Wednesday 10 December 2014

Resepi Pizza Gebus!

Assalamualaikum & Hai..


Hari ni aku rajin nak menaip resepi selama ni aku bagi link je..Aku try buat resepi ni selepas gagal buat roti sarang lebah tu..hikhik..gagal tak rebah tapi moody je..haha =O. Sokay hati, nanti kita tanam azam buat lagi yerp..Hari ni nak story pasal resepi jadi jer..resepi tak jadi kita tayang jugak tapi part lassssst sekali..hewhew.


Btw resepi ni akak ipar aku yang bagi..Dia dapat dari kawan dia. Dia dah banyak kali buat Kredit pada owner resepi ni.. TQSM...so aku pon dengan rajinnye menerai resepi ni dengan akak ipar sorang lagi. gigih tau kami buat walaupun kadang2 terjerit2 sebab anak memasing gadoh berebut chanel tv lah..berebut tab lah..baling2 mainan lah..Macam-macam tau acara selingan. Tapi alhamdulillah..menjadi! yeay. Kalau bab-bab meroti ni kalau nak tau resepi kita tu akan cemerlang hasilnya atau tidak..kita dah boleh tengok masa menunggu doh tu mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal selepas proses menguli tu. Kalau tak kembang tu sila campak doh tu dalam tong sampah tanpa rasa kesal.,mihmihmih. Takyah nak rasa bersalah sangat. Kes aku buat roti sarang lebah aritu kes tak kembang lah. Tapi aku teruskan jugak sebab mana tau nanti dalam oven dia mengembang dengan jayanya.haha.. hasilnye mengeciwakan! Last ke tong sampah jugak akhirnya. 

Resepi aku buat pizza ni lain sikit dari buat roti sarang lebah tu. Tapi bukan salah resepi tu aku ni je tak pandai..sedar diri takpe =P. Ok jom tengok resepi pizza ni. Bahan-bahan doh dia senang tak payah guna bread improver & tepung roti pon. Cekidautt!

Resepi Pizza 

3 Cawan Tepung Gandum
1 sdk baking powder
3sdb gula
1 biji telor
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 paket mauripan
1 cawan air suam +-

Cara-cara dia

1. Masukkan mauripan kedalam secawan air suam dan gula. Biarkan dia berbuih-buih. Lebih kurang 15-20minit baru dapat buih yang cantik.

2. Campurkan semua bahan-bahan lain. ( tepung, baking powder, majerin, susu pekat & telor). *telor tu kacau dulu dalam magkuk lain dengan garfu bagi hancur.lepastu barulah sertakan sekali dalam adunan tadi.

3. Selepas dah berbuih barulah masukkan ke dalam adunan no 2 sikit demi sedikit ok. Tengok lah adunan tu agak2 dah elastik dan berbentuk doh. Uli sampai penat. Aku uli dalam 15minit 

4, Selepas uli biarkan dia selama 45minit . Letak dalam microvawe (off)  / tempat kedap haba.Boleh wrapkan mangkuk doh tu bagi dia terperap dengan haba. Masa tu dia akan mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal.

5. Lepas 45 minit bila dah kembang tumbuk doh bagi angin keluar..tumbuk sekuat hati. Bahagikan doh kepada 4 bahagian sebab adunan ni akan dapat 4 keping. Biarkan 8 minit seketika.

6. Lepas tu baru lah bentukkan doh menjadi crust pizza. Jangan lupa cucuk dengan garfu bawah crust tersebut sebelum isi inti pizza yang anda suka.




Korang buat lah bulat yer, Yang iols punye macam nak taknak je bulat. Tepi dia tu gulung sikit yang hujung tu. Buat nipis2 je sebab nanti dalam oven dia akan mengembang





Inti pulak aku suka hati je..ikutlah nak isi apa pun. Isi keinginan memasing..hihi

1. 1 botol sos spageti prego/adabi (tradisional). * aku guna adabi.best.
2. 1 tiub ayam cincang. ( sos spageti dengan ayam ni aku masakkan dalam kuali bagi   sebati. Lepas masak boleh taburkan oregano.
3. cendawan
4. lada benggala
5. sosej
6. oregano
7. garam, gula.
8. Mayonis
9. Cili sos
10.Cheese * aku guna mozarella. Guna cheesedale pon boley yunk



Ok, jom kita tengok hasilnya .......




Antara bahan-bahan inti pizza






 Isi inti sos prego dulu then baru lah isi yang lain-lain






 Mayonis atas dia. Lagi banyak lagi best






 
 Last sekali taburkan cheese mozarella sebagai last topping. Isi banyak-banyak lagi heaven =)





 Dah masak. Selfie sikit! hihi. Bakar dalam 15-20minit bergantung oven masing. Suhu 200 darjah celcius






 My First Pizza! =)




Ok tu je hasilnya.. Buat je lagi jimat. Sedap ke tak? Buat dulu baru nilai..hekhekhek..tekak memasing kan .. =P. Selamat mencuba bagi yang nak mencuba yoo! Opss lupa nak tayang roti sarang lebah yang tak gebus tu. Nah~~~~ =P






 Sekawan roti yang tak nak mengembang! Dari awal sampai akhir macam tula perangai dia. 'sigh.............................................!






Ni la ropa roti tak mesra alam tu. Sos butterscotch pon mengeras macam simen konkrit. haha. Bikin gigi gua patah aja dong! Ke tong sampah la jawabnya...






Ni aku buat sehari sebelum meroti. Ni pon fail. Sebelum ni ok je tapi kali ni graf cemerlang buat meringue makin menurun. Hurmmmm keciwakk sampai malam! Tong sampah jugak tempat kau! 





Hihi itulah kisahnya. Kadang-kadang membaking ni boleh buat hati jadi bunga-bunga kalau apa kita nak buat tu jadi..Kalau tak jadi boleh moody sampai ke malam sampai makan tak lalu mandi tak basah. Ok TIPU! Bai! =P






5 comments:

Cik Nor said...

cuba lagi..:)

Mrs Hafidz'joo'Din said...

thanks awak @normi nieza =)

hazwani said...

yeay! nak buat piza la wiken ni. tq didi! ;)

mamalurveameer.blogspot.com said...

yeayy good luck wani!! =)

Unknown said...

terbaik..hikhikhik...