Assalamualaikum..
Baru-baru ni si kecik tu admit hospital.. Actually dia dah demam hari sabtu.. Tapi on off macam tu.. Bila suap PCM kebah sekejap..Masa tu kat kg..Takdelah dia lembik je sebab boleh main-main dengan abg Aqem dia.. Bila balik kuantan malam tu demam dia tinggi.. kejut dia dalam pukul 4.30 pagi telan ubat..Start ahad jugakla dia tolak 'melk' dia..Makan nasi pon taknak..Mula-mula kami andaikan dia takde selera sebab demam.. Ok.. Isnin tu mama kena EL sebab nak jaga budak demam ni..Kesian pulak..Makan taknak..minum taknak..Dia ada cakap 'sakit gigi' sebab tu taknak minum taknak makan.. Bila mama check rupanya ada ulser kat tepi mulut.. Sebab tu setiap kali makanan masuk dia menangis..Sian anak mama.
Malam isnin tu kitorang bawak dia pergi Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak ANG. Fyi klinik ni memang bagus sangat untuk baby.. Tapi fee dia agak mahal sikit..Sebab tu kitorang akan pergi kalau penyakit-penyakit kronik je..huhu..Kalau demam batuk biasa hantar klinik biasa dah ok ..Alhamdulillah akan sembuh.
|
Tengah tunggu turn masuk bilik doctor..Masa ni muka dah merah-merah. badan panas sangat-sangat. |
Masa pergi hari tu..doc pon cakap ada ulser kat tekak..semua merah2..demam dia pulak masa tu 39.5.. Dahi dia memang panas giler.. Muka pon dah merah2..Nak cium pon terasa panas giler bibir kita ni..Masa tu sian sangat..Sampai kena potong Q sebab badan dia panas sangat. Terima kasih pada parents yang bagi laluan kepada anak kami dulu..Lepas check, doc ada bekalkan ubat demam, spray mulut, ubat kebas dalam mulut, dan antibiotik ( Augmentin ). Tapi lepas 2 kali suap antibiotik dia gatal2 1 badan. Baru perasan dia allergic pada antibiotik tu. So kami memang kena aware sgt nama ubat tu sebab next time boleh request antibiotik group lain daripada tu. (Augmentin go away)
Sampai lah hari khamis..demam dia tak kebah..Makan taknak lansung..kalau ada pon sikit sangat.. Susu pon lepas isi ubat kebas baru boleh minum..itupon sikit. Nak isi ubat tu memang memerlukan kesabaran yang tahap max! Ubat tu kena bagi setiap 2 jam.. Setiap kali nak bagi ubat mesti meraung.. Mungkin dia fobia sangat nak bukak mulut dia. Petang khamis tu bawak dia pergi klinik lagi.. Kononnya nak mintak antibiotik lain. Sebab even dah makan ubat demam still demam balik. Tapi bila doc check je terus keluar kan surat refer ke hospital.. Huhu tekejut gile aku.. Doc cakap ada 3 sebab kenapa saya refer ke hospital . 1. Demam tinggi 40'. 2 . Dia dehydrated bibir dah pecah. 3. Dia tak boleh makan & minum. Aku akur.
|
Bibir kering..masa ni badan panas sgt |
So bila sampai hospital dah confirm2 kena masuk air. Kitorang pergi Kuantan Medical Centre (KMC). Sampai sana doc cakap bilik semua penuh. Kitorang decided buat rawatan luar dulu..Masuk air & antibiotik. Lepas tu masuk ubat demam ikut bontot. Masa ni ada jugak amek darah takut denggi. Test untuk Influenza pon buat ambik sample hingus kat hidung. Sekali lagi meraung..hukhuk.
|
Masa ni mama memang tak tengok..tak sampai hati..meraung sakit nak masuk jarum..huhu |
|
Sebelum gerak ke hospital pagi esoknya..memang masa ni lembik |
Hari jumaat pergi semula duduk 'day care' tunggu bilik. Masa ni demam dia dah kebah lepas masuk ubat bontot semalam tu. Alhamdulillah petang tu nurse maklum bilik dah ada.. Syukur sangat-sangat. Si kecik tu pulak asek menangis2 je nak tanggal jarum kat tangan. Nak masuk air 1 botol tu pon punya lah susah nak habiskan..Kejap2 suruh tanggal..Bawak jalan-jalan then pujuk balik masuk air. Macam tu lah dia kat hospital. Bila dah dapat bilik nasib baik sangat TV ada channel kartun.. Barula dia duduk diam..Lega sangat2..Cuma bila dia nak tido malam tu merengek2 sebab rimas kot masuk air..Tak boleh bergerak sangat takut jarum kat tangan tertanggal.. Memang malam pertama tu memang tak tido sangat..Kejap2 bangun tengok dia..Takut terbelit dengan tiub air tu..huhu..Memang mengantuk gile..
|
Melayan Upin Ipin sementara tangan masuk air.. Sekejap je bertahan lepas tu mintak cabut |
|
Masa ni nak jugak senyum sikit.. Papa tak marah anak main spec dia.kalau tak confirm tak bagi..hihi |
|
Yeay dapat hadiah!!..'Suka budak-budak' haha dia cakap lepas dapat car tu.. Thanks Uolss! |
|
With Cik Ta & Cik Nani |
Masuk hari ke-2 (sabtu) duduk hospital dia still refused susu & nasi. Bubur dia mama yang makan..hihi.. Tapi petang sabtu tu dia dah mula nak makan aiskrim. Sebelum ni cuba jugak bagi tapi dia taknak. Lepas dia makan ais krim tu sedikit lega dah. At least ada lah benda yang dia nak makan danmasuk dalam perut dia. Nasi taknak lagi..tapi kuah sup dia dah boleh minum. Alhamdulillah..Air pon tak payah masuk dah sebab dia dah boleh minum air..Masa ni lega sangat..Susu dia taknak lagi..sakit gg katanya.. Haishh tak habis2 dengan sakit gg dia.. Ni mesti terbawak2 cerita upin ipin ni. =P.
|
Sampai macam ni makan bubur bila ubat kebas tu berkesan..Tq Ibu sebab bawakkan..Lega tengok nak makan masa malam pertama tu. |
|
Ni la aktiviti malam pertama dia di wad..Memekak kat luar wad..Nasib baik tempat ni takde orang lalu lalang sangat |
|
Pagi Hari Ke-2..Alahai muka.. Nak tengok dunia luar..berdiri tepi tingkap.. |
|
STRESS =( |
|
Lepas bosan jalan-jalan masuk bilik balik tidur mengantuk kot sebab malam tadi tak tido sangat. |
Lepas je dapat discharged tu kitorang terus pergi rumah abang long dekat Sg. Karang. Kitorang plan nak buat suprise kat abg Haiqal.. Masa kitorang sampai birthday boy pergi jalan-jalan pantai. Masa ni la kelam kabut nak buat suprise kat dia..huhu..Abg Haiqal ni cucu sulung dua2 belah pihak. So masa kecik dulu dialah raja segala-galanya..haha..Sekarang no more..bila dah ada adik-adik sepupu darjat tu turun serta merta..ngeh3..
3 comments:
puas bace..pnjang bebenor!hahaha
haha haruslah..
haha haruslah..
Post a Comment