Memandangkan ada yang tanya resepi ni..dengan rajinnya aku update entry pasal ni cepat. Kalau tak taktau bila aku nak update. Sesape nak aku boleh suruh refer sini.. =) . Senang tak payah copy & paste banyak kali.
Idea nak buat resepi ni tercetus dari sepupu aku. Dia post dalam whatssap! So bila nampak macam sedap semacam aku tanya lah resepi dekat dia. Simple sangat pejam mata je boleh. Haha. Riak sangat. Mana boleh masak dengan mata tertutup. Nak riak tak agak2. Jeng! Kebetulan hari ni ada Majlis farewell untuk officemate boleh buat terus. Ok sesape nak resepi dia jom tengok sini. Resepi ni aku gabungkan antara sepupu aku punye dengan sumber ihsan google! Tenkiu Jammie Olliver =O. Oh ye kalau yang tengah diet tu lupakan niat niat tu sekejap. Nanti sambung balik..ngeh3
Resepi Banoffe Pie
Untuk base
100grm buttercup
250 biskut cream crackers / digestive (crumbled)
Untuk karamel
100grm buttercup
100grm gula perang /demerara sugar
400grm condensed milk ( aku buat 350grm )
Untuk topping
7 biji pisang berangan / dll
180ml whipping cream (aku guna jenama VIVO )
Coklat Bar
Cara-cara :
Base
1. Cairkan butter dan gaulkan dengan biskut yang dah hancur
2. Tekapkan dalam loyang menyerupai pie. Letak dalam peti sejuk.
1. Cairkan butter. Masukkan gula perang dan cairkan. Seterusnya campurkan susu. Masak sehingga warna keperangan sebati. Biarkan sejuk.
2. Curahkan atas base tadi simpan dalam peti sejuk. ( semalaman lagi ok)
Topping.
1. Potong pisang nipis then aturkan atas karamel. Lagi banyak pisang lagi best.
2. Putar whip cream then sapukan atas pisang.
3. Sagat coklat bar untuk hiasan.
3 comments:
sdapnya..:)
selera tgk...nti sila buat!
koi ngidam :P
maceh..try la buat =)
Post a Comment