Wednesday, 19 March 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum..


Rasanya aku lah blogger yang paling slow nak bercakap pasal kehilangan air craft MH370 ni. Hurm rasanya kerdil sangat diri ni nak bercakap tentang peristiwa misteri tersebut. Tapi lepas baca 1 blog semalam SINI aku macam terpanggil nak bercakap kat diri sendiri sepatah dua. At least boleh jadi memory dalam blog suam-suam kuku ni.. Korang boleh baca macam-macam dalam tu. Dia ada cakap "kalau benar itu hanyalah kebetulan". Humble sangat penulis ni tetapi atas tanggungjawab korang sendiri nak percaya ataupun tidak.  



Sampai hari ke-13 kita masih kabur tentang 'peristiwa misteri' ni. Aku pon takdelah ikut sangat PC setiap hari .. Kadang-kadang frust sebab terlalu banyak spekulasi yang timbul dan disebarkan tanpa henti. Memang kita semua berharap semoga MH370 & semua penumpang ditemukan dalam keadaan selamat. Tak boleh digambarkan perasaan semua ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sedangkan kita yang takde pertalian ni pon berdebar-debar tunggu result setiap hari. Semoga semua keluarga mangsa yang terlibat dapat kuatkan hati dan dapat menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal diumumkan dalam PC tu nanti.



Sama-sama kita berdoa Allah s.w.t permudahkan segala kerja-kerja mencari pesawat tu.  Kun Fa Ya Kun. Ayuh rakyat Malaysia janganlah putus harap dan doa. Sesungguhnya apa yang terjadi sudah ditentukan Allah s.w.t.dan sesungguhnya DIA lah sebaik-baik perancang.





Saya copy doa dari rakan blogger ni.


Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang, 
dengan berkat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW dan Kerajaan Ajaib-Mu, 
kami mohon, tolong zahirkan pesawat MH370 yang sudah 13 hari terlindung dari pandangan manusia di bumi ini. 
Segala yang berlaku adalah atas kehendak-Mu, 
kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah yang tidak ada kuasa apa-apa. 
Tolonglah kami ya Allah...




 









Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Saya antara berjuta orang didunia ni yang mendoakan semoga ada keajaiban yang berlaku dan setiap keluarga yang bersedih akan diakhiri dengan kegembiraan. Inshaallah. Keep praying & Hoping for MH370! Tolong lah kami Ya Allah...............................................Sudahkan kebuntuan kami dengan keajaiban dari mu..Kepadamu kami berserah segala-galanya. =(
 Allahuakbar!  Allahuakbar!  Allahuakbar!

#Pray4MH370