Assalamualaikum & Hai
Alhamdulillah.. 5 jun baru ni anniversary kali ke-4 untuk kami.. Rasa dah lama kawen baru 4 tahun rupanya..muehehe.. Anak pon baru sorang..Bukan tak teringin nak menambah bilangan tapi itu semua kerja Tuhan nak bagi. Dalam kita sibuk mencatur hidup kita jangan kita lupa Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Dulu aku plan nak anak selang 2 tahun..huhu..Sejak Ameer setahun memang dah ready. Tapi sampai la ni Ameer dah 3 tahun dia tetap main sorang-sorang..hehe.. Senang cerita 'takdop rezeki'. Mungkin ada hikmah DIA hold dulu.. Lepas ni jangan tanya-tanya aku dah.. Nanti kena sengkeh bertubi-tubi.
Untuk kali ni aku tak buat apa-apa yang special pon.. Kalau tahun lepas aku gigih buat kek setakat aku mampu..tapi kali ni rilex je.. Bunga pon tak dapat macam tahun lepas. HAHA. Kalau laki aku baca ni mesti dia rasa bersalah..hihi.. Tapi sebenarnya aku dah pow dia awal-awal lagi..time cenggini lah boleh request takde lah rasa bersalah sangat..hewhew..Tapi dengan syarat request tersebut kena bergabung dengan coming birthday aku hujung bulan ni..cett! Dah biasa tetap macam tahun-tahun lepas =P..
Selama perjalanan 4 tahun ni macam-macam kami lalui..ada susah ada senang..ada gembira..ada sedih..melayan karenah anak bertuah tu..Hurm so far life kami alhamdulillah..Asam garam rumah tangga..Semua orang lalu cuma masa dan tempat je berbeza..Yang penting jangan cepat melatah..ceh melatah yer..haha..itu ayat skrip dalam tv aku amek..Muehehe..Aku bersyukur sangat dengan nikmat yang Tuhan bagi ni..Bersyukur dijodohkan dengan suami seperti dia..dan anak seperti Muhammad Ameer Hazim. Aku takde lah nak bermimpi jauh-jaun cukuplah mengimpikan sebuah keluarga kecil yang hidup sederhana, sihat dan gembira. Keluarga yang ingin menggapai bahagia di jalan yang diredhai Allah s.w.t. Selalu berharap Tuhan perkenankan doa aku supaya memanjangkan umur & jodoh kami anak beranak. Setiap hari tengok berita dalam paper @ fb tentang kehilangan. Allah. Janganlah kau dekatkan kehilangan seperti tu Ya Allah. tskkkk.
Seperti pasangan lain..Aku mengharapkan rumah tangga kami sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada kami dan semoga pertalian kami utuh hingga ke syurgamu. Amin..
Buat suami yang dikasihi. Terima kasih untuk semua, Sangat-sangat terima kasih. Sangat menghargai. Love u eternally abang.
Malam tu kami ada sportlight dinner @ Tjantek Art Bistro. Murah & Sedap =)
HAPPY 4th ANNIVERSARY!!!
No comments:
Post a Comment