Thursday 4 December 2014

Testimoni Radiance Signature

Assalamualaikum & Hai

Rasa macam nak share dengan korang jer.. Mula-mula macam malu nak share tetiba rasa rajin pulak. Sesiapa yang tengah menggoogle testimoni RS ni mesti tak sabar apa aku nak share ni. Sep sikit siapa guna RS! hihi.. Meh nak share aku start minum RS pada awal bulan 11 aritu so kiranya dah sebulan lebih aku guna.. Dalam tu ada 20 sachet. Time period aku skip 1 hari sebab nak jimat so dapatlah aku guna 1 kotak 1 bulan.  Sesuatu yang perlu ingat bila makan/guna apa set kesihatan/kecantikan kena consume. Jangan set dalam otak minum/guna 2-3 hari dah nak nampak kesan. Walaupun kadang-kadang kat pamplet tu tulis 'kesan seawal 3 hari'. Tu semua depends on hormon / faktor genetik badan memasing. Sabar tu kena sabar kalau nak cantik =). Untuk luaran aku masih continue pakai Nour Ain. Memang dah sebati dalam jiwaku selain mampu milik..hihi. Untuk dalaman aku memberanikan diri try Radiant Signature. Kandungan semulajadi yang ada pada produk ni yang buatkan aku nk try & error. Kalau serasi dengan kulit alhamdulillah..Kalau tak berjaya sokay =P. Next year pon dah nak masuk 3 series. Sesuatu yang bernama suppliment kena ada untuk kita bernama perempuan ni..hihi. Baru kulit sihat dan badan pon cargasss! ^_^



Sebenarnya aku ada amek gambar sebelum awal bulan 11 aritu tapi gambar tu untuk tatapan sendiri je sebab nak tau perbezaan selepas sebulan penggunaan. Lagipun keadaan gambar tersebut tak mengizinkan aku nak share sini. Cukup untuk aku tahu perbezaan dan perasaan dia. hihi.. Kalau korang nak tahu aku memang dah jatuh cinta dengan RS ni. Kulit memang lebih lembut dan bersih. Dari segi kesihatan pulak aku macam tak berapa nak cam sebab badan ok lagi.. Cuma yang aku perasan isi lebih yang kecik2 kat leher tu mcm nak hilang. Masa mengandung dulu aku perasan byk isi lebih tumbuh kt leher..org cakap tu hormon mengandung. Tapi ni dah nk masuk 4 tahun macam tu la jugak. Tapi skrg dia macam mengecil. Itu memang bagus.. lagi satu yang aku perasan lingkaran gelap bawah mata dah kurang! Alhamdulillah tak sedar pon sebenarnya. Dulu walaupun dah mekap still nampak gelap bawah mata. Suka sangat. Takpe kita tengok nanti dia hilang ke tak hokey..hihi



Sekarang nak masuk 2 kotak aku try. Alhamdulillah. Suka je aku nak minum tiap2 malam. rasa pon ok masam-masam buah. Takde lah macam perasaan kena paksa. Aku minum sambil-sambil tengok tv sebelum tido. Enjoy je. Jangan rasa terdesak sangatlah nak lawa. HAHA.. Nak melawa pon sebab suami kan. Sesape nak try boleh je google. Berlambak dealer yang jual. Aku tak jual yerp! Just tolong promosi kan barang baik. Benda baik harus share..hihi. Jangan risau lulus KKM & HALAL. ok bai.