Assalamualaikum & Hai
Jom nak share pengalama bertitab di kopitiam kita yang femes tu. Balik KB raya haji baru ni kitorang amek peluang nak rasa apa yang best sangat menu utama kedai tu 'roti titab'. Nasib baik cuti lama di kelantan so sempat lah merasa sebab kedai tu buka pada raya ke3. Hai rezekiii =). Duduk kelantan lama-lama bikin aku jadi giant nanti =P
Pagi lagi aku semangat gile nak makan roti tu. Masa tu orang pon dah masuk kerja so aku andaikan takde lah bersesak-sesak nak masuk kawasan kedai. Jauh jugaklah dalam 15 minit kot nk sampai. Bila sampai je mula rasa nak nanges.Parking punyelah susah. Tempat dia sempit. Tapi pusing dok pusing rezeki kami parking depan kedai. Alhamdulillah tak payah menapak jauh-jauh. hihi
Masuk je dalam kedai table semua penuh. Ada yang reserved pon ada. Ceh main booking2 eh..Orang memang keluar masuk non stop. Aku pon buat muka tak malu jela menempel sebelah meja orang yang macam dah nak siap makan. Terpaksa buat macam tu okay. Kalau tak sampai tengah hari lah ko jadi patung cendana tak berbayar kat dalam kedai tu..huhu.
Bila dapat meja satu lagi dugaan. Usahkan nak amek order nak clearkan meja pon susah. Ada la dalam 10 minit dok lambai-lambai tapi haremmm..Memang servis lambat gila.Tapi takpe memang aku dah prepare kan mental. Dah baca kat blog-blog orang ramai komplen servis lambat. Hurmm. Sokay paham. Korang banyak customers nak dilayan. Last-last asben hantar sendiri kertas order tu. Haa senang. Kat situ memang kita kena tick siap-siap nak makan & minum apa. Ala macam kopitiam jugak yang beza nya kopitiam kita ni kedai dia biasa-biasa je tapi duit mashyukk $$$ hihi..
Sambil-sambil tunggu tu korang boleh tengok gambar disekeliling kedai memang penuh dengan gambar-gambar retis yang makan kat situ. Tok Ti nampak macam suka sangat kedai ni sebab banyak gambar dia..hihi..Tunggu dalam 10--15 minit makanan pon sampai. Alhamdulillah cepat =). Kat situ pon ada jugak makanan femes2 kat kelantan cthnye nasi tupang &tupe ( Ameer's febret), nasi dingin (nak try tapi dah habis) dan bla bla bla. Aku lupa dah hihi. Kuih pon banyak pilih saja mana yang berkenan.
Sila tick makanan mana yang berkenan =)
Haa kan dah cakap Tok Ti memang peminat setia..gomo kelate gome! ^-^
No comments:
Post a Comment