Friday, 22 August 2014

Rawatan Akar Gigi @ Root Canal Treatment

Assalamualaikum & Hai

Kali ni aku macam nak share pengalaman hari ni buat rawatan akar gigi. Sebenarnya aku dengan gigi memang tak dapat dipisahkan. Sejak kecik sampai sekarang gigi aku ni asek masalahhhh je. Haish. Kadang-kadang stress tau. Tak habis-habis pasal gigi. Memang banyak membuang duit ke gigi. Hurmm nasib lah.. Actually ni kali ke-2 aku buat rawatan ni. Ha.. kan dah cakap. Nampak gayanya hujung 30-an aku dah pasang gigi palsu. T__T. Tula dulu masa kecik-kecik takmau dengar arwah mama suruh rajin berus gigi..Sekarang NAH!


Nak jadikan cerita sakit gigi ni serentak dengan telinga. Memula sakit telinga tu sebab aku selalu korek. Sebelum ni dah 2 kali aku jumpa pakar telinga. Kali ke-3 sakit aku malas nak jumpa dah sebabnya memang salah aku. Tak boleh nak control diri ni dari nak melombong je kejenya..haish..Aku  pergi klinik biasa then amek antibiotik , surut bengkak & tahan sakit. Sekali malam tu gigi pulak sakit. Aku andaikan ni mungkin saraf telinga dekat dengan saraf gigi sebab tu dia sakit secara berjemaah.HAHA.. Memandai je aku andai-andai. Entah bila study bio pon tak tau. Tapi andaian aku salah sama sekali.


Bila aku pergi tadi doc cakap aku ada masalah saraf gigi lagi. Ahdoiii.. Lepas abis antibiotik telinga now aku kena habiskan antibiotik & surut bengkak gigi pulak. Tak berhenti makan ubat dah aku ni. Tak suka betol terikat dengan jadual makan ubat nak-nak pulak antibiotik. Baru semalam aku campak sampul antibiotik telinga dalam tong sampah datang pulak jadual baru.. huhu


Kali ke-2 ni pon aku buat kat klinik yang sama. Tujuan aku tulis entry ni pon aku nak rekeman kan kat sesape duduk kuantan boleh refer Klinik An-Nur kat Sg. Isap. Murah dan tak sakit. Aku pernah tanya rege kat klinik lain kos nak buat rawatan ni. Masa first time aku nak buat rawatan ni aku pernah tanya kat 2 buah Klinik Kerajaan. Dorang cakap tak cover untuk gigi depan. Kalau gg depan kena buat kat swasta. ??? Aku tanya kat UIA tempat student tu. Sebab nak mencari yang free..haha..Dorang boleh buat tapi kena tunggu dorang study part tu dulu. Lecturer tak ajar lagi. Boleh gitew ^__^.  Senior dorang dah tak sempat buat. Adeyhh.. Masa tu aku dah tak tahan tetiap malam telan pain killer. Last-last aku tanya la kat klinik yang aku buat sekarang. Klinik An-Nur ni. Alhamdulillah selesai urusan aku awal tahun lepas. Tup2 sekarang aku sakit gigi yang lain pulak..Camne tuh. Gigi tu dah bertampal sebelum ni tapi sakit bahagian akar dia..Nak taknak selain cabut aku kena buat lagi rawatan akar ni. Aku try survey harga kat klinik lain. Amek kau 600-800 untuk gigi tepi! Terkejut beruk aku. Pagi tadi lepas buat appointment semalam lepas lah hajat aku yang tak berapa nak best ni. Tapi seriously memang tak sakit. Sebab bius kan. Kalau tak bius mau meraung aku..hikhik.. 



Aku tak reti nak cerita secara detail rawatan tu. Rawatan dia sapu gel kebas tu. Then baru cucuk bius. Masa cucuk tu rasa sakit sikittt je tang gusi yang keras tu. Lepas tu operasi mengkorek sampai akar. Lepas seminggu datang pulak sebab doc nak tengok samada akar tu dah betul-betul mati ke belum. Kali ke-3 datang barulah doc masuk kan macam skru dalam gigi tu..hukhuk. Dengar macam ngeri kan. Memang aku tengok pon ngeri tapi tak sakit sebab gigi tu dah mati.. tu la tujuan rawatan ni. Mengekalkan gigi tapi gigi dah mati. Haaa macam tulah kekdah nye.. =P. Kos dia pulak dalam RM350 untuk gigi tepi macam aku. Bayar pon sikit-sikit bukan bayar sedebuk. Mungkin kalau gigi belakang lagi mahal. So kalau nak compare dengan klinik aku tanya sebelum ni memang jauh murahlah. Sesapa yang ada masalah gigi macam aku ni sila pergi klinik tu.Doc pon friendly gitew. Tak payah nak tahan derita tetiap malam. Dengan satu langkah anda mampu mengubahnya =O


Kadang-kadang rasa serik nak main dengan masalah gigi. Tapi itulah. Dari kecik sampai ke besar masalah gigi dengan diri ni macam dah sinonim. Walau papepun aku bersyukur Tuhan bagi aku sakit kecik-kecik je nak compare dengan orang lain. Alhamdulillah. Semoga aku terus istiqamah dalam menjaga gigi ni sampai ke tua. Amin =)




 

3 comments:

Unknown said...

moge istiqomah ye...dlm mnjage gigi...huahuahua...

mamalurveameer.blogspot.com said...

huahuahua..amin

Unknown said...

Salam sis..nk tnye. Masa operasi mengkorek smpai akar tu ada rasa sakit tak?