Assalamualaikum...Wahh dah nak raya dah kita...Sila lompat ramai2..hihi..Bebudak jerla boleh melompat..Kalau mak budak melompat buruk benor gayanya.. khenn..Hari ni dah masuk 27 Ramadhan.. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan menunaikan rukun islam yang ke 3 ni.. Sila lempang penulis blog ni laju2 sebab sat tadi dia pi google rukun islam nak tau berpuasa rukun ke berapa..HAHA.. Adeyyh bukan tak ingat tapi konfius ^___^
Ok. Raya tahun ni turn beraya di kelate umah mentua..Giliran tetap giliran hokey..lepas tu raya ke-3 baru balik Pahang.. Macam tu lah dah berlaki khenn..hukhuk..Kali ni kali ke2 dah aku beraya hari raya pertama di kelantan..Kiranya perasaan tu takde lah kacau bilau sangat sebab 2 tahun lepas dah merasa perasaan yang sama..hewhew..Tapi takpe inshaallah tahun depan perasaan ini kembali pulih seperti sediakala... huhu
Oh ye..Pasal kueh raya..Sila ucap tahniah kat penulis blog ni sebab berjaya melunaskan impian dia nak buat kueh raya sendiri..Even malam ni pon malam last sebelum bertolak ke Kg masih lagi ada resepi yang tertunggak.. Yeayy..penulis berjaya membuat kueh raya seperti yang dirancangkan.. Tart Nenas Gulung, Snow Almond, Almond London, Femes Amos, Semperit Pandan, Jappanise Cornflake dan malam ini CornFlakes Madu!! Nak taknak malam ni kena jugak buat sebab bahan2 dah beli..Tak sempat pulak nak snap gambar2 kueh..nanti raya la kita upload gambar..hihi..Bangga tau mak jemah pestaim buat kueh raya sendiri..Gigih!
Barang2 pon banyak yang tak packing lagi..Cuma beg budak bertuah tu je yang dah pack..Malam ni nak buat kueh lagi..Pagi esok inshaalllah kami akan gerak ke Kelantan..Semoga perjalanan kami dipermudahkan..Amin..
Oklah..dikesempatan bulan yang mulia ini penulis nak memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa selama ni..Yerlah kita ni menulis ikut sedap mulut jer.. Takut ada orang terasa ke..Tapi rasanya takde pulak mengata org dalam blog ni..huhu..Aku bercakap dalam dunia aku sendiri..Kalau ada mohon maafkan hamba ..cepat maafkan! cett! =)
Kepada semua yang menjengah ke blog ni " Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" Yooo!! Semoga kita semua selamat pergi dan selamat balik..Amin..
2 comments:
teruk benor yakk...g google pose rukun islam ke bape.....nti balik sekali lg...ade pluang la....lempang awok...hahahah
hahaha sesi lempang melempang sudah tamat...sekian.
Post a Comment