Tuesday, 13 May 2014

Jejalan Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.


Assalamualaikum & Hai..



Baru ada mood memblog..Dah lama tertangguh entry ni..Actually aku baru balik dari hantar si kecik klinik. Bangun pagi tadi penuh taik mata.. Alamak dah kena sakit mata pulak. Nak taknak kena hantar rumah BS jugak.. Ada kerja pending kat office.. Harap-harap budak lain tak berjangkit. Mintak maaf yer mummy's sekalian.. Saya harap anak-anak kalian tak berjangkit dengan anak saya.. trully sorry =(



Actually cerita jalan-jalan kat bukit tinggi dah lama.. sempena labour day hari tu kitorang datang sini. Kebetulan hubby punye officemate nak kena pindah..So ala-ala family day lah ni tapi without BOSS. hekhekhek.. Plan sendiri-sendiri..Bayar pon sendiri..Semua benda sendiri tong-tong..Ahakss.. Hotel pon share reramai.. Satu apartment RM500..kitorang booking 2 buah so RM1k lah. Tapi bila guna Gov. Card ni ada sedikit lah diskaun.. Boleh lah dari takde kan.. Apartment tu ada 2 buah katil jer.. Tingkat atas dengan tingkat bawah. Tapi memang luas sekali dengan ruang tamu..Kitorang pergi ramai orang. So kena berpecah.. Yang laki-laki rumah lain..Yang pompuan pon rumah lain..Takde istilah honeymoon kat situ. hihi.. Tapi takpe boleh kenal-kenal dengan kawan baru.. Dorang semua ada baby.. Kira anak kami lah abg long..Tapi perangai mengalahkan baby..



Kitorang sampai dah malam..Gerak dah pukul 5.30. Dorang semua kena tunggu aku balik keje..Boss dorang dah bagi pelepasan balik awal..Private boleh lah..Semua atas bos..huhu..tapi aku tetap office our lah..Kesian pulak bila sampai rumah semua tengah tunggu..hukhukhuk..Nak berkonvoi katanya. huhu..Sampai Colmar Tropicale dalam pukul 9 lebih. Masa tu tak sejuk pon..Makanan dorang dah bawak bekal..Macam-macam ada..Aku tak bawak apa pun just bawak kek sebab nak celebrate Ameer sekali.. hihi.. Lepas mandi-mandi semua kitorang duduk berkumpul makan ramai-ramai kat apartment org lelaki..Biar tempat dorang bersepah..kikiki..Masa tu semua perut tengah lapar..Apa lagi melantak lah selagi boleh..masa ni kalau malu lapar..So buat-buat tak malu jerla.. Masa ni jugaklah time aku hias pavlova..Nasib baik ok meringue dia tak pecah. Whip cream & buah aku isi dalam cool box.. Pavlova kakak ni memang best sgt..Ni ha no tel dia aku bagi terus 019-6166197 SIS APPLE DELIGHT.. Tart Nenas dia pon sedap. Eh. hihi..



Tempat Beradu kami





Ameer & Aunty Sha.. Sambut sama2 yeay! =)





Tengok si kenit tu belum sempat potong lagi dah ngap stobery!



View dari tingkap bilik..Tak sempat mandi pon..Rushing ke tempat lain..Pufff!




Bangun pagi gosok gigi ...hiiii semangat nak pergi jalan dak kecik tu..Masa ni baru nak pergi breakfast





Bila Papa keluar je dari bilik..Eh Papa!! MACAM SAMA JE!!






Alalalala beriye menyendeng ke papa dia sebab sama..hukhuk mama jugak dipinggiran.. Saje mama kembarkan korang baru nampak sikit orang tu dah ada anak! hakhakhak






Aouch gelojoh adik ni..Kalau sausage tu terlekat kat tekak dia baru tau..






Hemo hemo mama pon nak interprameee jugak  =P



Lepas breakfast baru lah kami melawat sekitar kawasan tu.. Actually ni kali ke 2 kitorang datang sini tapi hari tu tak tido..Tempat ni sebenarnya memang tempat untuk bergambar je lah.. Sebab banyak bangunan cantik-cantik..So view dia memang sangat cantik.. Kalau rasa nak frame kan gambar tampal dinding rumah bolehlah fefeling europe kat sini..hekhekhek




Like Father Like Son





Mama dah kenapa mulut ternganga





My Chubby Cheek!






My 2 man =)






Ewah ewah silang kaki dik!






Nice View! Memang kagum dengan keindahan tempat ni..Sejuk mata memandang





Masih berkabus..Si kecik tu dah jauh ke depan







Mama sesorang je feeling model kolam ikan kat situ..haha





Mama cuba beraksi candid lagi..Puas okeh!





 Si Putih



























My Family Kecik =)






With kereta idaman papa..wawawa berangan je boleh okeh.










Bila dah penat jalan-jalan kawasan Colmar Tropicale tu..kitorang masuk bilik kemas-kemas terus..Sebab nak terus check out je..Takde lah rushing nak turun bila dah sampai taman jepun atas tu.. Yang pompuan jerla kemas..anak pas battern kat si ayah..







Tengok dia paling abg long..tapi botol susu dalam mulut..hihi..




Officemate hubby..Gambar reramai..

















Sebelum daki tangga nak sampai ke atas..







Add caption




Tangga pertama pon dah mengah..hoii

















Dah sampai mengah2 harus abadikan kenangan kat atas ni hihi







Si Kecik penat naik tangga..hihi tau pon erti penat ye dik






Aksi nak tangkap belon





 



 Lepas turun dari sini plan nak naik genting..tapi takde rezeki genting penuh..Walaupun outdoor dia still under construction indoor pon ramai jugak..So teruskan plan ketiga santap di Hokaido Seafood di KL..Entah aku pon tak sure lokasi betul dia.. Kawan hubby cakap makan sini sedap..Hurm hurm hurm..Nak cakap jujur ke tak ek..Actually aku tak suka jenis masakan dia,,kecinaan sangat..hewhewhew.. Tekak aku ni more kepada masakan thai yang pedas & masam gitew..heee..ampun yer tuan kedai..komen membina ni..jangan sentap sangat..haha.. peace! Saya sudahi entry saya dengan gambar makanan restoran beliau. OK Bai!



Yang paling tak tahan siput sedut masak kicap..haha..Seumur hidup aku pernah makan masak lemak cili api je..kembang tekak den.. =P

Monday, 5 May 2014

Happy Birthday My Cheeky Boy!

Assalamualaikum & Hai.









Baru ni 29/4 genaplah dia 3 tahun! Alhamdulillah.. yeay dah besar..tapi masih dipanggil adik..nasib tak panggil baby je..hekhek.. Walaupun kitorang panggil dia adik..dia bahasakan diri dia Ameer. Kadang-kadang jer tersasul bahasakan diri adik..hihi..Its ok dik.. Adik tetap buchuk basham mama & papa.. Bila dia buat perangai 'baik' dia.. Sabar tu sangat2 penting.. Tapi kadang2 terlepas jugak sedas dua..haha..




Bila dah makin besar macam-macam perangai..Setiap hari tak sah tak buat perangai..Kadang-kadang rasa nak geget je geramm.. Tapi itulah namanya anak.. Dia lah penyeri hidup kitorang..Yang tu lah dibuat main..yang tu lah berebut channel tv..yang tu lah makan bersepah atas lantai..yang tu lah menangis kalau tak kena ragam dia..Haihhh anak.. Nanti dah besar sila jadi anak soleh..taat pada agama.. Jangan membelakangkan Allah s.w.t. Doa mama & papa sentiasa iring adik sampai ke besar tahu.. cup cup cup!






Selamat Hari Lahir Sayang.. Dah 3 tahun dah awak.. Tahun depan awak wajib pergi skolah..Ni bukan percubaan dah..Ni paksaan! hikhik..




Birthday dia baru ni dia ada request nak kek ultraman.. Tapi keadaan tak mengizinkan nk celebrate birthday dia.. Sebab keesokannya kitorang ada familiy day dengan officemate papa dia kat bukit tinggi.. So macam tak kena nak bawak kek ke sana..silap hari bulan sampai sana hancur.. So alternatif lain mama tempah pavlova je..hihi..DIY.. Whip Cream & Buah diasingkan dulu..Letak dalam cool box..Nasib baik ok bila sampai sana.. Meringue je hancur sikit tu pon si birthday boy yang buat..grrrr




Masa tunggu papa dalam fitting room.. Dia buat jugak bila mama suruh sebab nak dapat hadiah lori besar kekeke..good boy!





Tak ngedan2 dah nak bukak..Menjerit2 selagi tak bayar satu mall tu dengar suara dia..huhu






Impian dia nak hadiah lori besar..Tak dan sampai rumah kotak lori ni dah terbang dalam kereta lagi.. Haishh!




Ni masa dekat Colmar Tropicale..Celebrate sekali dengan aunty sha..Officemate papa..Merasa lah dia nak tiup lilin.. Kek Ultraman inshaallah tahun depan haha..





Pavlova by SisAppleDelight ni memang sangat ohsem! Best sgt! Korang patut try..Memang takkan menyesal..Tak sama lalu rasa macam aku buat..hihi.. Lilin tu pulak aku beli kat bakery..Memang dah lama aku cari lilin panjang macam ni..Akhirnya jumpa yeay!! Sepatutnya lilin tu dia keluarkan api macam bunga api tu tapi tak jadi dah lemau kot hihi



Jalan-Jalan Safari Park, Bukit Gambang

Assalamualaikum & Hai 



Sekarang macam free sikit bolehlah update blog suam kuku-kuku ni..huhu..Dah lama tak cerita..Bila share dalam blog secara tak langsung aku boleh simpan kenangan kat sini..Bila boring boleh pulak syok sendiri baca blog sendiri hikhik..



Ok..jom nak share hari jalan-jalan kitorang kat safari bukit gambang ni.. Kitorang pergi lepas zohor dalam pukul 2.30 sampai lah..Dari rumah kitorang dalam 20 minit je dah sampai..Dah lama janji dgn si kenit nak tengok lionnnn! hehe.. Bila dia sebut lion tu suara kena kasar dan kuat..lionnnn! haha umpama binatang itu =P




Happy Yooo!





Gambar ni si ketot ni snap sementara tunggu papa cari parking..boleh dah harap =)





Kitorang masuk guna voucher diskaun kawan aku bagi..Dapatlah RM16.50 untuk dewasa RM13.50 untuk kanak-kanak.. Kalau tak dulu harga dia RM48 utk dewasa & kanak2 RM28. Bapok mencekik harga dia dah lah still under construction.Memang tak berbaloi kalau masuk dengan harga tu. Tapi sekarang ada promotion RM28 Dewasa& RM18 untuk kanak-kanak. So tanpa voucher tu pon korang dah boleh masuk tanpa was2 dengan harga promotion tu..hihi..tapi valid sampai bila tak tau..hoho.. try & error  *sigh











Dah lepas bayar masuk entrance tu..baru aku teringat nak ukur si kecik tu..Bila ukur dia dekat penguin measure tu masih under 90cm! Cis rugi duit rm13.50..haha..tu la kalut sangat nak bayar..Makesure korang-korang yang nak masuk tu ingat ukur anak..jangan yakin je anak dah tinggi muehehe..Nasib baik dah dapat harga murah..Kalau tak nak jugak buat muka tak malu pergi balik cashier suruh refund duet..kakaka.. rezeki bukan milik kami.. T___T




Ketot lagi anak mama ni sama tinggi dengan betis lionnn hehe





Bila masuk tu kita kena naik tramp..Nak naik tu kena bayar RM1 / sorang. Kita akan naik tramp tu 2 kali..Tapi nak pergi ke tramp ke2 tu agak jauh berjalan. Mengah jugaklah hoi.. Takpe bakar kalori =) Tramp tu selese dan secure..So jangan risaulah body kena jamah dengan rimau..ngeh3..Of courselah dorang dah prepare kan safety yang terbaik kalau dah masuk tempat-tempat macam tu..





Tramp pertama kami dan orang depan tu je..kosong




Bila dah naik tramp ke 2 tu barulah dapat tengok binatang-binatang yang ada dekat situ.. Eye to eye dengan binatang boleh buat si kecik tu lupa diri.. Tapi bila tengok dia happy kitorang pon happy..Mostly semua gambar binatang dalam buku dia ada dalam tu..Suka banget dia..hihi.




Jom layan gambar-gambar binatang yang ada kat situ..untuk bagi korang-korang happy juge =P




Gigih papa tolak stroller..buat penat je bawak..dak kecik tu sampai sudah tak naik







Kat sini lah bermula..wehuuuu!







Hah! Takyah nak kelek stroller bagai..boleh sewa kalau terlupa =P







Sampai nganga mulut tengok apa??







Kesian tanduk dah kena kebas..hehe








Haiwan pertama kami jumpa..Hippo! Asek berendam je..Takmau timbul2.. Serupa macam kuih badak berendam








Sekawan Rusa








Sang Buaya berteduh








Antelop.. hurmm agaknye








Gnu ke seladang ke sama? hihi anak aku panggil gnu..aku panggil seladang..








LIONNNN!! Haahhh nmpk ni boleh buat anak aku meroyan..Roaaarrr!!








Cheetah!
















Abg Rimau =)







Lembu pon nk snap mama??








Waa...ni special moment... Bukan senang dapat naik unta.. Nak naik ni RM10 sekali pusing.. Dalam 5 minit kot..Boleh lahh kan.. Actually mama & papa berebut nak naik..Last2 mama menang haha







Suka sangat mama naik unta..huhu














Tempat ni ada banyak tingkat. Macam belum siap sepenuhnya.. Dalam ni ada macam2 binatang comel-comel..kitorang tak habis round pon..fenatttt!





Tengok keturunan hahaha





Flamingo






Dalam Farm House ni ada kuda padi & kuda biasa tu.. Boleh tengok kuda dekat jangan kena tendang sudahhh..kekeke..























Ewah bos kecik tu ikut dia je nak pergi arah mana..Ajak naik stroller takmau..malu katanya..cittt! Menyesal papa bawak..



Lepas jalan-jalan dorang ada sediakan animal show pada jam tertentu.. Masa kitorang pergi ni tak silap show dia mula dalam kul 4.30.. Agak teruja dan seronok bila tengok haiwan-haiwan-haiwan ni pandai ikut arahan tuan dia..Gambar kat bawah ni antara haiwan yang buat show..Good Job! Cute sangat Uollss!













Klasikal







Rumah Kampung.. Cantik siap ada ayam bunyik2 lagi..heee














Burung Unta




Ni antara haiwan yang rare korang patut tengok..Singa Putih..Biasa kita tengok singa oren je kan..Haa ni kaler putih.. Penangan Aura White kot..thehehe..


White Lion- Betina







White Lion - Jantan









Masa nak turun nampak tempat mandi-manda COCO BEACH ..Inshaallah kalau ada masa boleh pergi lagi..Sementara voucher discount tu valid lagi =)









Masa mula-mula sampai si ketot ni tak berani nak bergambo tepi patung singa nih.. Bila dah tengok yang real baru dia percaya yang ni palsu semata-mata hihi





Ewah-ewah kemain lagi bergambau atas tangan singa..




Benda yang wajib aku bawa pulang.. i am fm collecter tegar =)




So kesimpulan dia bila datang sini untuk bebudak yang baru nak kenal binatang memang patut bawak..hihi.. Boleh tengok secara dekat.. Sebenarnya tiket tu sampai malam tapi macam tak larat dah..Lagipon aku rasa seluar aku dah busuk sebab naik unta tadi huahua..Sekian  bai =P