Thursday, 22 May 2014

Budak Bijak

Assalamualaikum & Hai

Aku memang tengah free sekarang. Cuba memerah otak untuk masukkan entry baru. Apa terlintas aku tulis.. eh taip. Biasalah time rehat hari jumaat orang memang ramai balik rumah. Rehat panjang kan. Tapi aku malas. Malas membazirkan tenaga, masa dan minyak kereta. HAHA. 

Jom layan cerita kagum aku malam tadi dekat gelanggang futsal. Seorang budak 4 tahun (acelli aku tak berapa nak percaya dia 4 tahun tapi ye kot ) huhu. Aku kagum sangat dengan dia kalau umur dia masih 4 tahun. Cakap macam orang besar & nampak matured sangat. Bagi aku la. 

Antara perbualan aku dan dia.

Sedang dia ralit bermain kejar-kejar bola dengan Ameer aku tanya lah dia.

Aku : Abg umur berapa ?
Budak tu : 4 tahun.
Aku : Dtg dengan siapa"
Budak tu : Tu Ayah. Tunjuk padang sebelah. 

Aku iyekan aje..tak tahu mana satu ayah dia.

Selang berapa saat dia tanya aku balik.

B : Dia (Ameer)  berapa tahun ?
A : 3 ( jawab aku sambil senyum . Eceh, tanya lagak macam orang tua "dlm hati" )

Lepas tu Ameer jerit. Memang tabiat dia menjerit2 kalau datang angin meroyan dia.

B : Dia selalu ke jerit2 macam tu kat rumah?
A : Aah . Aku senyum. HAHA..

Lepas tu budak tu tanya lagi.

B : Ayah dia keje apa?
A : Errrr lama aku pikir nak jawab apa untuk budak sedang itu paham maksud aku.   "Buat bangunan. Jawab aku"
B : Ada bulldozer?
A : Ada
B : Ada crane?
A : Ada.
B : Ayah dia bawak lori?
A : Tak. hihi.

Rupanya budak ni lagi bijak dari sangkaan aku. Anak siapa lah ni.

Lepas tu aku tanya tentang adik beradik dia. Ada yang dia jawab macam betul ada jugak yang dia teragak-agak. So betullah dia 4 tahun cakap pon tak tau sangat untuk sesetengah perkara.

Lepas tu dia tanya aku lagi.

B : Anak berapa org kak?
A : Kalau aku tengah minum air dah lama tersembur. HAHA. 'Sorang tu je'. aku jawab.

Adeyhh budak ni..boleh dia panggil aku kak. Dah lama anak sebaya tu tak panggil aku kak sejak ada anak. Sebab bila ada anak otomatik jadi mokcik.. Haha akak nak masuk 3 series dah dik non tahun depan. Tak payah berkak sangat lah..hihi

Ada lagi soklan dia.

B : Dia nangis tak bila ayah dia pergi keje
A : Tak, dia dah biasa.
B : Dia pernah tak ikut ayah dia pergi keja
A : Tak. Bahaya tak boleh ikut.
B : Saya ikut ayah pergi kerja kalau umi masuk spital
A : Dalam hati " Apa lah sakit umi dia..sian pulak "

Hihi itulah antara dialog yang aku ingat. Anak siapa lah budak ni. Dia sempat cerita kat aku ayah dia dah tak keje. Malas nak tanya lebih-lebih. Budak pandai. Main dengan Ameer pon baik-baik jer...

Tiba-tiba aku dengar suara lelaki

Lelaki : Shafikkkk... Papa sini
Budak tu : Papaaaaa berlari2 dapatkan ayah dia.

Aku kagum lagi. Dia sebut 'ayah' bila cerita dengan aku. Tanya pasal ayah ameer. cerita pasal ayah dia. Rupa-rupanya dia panggil 'papa' jugak. Aishhh bertambah kagum dengan kecerdikan budak misteri tu. Pandai berbahasa dengan orang.

Sebelum balik dia cuit belakang aku. Dia lambai kat aku "bye". Ikhlas aku lambai kat dia "bye".
Terharu sangat tau dengan tingkah laku dia. Semoga anak bijak ni aku jumpa lagi. Tak puas nak tau apa lagi bakat dia ada.

Semoga menjadi anak yang dapat membanggakan keluarga bila besar nanti wahai anak bijak.

No comments: