Monday, 30 December 2013

Goodbye 2013 Welcome 2014..

Assalamualaikum..

Kurang beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2013 dan akan menginjak ke tahun 2014 yang kita sendiri kurang pasti apa yang akan berlaku nanti..Semoga kebaikan dan kesenangan sentiasa mengiringi kita hingga ke akhir hayat..cewahh..pandai pulak aku karang ayat..Dah lama kan tinggal buat karangan..Rasa mcm janggal pulak bercerita sorang-sorang..Tapi yang pasti seribu kenangan tahun 2013 akan simpan kemas2 dalam memori..Ya udaahh simpan yang best2 je..yang tak best biarkan ia berlalu..hihi..

Rasanya kalau nak ingat balik memori 2013 memang tak kan dapat ingat secara detail..tapi kalau memori tu simpan dalam blog..diari alam maya ni..pasti mengundang seribu kenangan kan..Rasa macam rugi pulak selalu skip2 acara buat entry..hihi..

Actually aku baru balik dari survey2 taska untuk si kenit tu..dia pon sekarang dah 2tahun 8bulan..Kalau ikut tahun depan dia dah 3 tahun.So kami bercadang nak luaskan pemikiran & pengalaman dia tentang dunia luar..Nanti dah sampai waktu kena sekolah takdelah culture shock! huhu ..harap2la..Awal bulan aritu kami dah brainwash dia tentang school dia..Supaya dia takde terkejut sangat tiba2 berubah environment..Selama ni kat umah ibu dia ada 2 org je kawan dia..Hurmm sebenarnya masih risau pikirkan 2hb ni..hihi..Kalut sekali cari taska yang ada pengisian tentang pembelajaran untuk budak 3 tahun..Lepas survey2 jumpa dekat pulak dgn opis..Oh alhamdulillah sangat..Nama dia Little KJ (Khalifah Junior)..Ada sesi pembelajaran yang berlainan setiap hari..oklah kot..Nanti akan di update tentang taska dia..Kalau bagus boleh promote kat orang lain..Tapi ramai jugak yang cakap umur sedang ni untuk bermain jer..Tapi bagi aku lah kan bermain sambil belajar kan bagus..bukannya cikgu dia pegang rotan "kau siapkan soklan matematik tu" hewhew..

Semoga budak bertuah tu berminat nak pergi school tu.. Risau jugak dia asyik dengan tab dia..kalau tak tab nak kartun..celik mata je.."mama nak aton" takpon "mama ane tab"..hoho..kadang2 tak salahkan anak jugak..Makayah jugaklah yang lepas tangan supaya nak bagi anak diam..hoho..ish2..


Oklah..saya selaku tuan blog nak tutup tirai 2013 dengan lafaz bismillahirrohmanirohim...huahua..verangan nak jadi menteri..ok tak lawak!





Welcome




2 comments:

Sop said...

selamat tahun baru

ct aman said...

cpt hapdate makde...stress tgk en3 ni dr 2013...huahua