Monday 16 June 2014

Resepi Banoffe Pie

Assalamualaikum & Hai..

Memandangkan ada yang tanya resepi ni..dengan rajinnya aku update entry pasal ni cepat. Kalau tak taktau bila aku nak update. Sesape nak aku boleh suruh refer sini.. =) . Senang tak payah copy & paste banyak kali.

Idea nak buat resepi ni tercetus dari sepupu aku. Dia post dalam whatssap! So bila nampak macam sedap semacam aku tanya lah resepi dekat dia. Simple sangat pejam mata je boleh. Haha. Riak sangat. Mana boleh masak dengan mata tertutup. Nak riak tak agak2. Jeng! Kebetulan hari ni ada Majlis farewell untuk officemate boleh buat terus. Ok sesape nak resepi dia jom tengok sini. Resepi ni aku gabungkan antara sepupu aku punye dengan sumber ihsan google! Tenkiu Jammie Olliver  =O. Oh ye kalau yang tengah diet tu lupakan niat niat tu sekejap. Nanti sambung balik..ngeh3


Resepi Banoffe Pie

Untuk base
100grm buttercup
250 biskut cream crackers / digestive (crumbled)

Untuk karamel
100grm buttercup
100grm gula perang /demerara sugar
400grm condensed milk ( aku buat 350grm )

Untuk topping
7 biji pisang berangan / dll
180ml whipping cream (aku guna jenama VIVO )
Coklat Bar 



Cara-cara :
 Base
1. Cairkan butter dan gaulkan dengan biskut yang dah hancur
2. Tekapkan dalam loyang menyerupai pie. Letak dalam peti sejuk.


Karamel
1. Cairkan butter. Masukkan gula perang dan cairkan. Seterusnya campurkan susu. Masak sehingga warna keperangan sebati. Biarkan sejuk. 
2. Curahkan atas base tadi simpan dalam peti sejuk. ( semalaman lagi ok)


Topping.
1. Potong pisang nipis then aturkan atas karamel. Lagi banyak pisang lagi best.
2. Putar whip cream then sapukan atas pisang.
3. Sagat coklat bar untuk hiasan.
















Jemput Menerai OK!





























Thursday 12 June 2014

Hidup Tak Seindah Cerita Dalam Novel

Assalamalaikum & Hai



Tajuk tak menahan. Aku sekarang tengah menjadikan diri kaki novel. Dah lama pencen sebenarnya. 4 tahun lepas aku berhenti tabiat tu. Aku tak berani bawak tabiat tu pergi jauh bila dah jadi isteri orang. Nanti porak peranda rumah tangga aku..muehehe..Aku ni bukan lah jenis ulat buku. Suka baca paper jauh sekali.. Buku sekolah haremmm. Nak exam baru terkial-kial mentelaah apa yang sempat. haha. Mohon jangan berperangai macam tu. Rosak masa depan. =O


Dulu aku pelik kenapa lah orang suka baca buku tebal-tebal. Contoh terdekat kakak sepupu aku. Masa tu aku cukup bosan dengan orang kaki novel. Apa-apa aktiviti mesti bersama novel. Bila aku dah mula berjinak-jinak alam novel baru tau syurga. Hidup dengan novel memang mengkhayalkan jiwa raga sampai menceceh. Haha. Dah lama aku tinggal sebenarnya hidup terawang-awang macam orang tak betul..mwahaha


Sekarang bila anak dah besar taktau nak buat apa.Especially malam. Aku bosan. Kalau tak channel kartun mesti bola. Kalau tak bola mesti kartun. My fav channel kadang-kadang je. Sudahnya aku terkebil-kebil.. Nak cepatkan masa aku layan insta retis-retis..itu jela keje aku. Sampaikan data 4gb aku tak cukup nak tampung kehidupan malam-malam aku selama sebulan..muahaha. ayat poyo sangat. 


Bila balik kg baru-baru ni berderet novel akak ipar aku punya. Macam-macam tajuk ada. Gulpp! Dulu dengan dia aku berkongsi buku. Tapi banyak dia lah beli daripada aku beli. haha..Aku tumpang baca. Sekarang pon aku tumpang baca lagi. Asal balik je dari kampung, satu plastik novel aku kendong bawak masuk dalam bonet kereta. Bila laki aku jeling aku jeling balik. haha. Dia tau dah perangai bini dia ni. Asal ada novel senyap. Sampai masak pon malas. Sampai kain pon dah 3 kali trip baru lah reti nak lipat..muehehe.. Sebab tu aku malas nak terjebakkan diri. Bila dah terjebak anak dengan laki terabai. hihi


Sekarang dah 2 kali aku repeat hangkut plastik masuk dalam bonet. Sekarang masa aku yang free aku sudahkan dengan baca novel. Semua cerita dalam tu indah2 belaka. Kadang-kadang tak logik dek akal. Tapi itulah novel. Ada yang boleh ikut. Ada yang tak boleh. Tapi bila part yang terawang-awang tu boleh buat mereng. Sampai mandi pon tersenyum-senyum.kahkahkah. buruk perangai.  Bila cerita yang sedih tak malu-malu air mata ni keluar menceceh.lol. Nangis jelah keje aku kalau baca adegan sedih. Menghayati sangat. Kena ejek dengan laki aku tu biasa. huahuahua.


Memang cerita dalam novel best-best belaka. Indah sangat. Si lelaki yang handsome kaya raya,, penyayang pulak tuh. Si perempuan caantik jelita bijak pandai serba serbi. Erk perfect! Mula-mula gaduh-gaduh. Orang ke-3 tu mesti ada nak sedapkan cerita.Nak duga sejauh mana kekuatan cinta mereka. ceh! Benci orang ke-3 sangat. shuhh! Jangan dekat dalam kehidupan kami. Biarlah hidup kami ala-ala seindah macam novel. Verangan tak salah kot. =P.Tapi realiti hidup kita apa kurangnya kan. Pandai-pandailah ko nak hidup. k bai. =P

Wednesday 11 June 2014

Happy 4th Anniversary!

Assalamualaikum & Hai


Alhamdulillah.. 5 jun baru ni anniversary kali ke-4 untuk kami.. Rasa dah lama kawen baru 4 tahun rupanya..muehehe.. Anak pon baru sorang..Bukan tak teringin nak menambah bilangan tapi itu semua kerja Tuhan nak bagi. Dalam kita sibuk mencatur hidup kita jangan kita lupa Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Dulu aku plan nak anak selang 2 tahun..huhu..Sejak Ameer setahun memang dah ready. Tapi sampai la ni Ameer dah 3 tahun dia tetap main sorang-sorang..hehe.. Senang cerita 'takdop rezeki'. Mungkin ada hikmah DIA hold dulu.. Lepas ni jangan tanya-tanya aku dah.. Nanti kena sengkeh bertubi-tubi.


Untuk kali ni aku tak buat apa-apa yang special pon.. Kalau tahun lepas aku gigih buat kek setakat aku mampu..tapi kali ni rilex je.. Bunga pon tak dapat macam tahun lepas. HAHA. Kalau laki aku baca ni mesti dia rasa bersalah..hihi.. Tapi sebenarnya aku dah pow dia awal-awal lagi..time cenggini lah boleh request takde lah rasa bersalah sangat..hewhew..Tapi dengan syarat request tersebut kena bergabung dengan coming birthday aku hujung bulan ni..cett! Dah biasa tetap macam tahun-tahun lepas =P..



Selama perjalanan 4 tahun ni macam-macam kami lalui..ada susah ada senang..ada gembira..ada sedih..melayan karenah anak bertuah tu..Hurm so far life kami alhamdulillah..Asam garam rumah tangga..Semua orang lalu cuma masa dan tempat je berbeza..Yang penting jangan cepat melatah..ceh melatah yer..haha..itu ayat skrip dalam tv aku amek..Muehehe..Aku bersyukur sangat dengan nikmat yang Tuhan bagi ni..Bersyukur dijodohkan dengan suami seperti dia..dan anak seperti Muhammad Ameer Hazim. Aku takde lah nak bermimpi jauh-jaun cukuplah mengimpikan sebuah keluarga kecil yang hidup sederhana, sihat dan gembira. Keluarga yang ingin menggapai bahagia di jalan yang diredhai Allah s.w.t.  Selalu berharap Tuhan perkenankan doa aku supaya memanjangkan umur & jodoh kami anak beranak. Setiap hari tengok berita dalam paper @ fb tentang kehilangan. Allah. Janganlah kau dekatkan kehilangan seperti tu Ya Allah. tskkkk.



Seperti pasangan lain..Aku mengharapkan rumah tangga kami sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada kami dan semoga pertalian kami utuh hingga ke syurgamu. Amin..




Buat suami yang dikasihi. Terima kasih untuk semua, Sangat-sangat terima kasih. Sangat menghargai.  Love u eternally abang.




Malam tu kami ada sportlight dinner @ Tjantek Art Bistro. Murah & Sedap =)

















HAPPY 4th ANNIVERSARY!!!