Fyi baru2 ni Ameer dah kena jangkitan ni...Nak buat camne kalau dah hantar pengasuh yang jaga lebih dari sorang ni la akibatnya..Sebab penyakit ini jugaklah yang membuatkan aku tangguh pergi kursus tempoh hari..Tapi takpe aku Redha jer..(cewah)
Sehari sebelum aku patut pergi kursus tu dia dah demam..:Lepas tu pada hari yang aku kena hadir kursus tu demam dia lagi kuat..Mungkin campur dengan yang aku nak tinggalkan dia..hehe..
Dia menangis2 takmo minum susu..Nasib baik jgkla aku tak pergi..Kalau tak tau la betapa resahnya aku kalau Hubby msg aku pasal anak terkena jangkitan ni..
Mula tu kitorang langsung tak perasan kat tgn & kaki dia ada bintik2 merah..tp tak clear sgt..just mcm ruam2 gitu..Tapi dengan cara itula virus itu sedang membiak!
Kitorang ingatkan dia sakit tekak atau ada ulcer biasa dalam mulut..tapi bila dia nangis2 non stop kitorang bawak dia pergi klinik..Doc mengesahkan dia terkena jangkitan HFMD! Terkejut berukkks kitorang..Tapi doc cakap penyakit ni biasa sebab memang dah musim dia sekarang..
Tapi bila aku baca dari artikel dr.Azwan ni..ada kes kematian yang berlaku di Sarawak disebabkan penyakit ini! Syukurnya aku dia dah sembuh sekarang sebab selama ni taktau pon seteruk ini..
Kat sini aku attach kan info2 yang aku amek dari artikel dr.Azwan tu..
Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan
So ibu2 sekalian..awasilah anak anda..Jangan sampai mereka terkena jangkitan ni..Sebab kesian sgt bila tgk dia menangis non stop..Nak makan perut lak lapar..takle nak sumbat ape pon melainkan cara paksaan =( ..Aku dah lalui semua ni.. Kesian sgt kat anak yang tak mengerti apa2.. hukhuk
2 comments:
eh...anak wani ada bintik2 tuh
pastu makan pun nak tanak..
before, die demam panas
alamak..kene bawak g klinik ni
aah better cpt pegi check wani...sian kat anak
Post a Comment