Thursday, 10 December 2015

Basic Shawl #thuraiyashawl

Assalamualaikum..

Sesungguhnya aku dah lama sangat tak update blog ni..kalau blog ni macam gua labah-labah pon tak sanggup nak buat sarang sebab sawang yang melampau. Apo nak buek..angin menulis entry baru asek terbantut je..huhu..

Hurm sebenarnya aku nak bagitau yang sekarang aku dengan kawan-kawan opis sedang berjinak-jinak nak jual shawl. Walaupun penjual shawl/tudung ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan.. tapi siapa tahu rezeki Allah nak bagi.. dari sikit-sikit inshaallah jadi bukit..Sekarang kami tengah keluarkan basic shawl iaitu shawl panjang dan lebar. Tapi size yang kami buat ni memang special dari yang lain. Kain pon inshaallah lembut dan senang sangat nak bentuk. Kami tau tak boleh nak lawan dengan nama-nama vendor yang gah kat luar sana tapi kualiti kami inshaallah..kain yang sangat lembut..dan harga yang kami jual jauuhhh lebih murah.


Basic shawl kami namakan #thuraiyashawl telah terjual 26 helai dalam masa 4 hari..Terima kasih pada yang membeli..Kawan-kawan antara banyak yang memberi support! TQ korang.. Alhamdulillah walau sikit takpe..lagipon kuantiti tu sudah terlalu banyak untuk penjual ikan bilis macam kami ni..hihi.. ini semua memberi semangat untuk kami untuk keluarkan #thuraiyashawl dalam kuantiti yang lebih banyak. Hari ni pon alhamdulillah batch 2 #thuraiyashawl telah mula dijual di ig kami @bymindhijab @bymindhijan @bymindhijab. Korang jangan segan-segan nak follow okeh. Hari esok kami akan lancarkan produk baru iaitu double loop instant shawl..haaa nak tau macam mana kena follow @bymindhijab okeh.. Harga yang kami jual semua murah-murah..Tapi kualiti kain tip top! Inshaalah..


So pada sesiapa yang tengah mencari shawl yang panjang dan lebar..opkos material kain yang sangat lembut boleh lah whatssapp kami sekarang sementara warna-warna #thuraiyashawl untuk batch tu banyak lagi yang masih available..


Warna-warna untuk #thuraiyashawl

1. Cotton Pink
2. Violet Pink
3. Romantic Pink
4. Andaman Blue
5. Royal Blue
6. Passionate Purple
7. CottonWood
8. Mustard
9. Dark Grey
10. Olive
11.Classic Peach
12. WarmLatte
13. Dark Brown


Material kain kami guna high quality chiffon georgette.
Size : 2m x 0.75m


Warna-warna yang ada untuk #thuraiyashawl.. ada 13 warna semua nya..harga untuk #thuraiyashawl ni rm28 jer.. tapi kalau borong 4 helai kami akan bagi harga kasih sayang curah-curah RM100 jer!!! Untung sikit takpe janji customer puas hati.. =P







 Royal Blue







 Dark Grey







 Olive







Passionate Purple






 Romantic Pink







 Warm Latte








Andaman Blue








Mustard



So korang yang mana-mana nak cuba #thuraiyashawl boleh lah whatsapp ke 014 8209811 / 0172526834 yer.. Kami gerenti korang takkan menyesal bila dah cuba #thuraiyashawl ni..Tq in advance darls =)






Tuesday, 20 October 2015

Ala- Ala 'Shell Out' dari Rumah

Assalamualaikum & Hai

Baru-baru ni aku saje menerai makanan yang dah jadi viral kat FB..hihi. Hati teringin nak makan.. Tempatnya jauh sangat nak pergi..ongkosnya pulak dah comfirm mencekik..Kang tercekik nak bayar baik kita buat secara jimat =P. Pasal halal haram kedai dia tu korang tanya lah sendiri..tak berani aku nak komen..Pandai-pandailah cari kesahihannya..


Kebetulan abg aku cakap nak datang..So aku dengan gembiranya nak masak gaya femes tu..haha..Bukan apa dah memang teringin sangat dan nak cuba gaya baru makan tanpa pinggan..huhu..Sebab kalau nak makan aku laki bini je memang tak jalan..Laki aku bukan jenis pemakan sangat..Silap silap aku lah jadi tukang clear dok sorang kekoh kaki ketam..Kalau ada anak buah aku yang debab tu lagi syok..memang dia lah tukang clear..dia suka bukan kepalang kalau bab tukang clear makanan. Tengok body la beb! Sado ke tidaakk! =)

Resepi aku google je..Kalau nak ikutkan memang lebih kurang haje kita masak sebelum ni.. Aku takde la ikut sebijik sebuntat resepi tu..Bila tengok gambar original shell out pon lain. So rupa sipi sipi tu ada lah.. Nak rasa betoi pegi jengah damansara lah wei..Poket tu jangan lupa =O. Bila buat sendiri terasa lah penjimatan kat situ. Bahan-bahan aku beli tak sampai RM100 pon.. Believe it Or Not! Cayalah!

Dia punye bahan-bahan pon aku beli mana yang ada kat kedai area rumah aku je.. Nak cari scallop, yabbish , bamboo clam , octopus comel ke haram aku jumpa sini..Aku beli apa yang ada haje..Seafood kat kedai area rumah aku ni boleh tahan freshnye..cuma clam (lala) je kurang fresh.. yang frozen punye..So masak dia memang lain sikit dari menu lain..Aku letak serai banyak..halia dan daun limau purut nak buang rasa tak fresh dia tu..Alhamdulillah sedap je tekak kitorang makan..Cait puji diri sendiri..HAHA.. 


Jomlah tengok presentation makan atas meja aku =P. Oh ye parchment paper tu aku beli kat bakery yang aku selalu pergi tu je,, Dia tak de yang besar gedabak macam kat shell out tu..Dia ada size macam ni je..Boleh lah 5 jelai cover meja aku tu.. Lima helai tu rm5.30..huhu. Macam membazir kat situ.. last lah aku buat keje membazir kat situ. Yang best tak payah basuh pinggan! Lepas makan ponyok ponyok sumbat dalam tong sampah. Kan nampak heaven di situ =P



Ok jom layan gambar . Lets Shell Out Dari Rumah Ku Syurgaku!
-
-
-
-

-
-





























Friday, 4 September 2015

Assalamualaikum

Apa dah jadi dengan blog aku ni. Nak karang ayat pon dah tak reti. Sebenarnya aku frust sebab banyak gambar hilang tetiba. Caitttt. Penat tau upload tup2 jin aprid mana entah main sedut2 gambar-gambar aku. lol.

Ok sudahlah. Benda yang dah lepas tu lepas lah. Malas nak berdendam.. Nak dendam dengan sape pon taktau..huhu.. Teruskan kehidupan macam biasalah. Hurm nak mula dari mana yer. Last entry aku ada citer pasal masih tunggu nak dapatkan kunci rumah. Now alhamdulillah..syukur pada Allah s.w.t kami dah selamat menduduki rumah baru secara officialnya pada 01 Jun 2015. Nak bercakap pasal persediaan nak masuk rumah..Hurm boleh dikatakan alhamdulillah semuanya berjalan seperti apa yang kitorang plan. Cuma ada 1 benda je spoil pemasangan grill. Malas nak cerita benda dah lepas tapi ada certain tempat dia masih belum pasang. Adoilah nasib baik tak habis bayar lagi. Tapi takpelah cari orang lain jelah. 

Yang lain-lain okay je..apa yang termampu kitorang buat jela..Yang tak mampu diam-diam sudah..haha.. Alhamdulillah rezeki tuhan bagi. Yang mintak Tuhan tak bagi ada lah sebabnya kan.. Doa banyak-banyak dan tawakal.. Insha Allah  =)

Aku rasa sampai sinilah dulu lah nak melalut kat sini. Nanti aku tepek gambar masa mula masuk umah dulu. Nak tepek-tepek gambar kena ada mood. Tak boleh main lejan je menepek..hihi..

Bai




Tuesday, 10 March 2015

Still Waiting....

Assalamualaikum & Haii

Hurm tengah nak menunggu waktu balik sebenarnya..nak isi masa lapang boleh corat coret dulu. Baru lepas call Bhg.Pinjaman Perumahan ..Adeyhhh sikit punye susah nak dapat..seploh juta kali aku call baru angkat..tapi tipu la sangat sampai berjuta kan..hihi.. Nasib baik bila dapat cakap dengan staf dia layanan tiptop. Budi bahasa baik..Haaa cenggini orang gomen budi bahasa budaya kita. haha.. Sokay boleh hilang dah marah tadi.. Hurm nampaknya bulan ni kitorang tak dapat kunci lagi lah nampaknya..Final Claim in progress! Huh takpe2 sabar jela. Tapiiiii yang tak bestnya perabut yang kitorang booking dah tak menyempat2 nak hantar barang. Dulu masa nak bayar booking cakap boleh hold sampai setahun..ceh! Janji tinggal janji ni tak sampai 6 bulan ko dah kelam kabut nak hantar. Aku nak sumbat mana pon taktau la semua barang-barang tu. Hangin sangat aku rasa. Till now masih setia menunggu dan menunggu. 


Nak pulak umah kuarters tu pulak makin tak menyempat-nyempat nak halau kami keluar. haha macam tau je..mula-mula pintu nak roboh. Dulu dah nak runtuh cepat-cepat aku buat aduan. La ni aku malas dah repot biar penghuni baru dia buat..hihi.. Lepas tu paip belakang umah tercabut.. Eiii dulu pon dah tercabut bila repair dia buat perangai lagi, Ha lantak kau lah..Sekarang ni maha dashat serangan anai-anai. Kabinet dapur memang mostly dah kena ngap. Hari tu stand mesin basuh aku pon dia ngap. Nasib baik tak tergolek mesin basuh aku.. Jahat btoi binatang tu. Kotak-kotak aku simpan bawah sinki semua dia ngap. Haishh keje nye ngap je besarnye tak jugak-jugak.. Tang tu jela aku tengok. Kalau diandaikan stand mesin basuh aku tu dia boleh ngap body anai-anai tu dah boleh jadi beso kucing. haha. Kalau aku jumpa betoi2 mau fengsannn! Sekarang ni penyidai tuala dia dah start ngap! huwarggg stressss aku camni.. Jangan esok2 tuan dia 3 ekor ni dia ngap sekali =P


haishhh mohon doakan kami dapat kunci umah. Serabut dengan barang-barang yang tak tahu nak letak mana dah. sesiapa yang berniat nak datang umah mohon tangguhkan dulu hajat anda sebab takut bila masuk tak jumpa jalan pulang! haha..Ok bai. 


Wednesday, 25 February 2015

Matahari Muncul Seindah Perasaan

Assalamualaikum & Hai

Kemain tajuk aku berbunga habis sampai aku pon naik menyampah baca. haha. Kalau suka baca tak suka jangan paksa diri okeh. =P. Hari ni hari yang paling bahagia untuk aku takde yang happy selain sehappy ni..hihi.. Punya lah aku nak kabarkan happy nye aku.. Berita yang aku tunggu-tunggu selama ni akhirnya terjawab..


Hubby : U know What?
Me       : What?? (debar-debar, mana tau kena potong gaji ke.haha)
Hubby : Today is my last dayyyyyy!
Me      : Ya Allah! Alhamdulillah.. I rasa macam nak nanges T__T



So kitorang pon borak2la perkara-perkara yang menggembirakan. Tak perlula aku nak screenshot bagai..hihi.. 


Agak-agak tajuk aku tu kena tak dengan perasaan aku sekarang? muehehe.. Biarlah Allah saja yang lebih mengetahui..Bersabarlah setiap dugaan yang diberi walaupun kadang-kadang aku kalah..Aku akan ingat kata-kata seorang ustaz ni..



'Jika Kamu Tahu Apa Yang Allah Beri Disebalik Masalah Yang Dihadapi Nescaya Kamu Akan Berharap Supaya Hidup Ini Bermasalah Sahaja Kerana Yang Disimpan Oleh Allah Adalah Lebih Baik Dari Apa Yang Diberi'. - Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.



Alhamdulillah janji Allah itu pasti. Cukup tu je yang boleh aku katakan. Alhamdulillah dengan nikmat mu ya Allah. 


psst : Haishh maaf bos kata-kata saya semalam...Saya harap bos banyak ong tahun kambing ni ! =).

OK Bai

Tuesday, 24 February 2015

Erti Hidup

Assalamualaikum & Hai


Saje nak menconteng-conteng. Nak keluarkan apa yang ada dalam otak. Bukan otak ye tapi more to pikiran macam serabut serabai lately ni. Sekarang life macam kelam kelibut sikit tanpa suami disisi. Sebenarnya semua ni sedang mengajar aku tentang kehidupan. Selama ni terlalu bergantung pada suami so sekarang kena independant lah sikit. Perngorbanan & kesabaran tu yang penting. Semoga setiap doaku dimakbulkan Allah swt. Aminnn. Tapi sekarang pengalaman sekarang memang banyak mengajar aku. Selama ni aku memang penakut gile. Takut serba serbi. Orang selalu tanya. "takut orang ke hantu" pantas aku jawab "dua-dua". Allah apa nak jadi lah dengan aku. Satu kena ingat "nanti dalam kubur sorang-sorang jugak". Satu lagi ayat pedih member " badan je besar tapi penakut". Senyum jela..dah memang yer..hakhakhak


So sekarang malam-malam aku boleh dikatakan "cool" berbanding 3 minggu lepas sebab asik berselubung dalam comforter sampai berpeluh-peluh. Kadang-kadang rasa nak marah kat aircond nape macam tak berfungsi padahal ko dah berselubung sampai tak cukup oksigen dalam tu apehal? Penakut ya ampun. Haishh. Alhamdulillah sekarang perkembangan yang baik. Sekarang kalau jaga tengah malam memang cepat2 baca ayat Kursi =P. Aku yakin Malaikat ada untuk jaga kami. sobsobsob..


Satu lagi buta jalan. T_T. Aku memang terkenal dengan buta jalan. Kawan-kawan aku memang dah sinonim dengan perangai tak semenggah ni. Dari zaman belajar aku mesti ada co-pilot yang terror bab2 jalan. Supaya senang. Tapi aku pantang co-pilot aku otak yang tak centre. Tangan tunjuk ke kiri mulutnya sebut ke kanan! Dang! Memang nak kena maki sebab driver buta jalan..mihmih...Al kisahnya pagi tadi aku kena pergi kursus kat HQ.. Hq je pon hihi. Tapi tu masalah besar bagi aku yang buta jalan. Memang dah terbiasa lepas hantar anak terus ke opis. Bila kena pikir jalan lain mula lah kelam kelibut. Terus pikir kalau laki ada kan senang. Sedih pulak T__T. Takpe didi..kuat! 


Satu lagi aku macam dah rajin ..haha itu pon nak citer. Sebab sebelum ni kalau papa dia ada tugas rumah kena lah bahagi dua..haipp jangan nak buat muka annoying sangat..Dulu dia tolong jemur kain aku settle barang anak. Buang sampah pagi-pagi pon aku dah take over. Boleh je buat bila sorang-sorang. Bila ada helper rasa selalu tak cukup masa..muehehe.. Sokay abang lepas ni i dah boleh buat semua. haha mimpi lah!


Hoi boringnyelah citer mengarut aku ni. Sebenarnya aku tengah tunggu bila dia nak bagitau aku " Syg..ada good news! Abg dah boleh balik kuantan! " sobsobsob! Bos abg memang kejam sebab pisahkan kita..!! Biar cny ni bos abg tu tkde ong! huahuahua. Biar dia jadi ong ong ong kedek kedek! 


Maaflah dengan entry aku merepek meraban. Hati tengah gundah gulana. Ayat yang keluar macam orang sembelit je..So kesimpulannya hidup aku macam ada erti sekarang. Dulu macam kurang bererti. haha. 


Entry baru akan menyusul setelah suamiku bebas dari jajahan ongongongkedek2! =)
BAI..

Tuesday, 17 February 2015

Hai & Assalamualaikum 2015

Entry pertama 2015!

Alhamdulillah dah ada semangat nak adakan entry baru.. Dah 2 bulan menyepi diri..ceh.. Bukan apa kalau takde semangat nak menulis memang mood ke laut dalam. Nak pulak opening 2015 ni memang cabaran baru buat aku. Mula-mula memang down gile ..tetiap hari life hambar je..Dah takde gelak-gelak..Setiap hari membilang hari supaya cepat-cepat lah dugaan ni berakhir =(


Now Alhamdulillah aku dah semakin membiasakan diri hidup sorang..tido sorang..pergi keja drive sendiri..Eh aku bercerita macam takde laki jekan..Sebenarnya sekarang dia dipinjamkan ke HQ untuk tempoh tak tau sampai bila. Mula-mula cakap kejap je..lepas tu drag minggu2..now nak masuk 2 bulan. uwaaaa!! Dulu rasa macam nak nangis kena tinggal tapi pikirkan anak aku kena kuat. Alah bukan lama pon tiap2 minggu papa dia balik..hihi aku je manja terlebih.. hikhik.. Nak pulak budak bertuah tu dah start hantar tadika. So tetiap pagi dugaan yang kena aku tempuh kejut dia bangun & mandi..Sekarang pon masih menangis tiap2 kali bangun pagi,,Haishh.. Tapi pikir2 balik aku yang beso gajah ni pon kalau laki kejut rasa nak menangis sebab dah kena bangun malas pergi kerja punya pasal..muehehe..Sama je anak dengan mak kan. Sehati sejiwa sangat. =P


Kalau macam tahun-tahun lepas mesti aku list down kan azam-azam aku untuk masuk tahun baru. Disebabkan opening 2015 aku ni macam tak best semua benda aku rasa malas nak buat. Yang aku tau hari-hari bilang hari bila laki nak balik..haha..So hopefully papa dia akan dapat balik cepat2 supaya aku tak payah drive pergi keja lagi..hihi..Baru-baru ni jugak celebrate birthday papa dia. Tua dah 30! iolss belum lagi tau =P. Budak bertuah tu memang tak boleh simpan resia. Nyesal aku bgtau ada hadiah papa. Masa papa dia balik jumaat malam baru ni,papa dia belum tutup pintu keta lagi dia dah jerit papa hadiahhhhhh!!! Grrrr! Spoil btoilll..Kohnon2 nak buat suprise. Lepas tu aku pulak gatal mulut cakap kat dia nanti kita beli papa kek.. Dan2 tu jugak dia bgtau " Papa, mama nak beli kek!" Grrrr. Apa pon tak boleh..Haishhh!






Konon ucap selamat kat papa dengan suap papa fries =).. Nyanyi lagu befday pon masih pelat..haha.Tapi papa dia tetap terharu. Cuma tak nanges sebak je =P.



Ni ucapan dari mama pulak :

Happy birthday abg.. Semoga sentiasa dilindungi Allah s.w,t, dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang baik ( i know u much better than me hukhuk) , umur yang panjang dan sentiasa sayang kitorang selamanya..inshaallah.. sila maklum u are the best papa & husband in the world! We really love u papa! 

pesanan penaja : pssst ..hadiah dah dapat..nanti bulan 6 jangan buat lupa sila menabung dari sekarang..huahua! 





Sempat mama berposing sebelum pergi celebrate =)



Ok Bai.. saje nak enterprame utk 2015! =)