Sepatutnya entry ni dah lama aku buat tapi benda yang nak di taip tu sudah di kebas oleh pencuri jahanam tu..Bila sampai office barula aku boleh meluahkan isi hati aku yang dah lama aku nak luahkan ni..Arrgh aku masih trauma sampai sekarang..
Apa perasaan korang bila pagi2 hubby kejut " rumah kita kena masuk..abis semua duit hilang "! Masa tu tak perasan lagi laptop..handphone..camera dah lesap..Masa tu apa yang aku fikir entah aku pon tak ingat..Yang aku ingat badan aku lemah dan kepala aku sakit tetiba..Sebab bangun tido secara terkejut.
Banyak sangat 'patutla' yang keluar dari mulut kami suami isteri bila bincang balik masa bile 'dia' masuk..Mula2 masa hubby angkat Ameer dari tilam ke buai pukul 4.30 pintu bilik kami dah terbukak..Dia pon mamai terus tido..Dia ingat aku yang lupa tutup balik.Lepas tu aku terjaga 6.15 pagi sebab alarm hp dah bunyi suruh bangun..Bilik aku gelap..Aku andaikan mentol lampu tido bilik kami terbakar lagi sebab sebelum ni sudah terbakar..Aku beriya menyalahkan lampu tu sebab terbakar lagi tapi aku terus sambung tidur nak bangun kul 6.30..Bila alarm aku bunyi 6.30 aku tutup lagi..Hubby kejut aku tanya mana hp dia..Sebab hp dia pon akan bunyi 6.30..dia pelik kenapa hp dia tkde bunyi..Dia tanya aku..Aku cakap tak tau..Pastu aku perasan umah aku gelap gelita even pintu bilik terbukak lampu ruang tamu pon gelap..Terbakar jugak ke..Nak kata elektrik takde.. kipas & buai ameer masih berenjut.
Aku tanya hubby " Nape umah kita ni gelap gelita?" Hubby pon bangun keluar pergi bukak lampu..Dia nampak wallet dia atas sofa..Dia pelik sepatutnya purse tu ada dalam bilik..Dia check semua duit dia lesap! Barula perasan umah kami kena rompak! Then bila tengok check semua laptop..camera..hp ..duet aku pon dah kena kebas!
Kitorang memang tak perasan langsung masa diorang masuk bilik kami then tutup lampu tido then kutip barang2 tepi hubby je.Macammana dia seberani tu dan kami langsung tak sedar!
Bila aku terpikir dia sudah masuk bilik perasaan aku ni tak dapat nak gambarkan..Betapa takutnya aku kalau dia apa2kan anak kami..Betapa takutnya aku bila aku bukak mata ada orang tengah berdiri..betapa takutnya aku dia acukan parang ke kami..betapa takutnya aku kalau dia bawak lari anak kami tanpa kami sedar! Berair mata aku bila teringat balik kejadian cemas tu..Apa yang aku takutkan selama ni terjadi jugak..Tapi alhamdulillah kami semua selamat! Syukur ya Allah..
Sampai sekarang aku masih trauma..Trauma dengan semua benda..Sampaikan aku nak petik suis lampu tido yang 'dia' dah pegang tu pun meremang bulu tengkok ni..Nak zipkan balik beg2 yang 'dia' dah bukak tu pon aku takut..Aku takut memikirkan aksi 'dia' semasa berada dalam umah kami..
Yang paling takut sekali..Hubby cakap masa dia angkat ameer ke dalam buai sebab dia merenget tu..Perompak tu masih berada dalam umah kami sebab lampu ruang tamu masih terbuka dan pintu bilik kami sudah dikuak orang.Tapi disebabkan mamai dia pikir aku yang masuk tak tutup balik pintu..Kalaula hubby keluar masa tu tak taula..Nauzubillahminzalik..
* Nanti aku sambung cerita di lain entry sebab banyak sangat nak share pengalaman ngeri ni..mcm mana siasatan polis..kos kerugian..mcm mana dia masuk..bla bla n bla
10 comments:
akak faham perasaan tu. rumah mak akak dulu pun pernah kena pecah masuk, dan rumah akak sendiri pun pernah kena pecah masuk sampai 2x. sampai termimpi2.. huhu. tapi bezanya, kejadian tu masa kitorang keluar rumah.. so berbeza sikit la.. anyway, bykkan mendekatkan diri dgnNya, mohon dilindungi drp benda2 tak baik.. amin..
Thanks akak.saya trauma sebab kitorang ada dalam masa tu kalau kat luar mungkin tak terasa sangat..insyaallah
Ya Allah..simpati sangat dengan apa yg berlaku pada didi n family..sabar banyak-banyak ye beb..semua ni ada hikmahnya..apa yang penting ko, suami dan Ameer selamat..itu yang paling penting beb..
Thanks kemn..alhamdulillah kami selamat
Ngerinya dd...aku pn takut sgt benda2 gini...kalo xde dalam umh tahan sket...ko tdo sopan x dd??
wei camne perompak tu msuk umh ko?kopak pintu ek??
syukur semua selamat
ya allah didi.. takutnya.. bahaya betul..mujur la semuanya selamat..
Cikha : benda yg aku takut selama ni terjadi jgk..Takut sgt aku skrg ni..bila malam aku trauma..Nak tutup mata takut..nasib baik aku tido pakai t-shirt n short jer..Cara dia masuk tak tau..kami agak dia pakai master key sebab langsung tkde kesan!
Nurul: tu la nurul alhamdulillah sgt sumernye ok..takutkan..saya pon takuttt!
sy penah rasainya bln 10 thn lepas. rumah kena masuk org. time tu pulak kami anak beranak tido atas sebelum tu tido bawah je. mcm tau2 je perompak tu. abis dia kebas beg tangan (mcm2 ada dlm tu), duit kat wallet hubby. mmg xsangka betul sbb sy tido jam 4.30 pg. nak turun bawah amik brg2 tertido. bangun kol 6.30 pg, pintu dapur ternganga... mmg trauma sungguh.
thanks sharing ayu..kita senasib la kan..tp awk dah lama mungkin dah boleh lupa tp sy still terbayang2..
Post a Comment