Monday, 5 May 2014

Jalan-Jalan Safari Park, Bukit Gambang

Assalamualaikum & Hai 



Sekarang macam free sikit bolehlah update blog suam kuku-kuku ni..huhu..Dah lama tak cerita..Bila share dalam blog secara tak langsung aku boleh simpan kenangan kat sini..Bila boring boleh pulak syok sendiri baca blog sendiri hikhik..



Ok..jom nak share hari jalan-jalan kitorang kat safari bukit gambang ni.. Kitorang pergi lepas zohor dalam pukul 2.30 sampai lah..Dari rumah kitorang dalam 20 minit je dah sampai..Dah lama janji dgn si kenit nak tengok lionnnn! hehe.. Bila dia sebut lion tu suara kena kasar dan kuat..lionnnn! haha umpama binatang itu =P




Happy Yooo!





Gambar ni si ketot ni snap sementara tunggu papa cari parking..boleh dah harap =)





Kitorang masuk guna voucher diskaun kawan aku bagi..Dapatlah RM16.50 untuk dewasa RM13.50 untuk kanak-kanak.. Kalau tak dulu harga dia RM48 utk dewasa & kanak2 RM28. Bapok mencekik harga dia dah lah still under construction.Memang tak berbaloi kalau masuk dengan harga tu. Tapi sekarang ada promotion RM28 Dewasa& RM18 untuk kanak-kanak. So tanpa voucher tu pon korang dah boleh masuk tanpa was2 dengan harga promotion tu..hihi..tapi valid sampai bila tak tau..hoho.. try & error  *sigh











Dah lepas bayar masuk entrance tu..baru aku teringat nak ukur si kecik tu..Bila ukur dia dekat penguin measure tu masih under 90cm! Cis rugi duit rm13.50..haha..tu la kalut sangat nak bayar..Makesure korang-korang yang nak masuk tu ingat ukur anak..jangan yakin je anak dah tinggi muehehe..Nasib baik dah dapat harga murah..Kalau tak nak jugak buat muka tak malu pergi balik cashier suruh refund duet..kakaka.. rezeki bukan milik kami.. T___T




Ketot lagi anak mama ni sama tinggi dengan betis lionnn hehe





Bila masuk tu kita kena naik tramp..Nak naik tu kena bayar RM1 / sorang. Kita akan naik tramp tu 2 kali..Tapi nak pergi ke tramp ke2 tu agak jauh berjalan. Mengah jugaklah hoi.. Takpe bakar kalori =) Tramp tu selese dan secure..So jangan risaulah body kena jamah dengan rimau..ngeh3..Of courselah dorang dah prepare kan safety yang terbaik kalau dah masuk tempat-tempat macam tu..





Tramp pertama kami dan orang depan tu je..kosong




Bila dah naik tramp ke 2 tu barulah dapat tengok binatang-binatang yang ada dekat situ.. Eye to eye dengan binatang boleh buat si kecik tu lupa diri.. Tapi bila tengok dia happy kitorang pon happy..Mostly semua gambar binatang dalam buku dia ada dalam tu..Suka banget dia..hihi.




Jom layan gambar-gambar binatang yang ada kat situ..untuk bagi korang-korang happy juge =P




Gigih papa tolak stroller..buat penat je bawak..dak kecik tu sampai sudah tak naik







Kat sini lah bermula..wehuuuu!







Hah! Takyah nak kelek stroller bagai..boleh sewa kalau terlupa =P







Sampai nganga mulut tengok apa??







Kesian tanduk dah kena kebas..hehe








Haiwan pertama kami jumpa..Hippo! Asek berendam je..Takmau timbul2.. Serupa macam kuih badak berendam








Sekawan Rusa








Sang Buaya berteduh








Antelop.. hurmm agaknye








Gnu ke seladang ke sama? hihi anak aku panggil gnu..aku panggil seladang..








LIONNNN!! Haahhh nmpk ni boleh buat anak aku meroyan..Roaaarrr!!








Cheetah!
















Abg Rimau =)







Lembu pon nk snap mama??








Waa...ni special moment... Bukan senang dapat naik unta.. Nak naik ni RM10 sekali pusing.. Dalam 5 minit kot..Boleh lahh kan.. Actually mama & papa berebut nak naik..Last2 mama menang haha







Suka sangat mama naik unta..huhu














Tempat ni ada banyak tingkat. Macam belum siap sepenuhnya.. Dalam ni ada macam2 binatang comel-comel..kitorang tak habis round pon..fenatttt!





Tengok keturunan hahaha





Flamingo






Dalam Farm House ni ada kuda padi & kuda biasa tu.. Boleh tengok kuda dekat jangan kena tendang sudahhh..kekeke..























Ewah bos kecik tu ikut dia je nak pergi arah mana..Ajak naik stroller takmau..malu katanya..cittt! Menyesal papa bawak..



Lepas jalan-jalan dorang ada sediakan animal show pada jam tertentu.. Masa kitorang pergi ni tak silap show dia mula dalam kul 4.30.. Agak teruja dan seronok bila tengok haiwan-haiwan-haiwan ni pandai ikut arahan tuan dia..Gambar kat bawah ni antara haiwan yang buat show..Good Job! Cute sangat Uollss!













Klasikal







Rumah Kampung.. Cantik siap ada ayam bunyik2 lagi..heee














Burung Unta




Ni antara haiwan yang rare korang patut tengok..Singa Putih..Biasa kita tengok singa oren je kan..Haa ni kaler putih.. Penangan Aura White kot..thehehe..


White Lion- Betina







White Lion - Jantan









Masa nak turun nampak tempat mandi-manda COCO BEACH ..Inshaallah kalau ada masa boleh pergi lagi..Sementara voucher discount tu valid lagi =)









Masa mula-mula sampai si ketot ni tak berani nak bergambo tepi patung singa nih.. Bila dah tengok yang real baru dia percaya yang ni palsu semata-mata hihi





Ewah-ewah kemain lagi bergambau atas tangan singa..




Benda yang wajib aku bawa pulang.. i am fm collecter tegar =)




So kesimpulan dia bila datang sini untuk bebudak yang baru nak kenal binatang memang patut bawak..hihi.. Boleh tengok secara dekat.. Sebenarnya tiket tu sampai malam tapi macam tak larat dah..Lagipon aku rasa seluar aku dah busuk sebab naik unta tadi huahua..Sekian  bai =P





1 comment:

Ct Aman said...

mcm klasik sikit mama tmpat die...hehehehe.....