Thursday, 12 June 2014

Hidup Tak Seindah Cerita Dalam Novel

Assalamalaikum & Hai



Tajuk tak menahan. Aku sekarang tengah menjadikan diri kaki novel. Dah lama pencen sebenarnya. 4 tahun lepas aku berhenti tabiat tu. Aku tak berani bawak tabiat tu pergi jauh bila dah jadi isteri orang. Nanti porak peranda rumah tangga aku..muehehe..Aku ni bukan lah jenis ulat buku. Suka baca paper jauh sekali.. Buku sekolah haremmm. Nak exam baru terkial-kial mentelaah apa yang sempat. haha. Mohon jangan berperangai macam tu. Rosak masa depan. =O


Dulu aku pelik kenapa lah orang suka baca buku tebal-tebal. Contoh terdekat kakak sepupu aku. Masa tu aku cukup bosan dengan orang kaki novel. Apa-apa aktiviti mesti bersama novel. Bila aku dah mula berjinak-jinak alam novel baru tau syurga. Hidup dengan novel memang mengkhayalkan jiwa raga sampai menceceh. Haha. Dah lama aku tinggal sebenarnya hidup terawang-awang macam orang tak betul..mwahaha


Sekarang bila anak dah besar taktau nak buat apa.Especially malam. Aku bosan. Kalau tak channel kartun mesti bola. Kalau tak bola mesti kartun. My fav channel kadang-kadang je. Sudahnya aku terkebil-kebil.. Nak cepatkan masa aku layan insta retis-retis..itu jela keje aku. Sampaikan data 4gb aku tak cukup nak tampung kehidupan malam-malam aku selama sebulan..muahaha. ayat poyo sangat. 


Bila balik kg baru-baru ni berderet novel akak ipar aku punya. Macam-macam tajuk ada. Gulpp! Dulu dengan dia aku berkongsi buku. Tapi banyak dia lah beli daripada aku beli. haha..Aku tumpang baca. Sekarang pon aku tumpang baca lagi. Asal balik je dari kampung, satu plastik novel aku kendong bawak masuk dalam bonet kereta. Bila laki aku jeling aku jeling balik. haha. Dia tau dah perangai bini dia ni. Asal ada novel senyap. Sampai masak pon malas. Sampai kain pon dah 3 kali trip baru lah reti nak lipat..muehehe.. Sebab tu aku malas nak terjebakkan diri. Bila dah terjebak anak dengan laki terabai. hihi


Sekarang dah 2 kali aku repeat hangkut plastik masuk dalam bonet. Sekarang masa aku yang free aku sudahkan dengan baca novel. Semua cerita dalam tu indah2 belaka. Kadang-kadang tak logik dek akal. Tapi itulah novel. Ada yang boleh ikut. Ada yang tak boleh. Tapi bila part yang terawang-awang tu boleh buat mereng. Sampai mandi pon tersenyum-senyum.kahkahkah. buruk perangai.  Bila cerita yang sedih tak malu-malu air mata ni keluar menceceh.lol. Nangis jelah keje aku kalau baca adegan sedih. Menghayati sangat. Kena ejek dengan laki aku tu biasa. huahuahua.


Memang cerita dalam novel best-best belaka. Indah sangat. Si lelaki yang handsome kaya raya,, penyayang pulak tuh. Si perempuan caantik jelita bijak pandai serba serbi. Erk perfect! Mula-mula gaduh-gaduh. Orang ke-3 tu mesti ada nak sedapkan cerita.Nak duga sejauh mana kekuatan cinta mereka. ceh! Benci orang ke-3 sangat. shuhh! Jangan dekat dalam kehidupan kami. Biarlah hidup kami ala-ala seindah macam novel. Verangan tak salah kot. =P.Tapi realiti hidup kita apa kurangnya kan. Pandai-pandailah ko nak hidup. k bai. =P

2 comments:

Ct Aman said...

ehem2...lpas ni satu buku 2 hggit...hikhikhik

Mrs Hafidz'joo'Din said...

hahaha cis dah pandai buat kadar sewa nampakkkk!