Monday, 14 April 2014

My Story "semalam yang gembira"

Hai & Assalamualaikum



Pagi lagi aku dah ada mood..Mood yang baik haruslah berkesudahan dengan baik. Sepatutnya hari ni group kitorang kena mengukur jalan..tapi cancel last minit sebab ada krew yang sibuk..hewhew..bila nak habis kalau asek skip je..Bila tak cukup korum tak boleh  jalan..Nanti tak aci..huhu.. Masing-masing ada komitmen..Ukur jalan tu apa?  Ukur jalan tu maknanya kitorang kena ukur disepanjang jalan dan catat apa yang ada di atas jalan mahupun di bahu jalan. Kami diberi 6 jalan nak kena ukur.. Bila kena jalan yang dalam bandar terpaksalah jalan tolak alat  "Walking Measure" tu  ha..Gegeh tolak tengah-tengah panas..Safety vest opkos kena pakai..plus minus ada lah lebih kurang bangla buat jalan..sadiss! Sambil tu lukis..Jumpa traffic light, longkang , apa jenis signboard drpd JKR semua kena catat..huhu..Group kami dah siap 3 jalan.. Lagi 3 jalan ni liat betul nak sudahkan.. Setakat ni paling jauh aku berjalan tolak alat tu 3KM ha!!! Pendek bagi korang tapi sangat panjang bagi aku yang jarang jogging ni.. Mau nak tercabut lutut bila sampai opis..tapi tu citer 2 minggu lepas..Lutut aku dah kuat boleh sambung kerja..huahua menangesss!!..Actually aku daripada unit bangunan.. Tetapi bila our BIG BOSS beri arahan untuk assist unit jalan.. Apa lagi yang boleh kami cakap SYMP!! YES BOSS! T_______T





Beginilah keadaan kami tepi jalan..Ada masalah je bincang tepi jalan..huehue


Kak Wan gigih lukis longkang..kakaka..Dalam longkang tu ada kura-kura.. Dalam hati kura-kura tu " Manusia ni takde keje ke main-main tepi longkang busuk neh" =P




Next..


Semalam aku dapat 2 berita happy yang tak happy sangatlah..Tapi syukur Alhamdulillah. Yang paling happy tak payah keluar duit..huhu.. Sabtu baru ni kitorang pergi ke Pej. Developer rumah kitorang.. Yeay! Alhamdulillah progress okeh..Dorang cakap hujung tahun ni dah boleh handover kunci! Wah im happy okeh.. Yang tak happy duit tak habis kumpul lagi..huahuahua.. Tapi kitorang expect dalam tengah tahun 2015 jugak settle semua benda.. Takpon projek delay..kekeke..Harap-haraplah delay sikit takpe ai tak marah hahaha..Ada customer gini kan??? @#%$^& Kerja dgn JKR project delay/sakit tu adalah fenoemena yang sangat biasa dan termasuk projek yang aku jaga sekarang! *Malu. Sepanjang aku kerja sini baru 1 projek boleh achieve apa yang diprogramkan dalam CPM.. So wahai rumah siap lambat pon takpe..bagi tuan rumah baru ni kumpul duit banyak-banyak dulu baru siap yer =P. 



 Eh tujuan sebenar aku pergi opis developer tu sebenarnya nak query pasal dapur. Kedudukan sinki di site dan drawing berbeza..Bila sinki dah berbeza mesti inlet untuk pipe dah lari dari tempat asal..So harus kondem..hihi..sorry..Bukan nak kondem sangat sebenarnya..Tapi design untuk KC kami dah lari kalau kontraktor tak buat sepertimana dalam drawing. Inlet untuk paip dia dah lari so nanti tup2 tak pasal cost bertambah semata-mata nak hack dinding untuk lay pipe seperti dalam drawing asal.. Ngeee..Dan semalam 'orang tu" dah call bagitau FOC untuk ubah kedudukan inlet pipe tu..Ha macam tu lah..tak payah nak besar-besarkan kes..kes kecik je madam..Bukan customer yang ubah..Developer memandai nak ubah tanpa maklum kepada customer..Sesiapa yang terjadi kes macam ni pergi je terjah opis dorang.. Susah sangat nak settle adu kat tribunal.com.. Omeh-omeh emo sangat tau.. Peaceeee ^__





Cantek kan? Ni orang punya..Kitorang amek ilham je..kredit to owner..Sorry tak dapat nak mention sebab ni my hubby wassap kat aku.. Nice huh?






Ni design KC kami.. Warna kami belum decide..Tapi nak warna playsafe je..White / Grey / Black..Lepas bayar deposit baru boleh print! Cett! Pasal KC ni nanti lah bila dah siap aku share entry bagi yang nak buat rujukan & pengalaman.. Aku pon selok goggle blog-blog kawan yang share pasal KC ni..Tenkiu =)






Next..


Satu lagi berita happy..Hampir settle sudah masalah mata my hubby..Esok dia akan masuk bilik operation.. Minor operation je..Dalam sejam macam tu lah. Semoga semuanya selamat... Semalam jugak dapat tau insuran boleh cover operate untuk katarak tapi lens kena beli sendiri..Okeylah..Kalau tak cover kos operation tu telan air liur jugaklah.. Memula dia ingat dia rabun..Sebab mata kiri dia makin tak clear..Bila pergi kedai cermin mata biasalah marketing.."Ha mata kiri awak banyak rabun O0oo.. " Tapi bila pakai cermin mata yang ada kanta still kabur & pening2.. Bila nak drive especially malam memang sangat problem bagi dia.. Kesian pulak.. Sabtu baru ni lepas pergi jumpa pej. dev. tu kitorang pergi EYE MEDIC kat kuantan ni. So far ini lah klinik mata yang bagus yang pernah kitorang pergi. Sebab masa si kenit tu sakit mata yang kronik masa baby tu pon kitorang pergi sini.. 



Ok. Lepas staff dia amek bacaan guna alat tu (taktau apa nama) staff dia cakap mata kiri my hubby problem..Bukan masalah rabun. Bila masuk jumpa doc lepas scan ( taktau apa nama alat tu) doc cakap masalah katarak rupanya.. Biasanya masalah katarak mata ni ada pada orang tua je..tapi bila seseorang pernah kena hentakan berhampiran mata masalah katarak ni boleh jadi pada orang muda jugak..Ooo.. patutlah...Ha siapa-siapa ada masalah macam kat atas cepat refer kepada pakar mata. Sebab katarak ni effect dia bahaya..Yelah mata kan.. Apa-apa berkaitan dengan mata memang sangat penting.. So doc cakap masalah ni solution dia laser dan gantikan new lens! Huh $$$$. Takpe at least kami bersyukur kena bayar lens je.. Cerita pasal ni aku nk buat entry lain boleh bagi rujukan pada kalian yang bermasalah macam kami.. sebab sebelum ni pon aku banyak google blog-blog yang bercerita pasal operation mata ni.. Thanks pada kalian yang banyak bagi info. Sedikit sebanyak aku ada pengalaman macam mana nak handle situasi ni bila my hubby operate esok.. Ini lah tujuan berblog..share info yang berguna pada yang memerlukan.  =)  Tearsss T___T







Inshaallah lepas ni tak payah sarung dah atas hidung..kekekeke




Ok..rasa dah penat membebel..hihi.. Doakan esok semuanya okay..Actually isteri dia ni berdebar jugak..Tapi depan dia aku cakap "abg masuk je..nanti dia bius tak rasa apa-apa" Ngeee pandai kan aku memanupulasi kan otak laki aku..Apa gunanya rusuk kiri kalau tak bantu rusuk kanan! Huehuehue.. OK bai!







Gambar ni takde kena mengena dengan cerita di atas. Budak ni baru baik demam.. Seminggu jugaklah dia demam..Adoiii..Makan pon kurang..Tapi sekarang alhamdulillah ahad baru ni dah sembuh sepenuhnya.. Syukur =)







No comments: