Salam ...
Kalau dah lalu barula rasa kan..Betul la org selalu cakap pengorbanan ibu bapa tak boleh di nilai dgn wang ringgit..Untuk membesarkan seorang amanah Allah bukannya senang kalau takde sifat tabah..sabar..penyayang..kuat..cekal dari segi mental & fizikal ni..
(merujuk tepat kpd aku) hihi
Kali ni dah masuk kali ke berapa pon tak tau kitorang pergi klinik..Ni gara2 our baby tak abis2 dgn masalah dia..Start dari raya lagi dia ada masalah kesihatan..Uhuk..memang menguji kesabaran betol..Mula2 dia
demam..Pastu disusuli pulak dgn
batuk & selsema..Nasib baik demam dia cepat sembuh..Tapi batuk & selsema tu mmg payah sgt nak sembuh sbb dia memang langsung takmo telan ubat..Antibiotik tak pernahnya habis..Satu hal lg time nak bagi ubat memang kitorang akan bersilat bagai la..Papa pegang tangan..mama pegang shrink..Kain lap mmg kena standby..Kalau tak habis basah..Kalau aku bagi 2ml.. yg masuknya 0.1ml kot..Serupa aku tak payah bagi..pastu sekali ngan nangis lak tuh...Aissshhh.....( sabau jela ) huhu.. Time nak tido mmg agak mencabar sbb dia susah nak nafas..
Batuk & selsema dia berlarutan agak lama..Sebab dia susah makan ubat..Selang 2 minggu dia tiba2
taknak minum susu pulak..Aku nak bagi je..Nangis...Mana la tak lapar kalau tak minum susu..Nangis jela kejenye..nasib baik time tu weekend..Kitorang pon pegi klinik..Doc ckp tekak dia merah..That2 why takmo minum susu..Doc bekal 4 ubat..Antibiotik (lagi?) Tahan sakit..Ubat titis & Spray..Bayangkan la mcm mana aku nak sumbat sume ubat tu? Kesian sgt tgk dia..lapar tapi takle minum..Masa tu aku seorang mak selalu doakan biarlah penyakit tu aku yang tanggung..Alhamdulillah selang 2 hari dia sembuh...
Malam tu aku nak tukar lampin dia aku nampak badan dia
bintik2 merah..Berderau darah aku tau..Demam campak ke..Takpon alahan ubat..yerla lately ni asek telan ubat je kan..Then kitorang pon pergi klinik lg..Nasib baik doc cakap ni ruam biasa jer..akan timbul bila panas ( Tq doc penjelasan anda sgt menenangkan kami) =)
Malam 2 hari lepas kami diuji kesabaran lagi dia
muntah susu non stop..banyak mana dia minum banyak tu dia kuar..Malam tu dah berapa kali tukar baju..tilam dah bape kali sembur febreze..hihi..dan malam tu jgkla banyak kali kami bwt aktiviti mengemop sampai pukul 4 pagi akibat dia muntah merata tempat...sian sgt adik..Hari esoknye bwk ke klinik lagi..kebetulan masa tu nak cucuk dia 5 bulan ..Yeay dia dah 5 bulan..!Doc ckp dia mungkin kembung sebab tu susu dia tendang balik..Ok tq doc!
Petang tu pulak dia c
irit birit. dan taknak minum susu pulak..Adoi..adik oh adik..wut happen to you sayang...mama ni tak habis2 risaukan syg..Atas nasihat akak ipar aku..aku try tukar susu dia dari snow ke S 26..Sekarang ni baru 2 x dia minum tu pon cket2..Alhamdulillah cirit birit dia dah takde,,Harap2 dah takde sampai bila2..Aku risau penerimaan dia dgn susu baru..Sekarang ni aku risau dia masih taknak minum dalam kauntiti yang sama dgn sebelum ni....Cepatla sembuh syg...Nak kena pergi klinik lagi ker..?? Mama punya sopink2 bln ni takde budget dah haha (padan muka)..
Malam tadi aku ngadu kat akak ipar aku..dia cakap
'Sabar jerla..Orang lain dugaan dia lagi berat'..Kata2 dia sgt memberi semangat kat aku..Bila aku nak nangis je aku teringat kat kata2 dia..Sesungguhnya Allah S.w.t takkan uji kat hamba dia sekiranya hambanya tak mampu menanggung semua ni..Kalau nak pikir2 balik ni semua mmg tak lari kalau ada anak kecik..Tu la besarnye tanggugjawab & pengorbanan seorang ibu bapa..Tu la masa sek asek takmo dgr cakap..huhu..
P/s:To Adik...Cepat2 lah sembuh...Adik kena kuat..Mama & Papa pon kena Kuat...Get Well Soon Syg..Mama& Papa will never stop loving u syg!