*tetiba je

Ni la no aku yang bertuah tu.. 028 (pada kad jemputan) 282 (kad putih) ..Meloncat aku bila no aku kena haha..Thanks syg =)

Kengkawan opis..kami baru balik umrah kakakaka

Adeyy biarlah orang tau aku sebesar INI!

Bergambar sakan kau ye mama..

Tempat kami bergumbirass..

Meletopsss si baju merah..tapi gambar tak cun la pulak

Orang yang selok bergambo..mcm pesen dah kau buat..kekeke
Nak jugak bergambar dengan si Ros

With Mas yang tinggi lampai

Penari ala2 kuar dari padang pasir..

Hidangan kami pada malam tu

Muka kegembiraan..terkena cabutan bertuah.. =)


Ni la hasillnya aku bawak pulang..Alhamdulillah =)   *sorry gmbr blur


Tapi ada jugak yang tak bestnye malam tadi..Masa aku tengah syiok2 menari pocho2..kaki aku yang kuku sakit tu kena pijak! Berpinar mata aku menahan kesakitan..Rasa nak fengsan pon ada..Hahaha tu la orang nak menari kau yang kuku sakit tu sibok sama..Padan muka..hukhuk..

Sunday, 18 December 2011

............Jadi Kes Polis

Aku masih tertanya-tanya macam mana dia masuk tanpa sebarang kesan? Polis penyiasat pon mcm takde jawapan yang boleh puaskan hati aku..Sedangkan dia dah check keliling umah aku dalam & luar..Macammana kau masuk setan!

Bila kami check pagi tu pintu depan yang tak berkunci..Mangga gril tu dia bawak lari..Tapi kunci umah aku masih bergayut didinding tepi tu...Adakah dia masuk & keluar ikut pintu yang sama ? Tapi guna apa? kesan potong..cungkil..kopak pintu pon takde..Yang ada cuma pintu kayu & gril besi yang dalam keadaan baik dan bertutup..Nak kata kami lupa nak kunci mustahil! Sebab pintu kami akan berkunci sentiasa walaupon sesaat tak pernah tak kunci..Maklumlah duduk tepi jalan mcm2 benda boleh jadi..Bukan heaven mcm duduk kat kg..Nganga lah pintu sebesar mana pon takde orang nak masuk pon..

Kami andaikan perompak tu punya 'master key'.semua mangga dia boleh tembus..Malam tu dia boleh lepas 3 kali kunci..Kunci gril, mangga gril..& kunci tombol pintu kayu..Bilik aku pon berkunci tapi lepas jugak..Yerla dah yang depan tu 3 halangan dia bleh lepas inikan pulak kunci tombol pintu tu..Silap kami semua pintu takde selak pintu.. =(

Bila dah pasang selak ni barula rasa lega tapi still perlu berjaga-jaga.. Sebab penyapu luar kami 2 batang hilang..Takut pulak dia guna tuk jolok siling ataupon masuk ikut bumbung yang pakai genting susun lapis2 tu..dan yang paling takut lubang maintainance tu akan kuar ikut bilik aku..takde tempat lain dah..Bila check keliling umah siling & roof cover tu berada di kedudukan yang tak mencurigakan..Ya Allah janganlah ada kali yang kedua..Aku betul2 tak sanggup nak hadapinya lagi..

Pagi tu kami buat aduan di balai polis terdekat iaitu Pondok polis permatang badak then trus shoot ke IPD jumpa sarjan penyiasat tu..Dia macam pelik mcm mana kami boleh tak sedar sampai perompak tu boleh masuk dalam bilik..Ada yang mencelah 'sejuk kan'. Seolah-olah memerli kami tido mati..Memang tak patut ckp mcm tu..orang tengah takut & sedih..Bengong..pastu masa nak buat siasatan tu mcm nak tak nak je..Kami tau barang yang hilang tak sebanyak mana..Kami pon tak harap dapat balik..Tapi yang penting keselamatan kami ! So siasat la elok2..Ni tak bila siasat nak taknak je..Boleh pulak ckp perompak tu kait kunci ikut tingkap yang berkunci dan jauh sgt kedudukan kunci tu dari tingkap..Choi! Nonsence okay!

Satu lagi area umah kami tu memang panas..Baru 3 minggu lepas rasanya aku buat entry jiran aku kena rompak gak masa dan cara yang sama!klik SINI  nak tau..Tapi pihak polis takde buat rondaan ke..Lepas ni siapa pulak yang kena..Yang aku geram charger hp aku pon kau kebas..Nasib baik hp aku selamat sebab aku letak tepi bantal..mungkin masa tu dia tak nampak..Nak jadikan cerita pulak pagi tu hp aku buat hal..Takle nak call out..Nasib baik masa tu hp adik aku ada..Dan nasib baik jugak dia tak masuk bilik adik aku..

Barang yang hilang laptop (company hubby punye tu)..Camera (hantaran kawen uhuk) ..Hp hubby..wang tunai Rm700++..(sebenarnya tu duet nak shopping..tapi takde rezeki nak wat camne) =(..   sedey betol..Tapi aku syukur sangat dia tak kebas wallet & purse aku..Ic..kad nikah..kad kawin..medical card..kad kredit dia tak usik pon..Alhamdulillah kalau tak lagi banyak keje aku nak kena buat..Leceh weh nak settlekan benda kecik2 tu..( Nasib kaulah perompak dapat tu je dah memang tu aje yang ada dalam umah tu..Takde gadget mahal2..Dah jangan datang lagi..Kami orang susah takde brg mahal2..barang kemas pon takde..geran tanah pon takde..Jangan masuk lagi eaaa..

Apa yang penting kami sekeluarga semuanya selamat..Alhamdulillah..So kengkawan semua jangan harapkan mangga pada gril saja..Pasanglah 'selak' kat pintu..Insyaallah..

15/12/2011 - Rumah Kami Di Rompak!

Sepatutnya entry ni dah lama aku buat tapi benda yang nak di taip tu sudah di kebas oleh pencuri jahanam tu..Bila sampai office barula aku boleh meluahkan isi hati aku yang dah lama aku nak luahkan ni..Arrgh aku masih trauma sampai sekarang..

Apa perasaan korang bila pagi2 hubby kejut " rumah kita kena masuk..abis semua duit hilang "! Masa tu tak perasan lagi laptop..handphone..camera dah lesap..Masa tu apa yang aku fikir entah aku pon tak ingat..Yang aku ingat badan aku lemah dan kepala aku sakit tetiba..Sebab bangun tido secara terkejut.

Banyak sangat 'patutla' yang keluar dari mulut kami suami isteri bila bincang balik masa bile 'dia' masuk..Mula2 masa hubby angkat Ameer dari tilam ke buai pukul 4.30 pintu bilik kami dah terbukak..Dia pon mamai terus tido..Dia ingat aku yang lupa tutup balik.Lepas tu aku terjaga 6.15 pagi sebab alarm hp dah bunyi suruh bangun..Bilik aku gelap..Aku andaikan mentol lampu tido bilik kami terbakar lagi sebab sebelum ni sudah terbakar..Aku beriya menyalahkan lampu tu sebab terbakar lagi tapi aku terus sambung tidur nak bangun kul 6.30..Bila alarm aku bunyi 6.30 aku tutup lagi..Hubby kejut aku tanya mana hp dia..Sebab hp dia pon akan bunyi 6.30..dia pelik kenapa hp dia tkde bunyi..Dia tanya aku..Aku cakap tak tau..Pastu aku perasan umah aku gelap gelita even pintu bilik terbukak lampu ruang tamu pon gelap..Terbakar jugak ke..Nak kata elektrik takde.. kipas & buai ameer masih berenjut.

Aku tanya hubby " Nape umah kita ni gelap gelita?" Hubby pon bangun keluar pergi bukak lampu..Dia nampak wallet dia atas sofa..Dia pelik sepatutnya purse tu ada dalam bilik..Dia check semua duit dia lesap! Barula perasan umah kami kena rompak! Then bila tengok check semua laptop..camera..hp ..duet aku pon dah kena kebas!

Kitorang memang tak perasan langsung masa diorang masuk bilik kami then tutup lampu tido then kutip barang2 tepi hubby je.Macammana dia seberani tu dan kami langsung tak sedar!

Bila aku terpikir dia sudah masuk bilik perasaan aku ni tak dapat nak gambarkan..Betapa takutnya aku kalau dia apa2kan anak kami..Betapa takutnya aku bila aku bukak mata ada orang tengah berdiri..betapa takutnya aku dia acukan parang ke kami..betapa takutnya aku kalau dia bawak lari anak kami tanpa kami sedar! Berair mata aku bila teringat balik kejadian cemas tu..Apa yang aku takutkan selama ni terjadi jugak..Tapi alhamdulillah kami semua selamat! Syukur ya Allah..

Sampai sekarang aku masih trauma..Trauma dengan semua benda..Sampaikan aku nak petik suis lampu tido yang 'dia' dah pegang tu pun meremang bulu tengkok ni..Nak zipkan balik beg2 yang 'dia' dah bukak tu pon aku takut..Aku takut memikirkan aksi 'dia' semasa berada dalam umah kami..

Yang paling takut sekali..Hubby cakap masa dia angkat ameer ke dalam buai sebab dia merenget tu..Perompak tu masih berada dalam umah kami sebab lampu ruang tamu masih terbuka dan pintu bilik kami sudah dikuak orang.Tapi disebabkan mamai dia pikir aku yang masuk tak tutup balik pintu..Kalaula hubby keluar masa tu tak taula..Nauzubillahminzalik..


* Nanti aku sambung cerita di lain entry sebab banyak sangat nak share pengalaman ngeri ni..mcm mana siasatan polis..kos kerugian..mcm mana dia masuk..bla bla n bla

Thursday, 15 December 2011

Bila penyakit malas bertukar jadi rajin

Hye..selamat malam semua...Wah2 boleh lagi aku buat entry mcm sedang bersenang lenangkan..Padahal kalau korang nak tau anak aku tgh menjerit kat belakang aku ni mintak diangkat...Sebab nak main lappy ni sesama..Ingat ni mainan awk ke dik..huhu

Petang tadi aku ada sedikit aura rajin meresap kat dlm diri yang selalu diselubungi sifat kemalasan yang melampau..kekekeke..Kebetulan pulak si boolat tu terus tido dari umah BS dia..Ada la sikit ruang tuk aku masak lebih cikit tuk malam ni..

Selama ni aku masak 2 hidangan jer..lauk & sayur..Cukup..Nasi pon aku tanak tak sampai sepot pon..kalau lebih2 pembaziran akan berlaku..Nanti syaiton suka..Kebetulan adik aku ada aku boleh la masak lebih cikit..So aku pon makan la lebih cket hakhakhak..Adeyyy...

Malam ni aku masak extra lebih 1 je daripada kebiasaan..hehe..1 je pon kan..tu pon nak kecoh..Ape daa...Jom layan gambar isi perut kami malam ni..



Tempe goreng berlada..Benda ni aku bwt la mcm mana pon hubby tetap tak makan..uhuk..tapi aku suka sgt


Sayur lemak kobis..ni pon my febret..Arwah mama selalu bwt dulu


Ikan Cencaru Bakar & Kicap Lada


Selamat menjamu semua =)