Thursday, 17 April 2014

Pembedahan Katarak Mata

Hai & Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan aku nak share sikit pasal operate mata yang disebabkan katarak sepertimana yang terjadi pada my hubby baru-baru ni..Now alhamdulillah dia dah ok cuma dalam MC mood..Kalau korang nak tau apa itu katarak & punca-punca berlaku sila refer SINI


Alhamdulillah rasa macam terlepas satu beban. Kalau sebelum ni rasa macam risau je sebab dia kerap mengadu mata dia makin worse dari hari ke hari..Especially drive waktu malam memang dia problem sangat.. Tuhan permudahkan urusan kami. Rabu baru ni semuanya berjalan dengan lancar. Minor surgery je tapi bila berkait dengan mata ni risau dia tinggi. Yelah mata memang anugerah Allah s.w.t yang tak ternilai harganya. Lebih-lebih lagi masalah katarak ni. Ramai jugak yang terkejut muda-muda lagi dah kena penyakit tu.. Biasa kita dengar orang tua je..huhu.. Takpe Tuhan uji sikit je.. Redha tu lebih baik. =)



Mula-mula sebelum decide nak operate kitorang dah comfirmkan dengan pihak insuran samaada dorang cover atau tak kes ni. Alhamdulillah dia cover. Tak sia-sia bayar selama ni.hihi.. Tapi kami dimaklumkan lens dia tak cover..Memang mostly insuran tak cover lens.. Aku pon try google harga lens. Lens ni ada 2 jenis. Monofocal ( kanta jauh ) & Multifocal ( Kanta dekat & jauh ). Harga antara 2 jenis kanta ni sangat beza iaitu hampir 3k..hukhuk.. So hubby amek yang monofocal je.. Bila baca blog-blog yang berkaitan katarak ni mostly dorang cakap lens kena beli sendiri.. Even hospital kerajaan pon kena beli sendiri..Kalau salah betulkan saya yer.. =O. So harga lense yang kami kena bayar sendiri RM7++ .. Yang lain-lain semua akan di cover oleh pihak insurans.  Alhamdulillah. =) Total bill haritu 5+++.. Hukhuk..Kalau kena bayar sendiri mana mau cekau pitih..hihi..Thanks a lot to cuepacs care.. Banyak dah dia berjasa pada family aku.. Nanti aku share pasal insuran ni khas untuk kakitangan kerajaan.



Rabu baru ni kitorang buat appoinment kat KPJ. Pukul 11 pagi duduk day care.. Lepas tu nurse akan titis ubat setiap 10 minit selama beberapa kali ( tak ingat berapa kali ) untuk bagi anak mata membesar. Dalam pukul 3 masuk bilik OT.. Pukul 4.10 dah sampai katil semula. Sekejap je kan..Husband aku cakap masa laser tu tak sakit tapi masa jahit tu rasa sikit lah..Seram pulak dengar..huhu..Bius tu mesti dah..hihi..Kalau takkkk...hurmm..







Tunggu turn..habis semua mag dia baca..hihi..rilex brader rilex







kuang kuang..hodoh giler. Dia malu sangat nak pakai baju ni..Yerlah baju ni terbelah belakangkan..sexy! kahkahkah







Macam beriye pulak masa nak masuk bilik OT dijemput oleh stretcher ni ha..Seram lah pulak tengok..hihi. Abg tu cakap ni prosedur biasa nak masuk bilik OT kena jemput patient macam ni walaupon minor surgery je =P







Boleh lagi borak-borak dengan abg tolak katil ni..hikhik..dalam hati tuhan saja yang tau betapa nebesnye laki aku masa neh..Hati bini dia debor jugak..huhu




Now Alhamdulillah..Syukur sangat semuanya dah lepas..Takde risau-risau dah..Bagi yang nak tau jadual operation doctor ni..Nih..Operate boleh dibuat pada Rabu, Khamis & Jumaat je.. So kalau korang nak buat pandai-pandai lah ejas jadual sebab masa tu je Dr. Carmen akan jalankan operate di KPJ. Kalau di klinik dia anytime kot (belah petang)..Dia ada jugak buat operation di klinik dia jauh murah berbanding di hospital.Kalau kes macam husband aku tu RM3k je kat klinik dia include lens.  Aku buat di Hospital sebab nak claim insuran..huhu.. Klinik Dr Carmen ni nama dia EYE MEDIC, Kuantan. Boleh search kat google info pasal klinik ni.. Doc dia friendly sangat.. Tqsm doctor.. Bai



5 comments:

~ctaman~ said...

alhamdulillah...minor ke x minor ke...debor tetap debor aih....kukuikuikui

cikgu lizz said...

Sekarang hsbn dh ok ke sis??.pakai spek lg x??

Mrs Hafidz'joo'Din said...

Alhamdulillah dah ok..tapi still lagi dalam pemulihan..mata dia dah macam dulu semula.. Skrg pakai spect bila silau jerla..

de lardos said...

berapa hari yer selepas pembedahan bleh kerja balik

Mrs Hafidz'joo'Din said...

dia amek masa dalam 1 minggu dia keje balik..tp sebenarnya perlukan more than 2 weeks for feel better