Tuesday, 11 March 2014

Resepi Pavlova Confirm Jadi!

Assalamualaikum..

Hihi..Tajuk tak menahan sangat kan..Riak sangat..huahua..Takde lah saje nak bagi semangat sesiapa yang nak menerai resepi nak buat pavlova..Kali ke 5 aku buat ni baru lah rasa diri ini layak berdiri sebaris dengan Chef Wan! Haha melampau sangat kan takbur kat situ.. Joking okeh..Bukan apa kali ke-5 buat barulah aku rasa boleh dimakan dan tak malu nak bagi orang makan sebab tak manis sangat.

Ok entah mana silapnya selama ni aku buat selalu manis..Rasa macam dah kurangkan gula tapi still boleh tahap potong kaki..huhu..Tapi aku rasa macam tau sesuatu jer..jom nak share..Aku taip resepi ni begitu sahaja tanpa tengok buku sebab resepi ni simpleee mimple je..Sebenarnya dulu2 masa nak try buat ni macam-macam resepi aku tengok..Tapi mostly sama je..

Kali ni aku buat dengan akak ipar 2 orang tu masa balik kampung baru ni..Pukul 1 pagi dok borak-borak tepi oven tunggu meringue tu masak lama gila..Habis segala cerita keluar malam tu..Pasal hanez suraya la..jebat la..chef wan la..haha ada jugak..Macam-macam kontrobersi wujud. hihi..ok jom tengok resepi kompem jadi tu =P



Resepi Pavlova

Untuk Meringue ( 4 step je )

5 biji telor putih size B
1/2 cawan gula kastor
1 sb tepung jagung
1 sk esen vanila
1 sk cuka makan

Sebelum tu panaskan oven 140 darjah.. 

1)Mula-mula putar telor putih tu laju-laju sampai dia kembang.. Nak tau kembang tahap mana bila terbalikkan mangkuk tu dia takkan jatuh..

2)Masukkan gula ke dalam adunan telor putih tadi..Putar laju-laju sampai kembang.

3)Then masukkan tepung jagung..putar dalam 3 minit lagi..Lepas tu letak mixer. Tak payah guna dah.

4) Lepas tu masukkan esen vanilla & cuka makan. Kacau dengan spatula je..

Ok letak baking paper dalam acuan bulat.. then kaupkan adunan ke dalam acuan..Baking paper tu aku kira acara wajib letak sebab takut meringue tu melekat bila dah masak.

Meringue tu pulak pastikan bahagian tengah nipis berbanding bahagian tepi.. Masukkan dalam oven. Suhu 110 darjah dalam 1 jam 40 minit..huhu..lama kan..memang puas la tunggu tepi oven..40 Minit awal buat api bawah je..baki minit lagi buat api atas bawah. Paham kan.. tu cara saya.. cara orang lain mungkin lain.. Ni langkah selamat tak bagi meringue tu hangusss bahagian atas.

Bila dah masak bukak sikit pintu oven biarkan dia sejuk seketika.

Sambil tu bolehlah putar whip cream sampai kembang. Aku guna brand VIVO.. Kompem kembang. 

Bila meringue tu dah sejuk boleh la pipe whip cream atas tu then hias lah buah sesuka hati.. Make sure letak buah masam2 ye kawan2.. ( stoberi..anggur..blueberry..kiwi..etc )

Bai ..best of luck!!









Gambar ni masa buat baru ni kat kampung. Segar dari ladang..hihi..sekali gigit pasti mau lagi..ceh perasan! =P

                               



P.A.V. L.O. V. A
                             





Ni masa mula-mula menerai buat hikhikhik..





Ni kali ke2 buat..ada keyakinan sikit nak bawak balik kampung =). Masa ni mode rajin melampau bagi orang macam aku ni..hehe.. 3 resepi sekaligus buat pagi tu..well done mama!





Ni kali ke4 buat masa befday Papa dia ..Kali ke-3 tak nak bagi tengok sebab menyampah tak jadi..hihi..aci tak?
                                        




#Pray4MH370
#Keepwaiting&praying
#Hopingamiracle
#PleasecomebackMH370









2 comments:

Unknown said...

bravo...trbaik....
#pray4mh370

Mrs Hafidz'joo'Din said...

Apa yang penting kerjasama!!