Thursday 22 May 2014

Budak Bijak

Assalamualaikum & Hai

Aku memang tengah free sekarang. Cuba memerah otak untuk masukkan entry baru. Apa terlintas aku tulis.. eh taip. Biasalah time rehat hari jumaat orang memang ramai balik rumah. Rehat panjang kan. Tapi aku malas. Malas membazirkan tenaga, masa dan minyak kereta. HAHA. 

Jom layan cerita kagum aku malam tadi dekat gelanggang futsal. Seorang budak 4 tahun (acelli aku tak berapa nak percaya dia 4 tahun tapi ye kot ) huhu. Aku kagum sangat dengan dia kalau umur dia masih 4 tahun. Cakap macam orang besar & nampak matured sangat. Bagi aku la. 

Antara perbualan aku dan dia.

Sedang dia ralit bermain kejar-kejar bola dengan Ameer aku tanya lah dia.

Aku : Abg umur berapa ?
Budak tu : 4 tahun.
Aku : Dtg dengan siapa"
Budak tu : Tu Ayah. Tunjuk padang sebelah. 

Aku iyekan aje..tak tahu mana satu ayah dia.

Selang berapa saat dia tanya aku balik.

B : Dia (Ameer)  berapa tahun ?
A : 3 ( jawab aku sambil senyum . Eceh, tanya lagak macam orang tua "dlm hati" )

Lepas tu Ameer jerit. Memang tabiat dia menjerit2 kalau datang angin meroyan dia.

B : Dia selalu ke jerit2 macam tu kat rumah?
A : Aah . Aku senyum. HAHA..

Lepas tu budak tu tanya lagi.

B : Ayah dia keje apa?
A : Errrr lama aku pikir nak jawab apa untuk budak sedang itu paham maksud aku.   "Buat bangunan. Jawab aku"
B : Ada bulldozer?
A : Ada
B : Ada crane?
A : Ada.
B : Ayah dia bawak lori?
A : Tak. hihi.

Rupanya budak ni lagi bijak dari sangkaan aku. Anak siapa lah ni.

Lepas tu aku tanya tentang adik beradik dia. Ada yang dia jawab macam betul ada jugak yang dia teragak-agak. So betullah dia 4 tahun cakap pon tak tau sangat untuk sesetengah perkara.

Lepas tu dia tanya aku lagi.

B : Anak berapa org kak?
A : Kalau aku tengah minum air dah lama tersembur. HAHA. 'Sorang tu je'. aku jawab.

Adeyhh budak ni..boleh dia panggil aku kak. Dah lama anak sebaya tu tak panggil aku kak sejak ada anak. Sebab bila ada anak otomatik jadi mokcik.. Haha akak nak masuk 3 series dah dik non tahun depan. Tak payah berkak sangat lah..hihi

Ada lagi soklan dia.

B : Dia nangis tak bila ayah dia pergi keje
A : Tak, dia dah biasa.
B : Dia pernah tak ikut ayah dia pergi keja
A : Tak. Bahaya tak boleh ikut.
B : Saya ikut ayah pergi kerja kalau umi masuk spital
A : Dalam hati " Apa lah sakit umi dia..sian pulak "

Hihi itulah antara dialog yang aku ingat. Anak siapa lah budak ni. Dia sempat cerita kat aku ayah dia dah tak keje. Malas nak tanya lebih-lebih. Budak pandai. Main dengan Ameer pon baik-baik jer...

Tiba-tiba aku dengar suara lelaki

Lelaki : Shafikkkk... Papa sini
Budak tu : Papaaaaa berlari2 dapatkan ayah dia.

Aku kagum lagi. Dia sebut 'ayah' bila cerita dengan aku. Tanya pasal ayah ameer. cerita pasal ayah dia. Rupa-rupanya dia panggil 'papa' jugak. Aishhh bertambah kagum dengan kecerdikan budak misteri tu. Pandai berbahasa dengan orang.

Sebelum balik dia cuit belakang aku. Dia lambai kat aku "bye". Ikhlas aku lambai kat dia "bye".
Terharu sangat tau dengan tingkah laku dia. Semoga anak bijak ni aku jumpa lagi. Tak puas nak tau apa lagi bakat dia ada.

Semoga menjadi anak yang dapat membanggakan keluarga bila besar nanti wahai anak bijak.

Thursday 15 May 2014

Bila Tiba Hari Ibu

Assalamualaikum & Hai..



Baru-baru ni semua orang update status "Happy Mothers Day". Aku memang dah lama lupa tarikh keramat tu.. Sedar je dah sampai masa tu. Setiap tahun aku pendam perasaan tu sejak mama dah pergi mengadap ilahi tahun 2008. Masa tu boleh dikatakan aku dah besar 22 tahun. Baru habis belajar di kuantan dan tengah study safety di Melaka..Masa di melaka lah kali pertama dan terakhir aku sambut mother's day. Aku beli baju untuk mama dengan duit elaun masa study tu. Bila dah beli terasa puas sebab dapat beli. Bila beli je mama tak suka kaler tu..Aku beli yang jenis colourful..Yerla kali pertama beli mana aku tau taste dia.. Dia mintak tukar kaler gelap. So aku tukar kaler gelap..Lepas tu dia selalu pakai baju tu.. Bangga dia pakai baju aku bagi. Dengan duit aku sendiri walaupun duit elaun study. 



Bila dah kerja dah dapat gaji aku tak sempat nak belanjakan duit gaji kat dia. Dalam hati terasa ralat sangat tapi aku syukur Tuhan bukak hati aku nak beli baju tu masa aku study 6 tahun lepas. Kalau tak sampai bila-bila aku rasa ralat sebab tak pernah sambut hari ibu. Kenangan tu boleh aku cerita dengan laki aku. Aku pernah sambut.. pernah dulu.. pertama dan terakhir...........



Lepas 6 tahun lepas aku terus lupakan tarikh tu. Bila berlaku hari tu aku keraskan hati. Buat-buat tak tahu.. walaupon dalam tv dan radio tak putus lagu berkisarkan lagi ibu. Lebih-lebih lagi lagu mamat exist. Sumpah! Hati aku sebak. Tapi apa aku boleh buat. Aku diamkan aje. Diam lebih baik daripada menangis. Kalau dalam tv macam-macam siar cerita hari ibu..semua sedih2..Aku malas nak amek port sangat. Tengok jerla..



Tapi baru ni bila balik Kelantan rumah mentua. Perasaan tu datang semula.. Perasaan tu datang sendiri. Dia macam menusuk dalam hati aku. Gara-gara seluar febret aku koyak kat kaki. Getah cerut dia dah cabut. Dah berbulan-bulan aku letak pin sebab nak cerut kan bhgian kaki dia. Tapi bila Mak mentua aku nampak dan jahit..Aku rasa happy dan sebak sangat..Kecik bagi korang sangat ber erti bagi aku. Kalau dulu seluar koyak ke apa ke mesti campak kat mesin jahit..Mama akan jahit. Dari abg sampai ke adik. Sama.



Lepas solat jemaah malam tu..Masa berdoa aku dah teresak-esak menangis belakang suami aku. Dia peluk aku. Aku takle tahan. Bukan niat aku nak buat dia sedih. Sesungguhnya aku sangat rindu. Aku nak sambut macam orang lain. Aku nak mak aku gembira macam mak orang lain. Aku nak beli kek..hadiah..Aku nak buat tapi aku tak sempat. Dah terlewat bagi aku untuk buat semua tu. 



Sekarang mak mentua aku dah kembalikan perasaan tu. Perasaan ada mak. Dan disayang oleh mak.Suami aku beruntung ada mak yang sangat penyayang. Tak pernah berhenti risaukan semua anak-anak dia. Kadang-kadang aku cemburu dia masih ada mak yang tanya dah sihat ke belum. Pasal kes mata baru ni..Mak dia ada cakap kalau mata dia elok dia nak derma untuk anak dia. Sebak aku. Pengorbanan mak memang tak dapat ditandingi. Dulu bila takde mak..Perasaan rendah diri tu memang ada. Kalau pergi kenduri mesti rasa tersisih. Tapi sekarang aku rasa bersyukur Tuhan dah kurniakan aku mak mentua yang baik hati macam mama. Tuhan dah ambil mama tapi dia memberikan aku mak mentua yang sangat penyayang. Terima kasih ma. Selamat Hari Ibu. 




Buat mama.. Takkan henti rindu kami, takkan henti kenangan kami..takkan henti sayang kami. Takkan terbalas jasa mama terhadap kami empat beradik. Semoga mama aman di sana dan doa daripada kami inshaallah takkan putus selamanya. Akan kami kenalkan siapa Mama buat cucu-cucu mama yang belum sempat kalian bertemu. Ameer kenal mana kubur makwan dia.Dia tahu Makwan dia terbaik untuk mama dia. Missed U Mama! AL- FATIHAH........................................


Tuesday 13 May 2014

Jejalan Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.


Assalamualaikum & Hai..



Baru ada mood memblog..Dah lama tertangguh entry ni..Actually aku baru balik dari hantar si kecik klinik. Bangun pagi tadi penuh taik mata.. Alamak dah kena sakit mata pulak. Nak taknak kena hantar rumah BS jugak.. Ada kerja pending kat office.. Harap-harap budak lain tak berjangkit. Mintak maaf yer mummy's sekalian.. Saya harap anak-anak kalian tak berjangkit dengan anak saya.. trully sorry =(



Actually cerita jalan-jalan kat bukit tinggi dah lama.. sempena labour day hari tu kitorang datang sini. Kebetulan hubby punye officemate nak kena pindah..So ala-ala family day lah ni tapi without BOSS. hekhekhek.. Plan sendiri-sendiri..Bayar pon sendiri..Semua benda sendiri tong-tong..Ahakss.. Hotel pon share reramai.. Satu apartment RM500..kitorang booking 2 buah so RM1k lah. Tapi bila guna Gov. Card ni ada sedikit lah diskaun.. Boleh lah dari takde kan.. Apartment tu ada 2 buah katil jer.. Tingkat atas dengan tingkat bawah. Tapi memang luas sekali dengan ruang tamu..Kitorang pergi ramai orang. So kena berpecah.. Yang laki-laki rumah lain..Yang pompuan pon rumah lain..Takde istilah honeymoon kat situ. hihi.. Tapi takpe boleh kenal-kenal dengan kawan baru.. Dorang semua ada baby.. Kira anak kami lah abg long..Tapi perangai mengalahkan baby..



Kitorang sampai dah malam..Gerak dah pukul 5.30. Dorang semua kena tunggu aku balik keje..Boss dorang dah bagi pelepasan balik awal..Private boleh lah..Semua atas bos..huhu..tapi aku tetap office our lah..Kesian pulak bila sampai rumah semua tengah tunggu..hukhukhuk..Nak berkonvoi katanya. huhu..Sampai Colmar Tropicale dalam pukul 9 lebih. Masa tu tak sejuk pon..Makanan dorang dah bawak bekal..Macam-macam ada..Aku tak bawak apa pun just bawak kek sebab nak celebrate Ameer sekali.. hihi.. Lepas mandi-mandi semua kitorang duduk berkumpul makan ramai-ramai kat apartment org lelaki..Biar tempat dorang bersepah..kikiki..Masa tu semua perut tengah lapar..Apa lagi melantak lah selagi boleh..masa ni kalau malu lapar..So buat-buat tak malu jerla.. Masa ni jugaklah time aku hias pavlova..Nasib baik ok meringue dia tak pecah. Whip cream & buah aku isi dalam cool box.. Pavlova kakak ni memang best sgt..Ni ha no tel dia aku bagi terus 019-6166197 SIS APPLE DELIGHT.. Tart Nenas dia pon sedap. Eh. hihi..



Tempat Beradu kami





Ameer & Aunty Sha.. Sambut sama2 yeay! =)





Tengok si kenit tu belum sempat potong lagi dah ngap stobery!



View dari tingkap bilik..Tak sempat mandi pon..Rushing ke tempat lain..Pufff!




Bangun pagi gosok gigi ...hiiii semangat nak pergi jalan dak kecik tu..Masa ni baru nak pergi breakfast





Bila Papa keluar je dari bilik..Eh Papa!! MACAM SAMA JE!!






Alalalala beriye menyendeng ke papa dia sebab sama..hukhuk mama jugak dipinggiran.. Saje mama kembarkan korang baru nampak sikit orang tu dah ada anak! hakhakhak






Aouch gelojoh adik ni..Kalau sausage tu terlekat kat tekak dia baru tau..






Hemo hemo mama pon nak interprameee jugak  =P



Lepas breakfast baru lah kami melawat sekitar kawasan tu.. Actually ni kali ke 2 kitorang datang sini tapi hari tu tak tido..Tempat ni sebenarnya memang tempat untuk bergambar je lah.. Sebab banyak bangunan cantik-cantik..So view dia memang sangat cantik.. Kalau rasa nak frame kan gambar tampal dinding rumah bolehlah fefeling europe kat sini..hekhekhek




Like Father Like Son





Mama dah kenapa mulut ternganga





My Chubby Cheek!






My 2 man =)






Ewah ewah silang kaki dik!






Nice View! Memang kagum dengan keindahan tempat ni..Sejuk mata memandang





Masih berkabus..Si kecik tu dah jauh ke depan







Mama sesorang je feeling model kolam ikan kat situ..haha





Mama cuba beraksi candid lagi..Puas okeh!





 Si Putih



























My Family Kecik =)






With kereta idaman papa..wawawa berangan je boleh okeh.










Bila dah penat jalan-jalan kawasan Colmar Tropicale tu..kitorang masuk bilik kemas-kemas terus..Sebab nak terus check out je..Takde lah rushing nak turun bila dah sampai taman jepun atas tu.. Yang pompuan jerla kemas..anak pas battern kat si ayah..







Tengok dia paling abg long..tapi botol susu dalam mulut..hihi..




Officemate hubby..Gambar reramai..

















Sebelum daki tangga nak sampai ke atas..







Add caption




Tangga pertama pon dah mengah..hoii

















Dah sampai mengah2 harus abadikan kenangan kat atas ni hihi







Si Kecik penat naik tangga..hihi tau pon erti penat ye dik






Aksi nak tangkap belon





 



 Lepas turun dari sini plan nak naik genting..tapi takde rezeki genting penuh..Walaupun outdoor dia still under construction indoor pon ramai jugak..So teruskan plan ketiga santap di Hokaido Seafood di KL..Entah aku pon tak sure lokasi betul dia.. Kawan hubby cakap makan sini sedap..Hurm hurm hurm..Nak cakap jujur ke tak ek..Actually aku tak suka jenis masakan dia,,kecinaan sangat..hewhewhew.. Tekak aku ni more kepada masakan thai yang pedas & masam gitew..heee..ampun yer tuan kedai..komen membina ni..jangan sentap sangat..haha.. peace! Saya sudahi entry saya dengan gambar makanan restoran beliau. OK Bai!



Yang paling tak tahan siput sedut masak kicap..haha..Seumur hidup aku pernah makan masak lemak cili api je..kembang tekak den.. =P

Monday 5 May 2014

Happy Birthday My Cheeky Boy!

Assalamualaikum & Hai.









Baru ni 29/4 genaplah dia 3 tahun! Alhamdulillah.. yeay dah besar..tapi masih dipanggil adik..nasib tak panggil baby je..hekhek.. Walaupun kitorang panggil dia adik..dia bahasakan diri dia Ameer. Kadang-kadang jer tersasul bahasakan diri adik..hihi..Its ok dik.. Adik tetap buchuk basham mama & papa.. Bila dia buat perangai 'baik' dia.. Sabar tu sangat2 penting.. Tapi kadang2 terlepas jugak sedas dua..haha..




Bila dah makin besar macam-macam perangai..Setiap hari tak sah tak buat perangai..Kadang-kadang rasa nak geget je geramm.. Tapi itulah namanya anak.. Dia lah penyeri hidup kitorang..Yang tu lah dibuat main..yang tu lah berebut channel tv..yang tu lah makan bersepah atas lantai..yang tu lah menangis kalau tak kena ragam dia..Haihhh anak.. Nanti dah besar sila jadi anak soleh..taat pada agama.. Jangan membelakangkan Allah s.w.t. Doa mama & papa sentiasa iring adik sampai ke besar tahu.. cup cup cup!






Selamat Hari Lahir Sayang.. Dah 3 tahun dah awak.. Tahun depan awak wajib pergi skolah..Ni bukan percubaan dah..Ni paksaan! hikhik..




Birthday dia baru ni dia ada request nak kek ultraman.. Tapi keadaan tak mengizinkan nk celebrate birthday dia.. Sebab keesokannya kitorang ada familiy day dengan officemate papa dia kat bukit tinggi.. So macam tak kena nak bawak kek ke sana..silap hari bulan sampai sana hancur.. So alternatif lain mama tempah pavlova je..hihi..DIY.. Whip Cream & Buah diasingkan dulu..Letak dalam cool box..Nasib baik ok bila sampai sana.. Meringue je hancur sikit tu pon si birthday boy yang buat..grrrr




Masa tunggu papa dalam fitting room.. Dia buat jugak bila mama suruh sebab nak dapat hadiah lori besar kekeke..good boy!





Tak ngedan2 dah nak bukak..Menjerit2 selagi tak bayar satu mall tu dengar suara dia..huhu






Impian dia nak hadiah lori besar..Tak dan sampai rumah kotak lori ni dah terbang dalam kereta lagi.. Haishh!




Ni masa dekat Colmar Tropicale..Celebrate sekali dengan aunty sha..Officemate papa..Merasa lah dia nak tiup lilin.. Kek Ultraman inshaallah tahun depan haha..





Pavlova by SisAppleDelight ni memang sangat ohsem! Best sgt! Korang patut try..Memang takkan menyesal..Tak sama lalu rasa macam aku buat..hihi.. Lilin tu pulak aku beli kat bakery..Memang dah lama aku cari lilin panjang macam ni..Akhirnya jumpa yeay!! Sepatutnya lilin tu dia keluarkan api macam bunga api tu tapi tak jadi dah lemau kot hihi



Jalan-Jalan Safari Park, Bukit Gambang

Assalamualaikum & Hai 



Sekarang macam free sikit bolehlah update blog suam kuku-kuku ni..huhu..Dah lama tak cerita..Bila share dalam blog secara tak langsung aku boleh simpan kenangan kat sini..Bila boring boleh pulak syok sendiri baca blog sendiri hikhik..



Ok..jom nak share hari jalan-jalan kitorang kat safari bukit gambang ni.. Kitorang pergi lepas zohor dalam pukul 2.30 sampai lah..Dari rumah kitorang dalam 20 minit je dah sampai..Dah lama janji dgn si kenit nak tengok lionnnn! hehe.. Bila dia sebut lion tu suara kena kasar dan kuat..lionnnn! haha umpama binatang itu =P




Happy Yooo!





Gambar ni si ketot ni snap sementara tunggu papa cari parking..boleh dah harap =)





Kitorang masuk guna voucher diskaun kawan aku bagi..Dapatlah RM16.50 untuk dewasa RM13.50 untuk kanak-kanak.. Kalau tak dulu harga dia RM48 utk dewasa & kanak2 RM28. Bapok mencekik harga dia dah lah still under construction.Memang tak berbaloi kalau masuk dengan harga tu. Tapi sekarang ada promotion RM28 Dewasa& RM18 untuk kanak-kanak. So tanpa voucher tu pon korang dah boleh masuk tanpa was2 dengan harga promotion tu..hihi..tapi valid sampai bila tak tau..hoho.. try & error  *sigh











Dah lepas bayar masuk entrance tu..baru aku teringat nak ukur si kecik tu..Bila ukur dia dekat penguin measure tu masih under 90cm! Cis rugi duit rm13.50..haha..tu la kalut sangat nak bayar..Makesure korang-korang yang nak masuk tu ingat ukur anak..jangan yakin je anak dah tinggi muehehe..Nasib baik dah dapat harga murah..Kalau tak nak jugak buat muka tak malu pergi balik cashier suruh refund duet..kakaka.. rezeki bukan milik kami.. T___T




Ketot lagi anak mama ni sama tinggi dengan betis lionnn hehe





Bila masuk tu kita kena naik tramp..Nak naik tu kena bayar RM1 / sorang. Kita akan naik tramp tu 2 kali..Tapi nak pergi ke tramp ke2 tu agak jauh berjalan. Mengah jugaklah hoi.. Takpe bakar kalori =) Tramp tu selese dan secure..So jangan risaulah body kena jamah dengan rimau..ngeh3..Of courselah dorang dah prepare kan safety yang terbaik kalau dah masuk tempat-tempat macam tu..





Tramp pertama kami dan orang depan tu je..kosong




Bila dah naik tramp ke 2 tu barulah dapat tengok binatang-binatang yang ada dekat situ.. Eye to eye dengan binatang boleh buat si kecik tu lupa diri.. Tapi bila tengok dia happy kitorang pon happy..Mostly semua gambar binatang dalam buku dia ada dalam tu..Suka banget dia..hihi.




Jom layan gambar-gambar binatang yang ada kat situ..untuk bagi korang-korang happy juge =P




Gigih papa tolak stroller..buat penat je bawak..dak kecik tu sampai sudah tak naik







Kat sini lah bermula..wehuuuu!







Hah! Takyah nak kelek stroller bagai..boleh sewa kalau terlupa =P







Sampai nganga mulut tengok apa??







Kesian tanduk dah kena kebas..hehe








Haiwan pertama kami jumpa..Hippo! Asek berendam je..Takmau timbul2.. Serupa macam kuih badak berendam








Sekawan Rusa








Sang Buaya berteduh








Antelop.. hurmm agaknye








Gnu ke seladang ke sama? hihi anak aku panggil gnu..aku panggil seladang..








LIONNNN!! Haahhh nmpk ni boleh buat anak aku meroyan..Roaaarrr!!








Cheetah!
















Abg Rimau =)







Lembu pon nk snap mama??








Waa...ni special moment... Bukan senang dapat naik unta.. Nak naik ni RM10 sekali pusing.. Dalam 5 minit kot..Boleh lahh kan.. Actually mama & papa berebut nak naik..Last2 mama menang haha







Suka sangat mama naik unta..huhu














Tempat ni ada banyak tingkat. Macam belum siap sepenuhnya.. Dalam ni ada macam2 binatang comel-comel..kitorang tak habis round pon..fenatttt!





Tengok keturunan hahaha





Flamingo






Dalam Farm House ni ada kuda padi & kuda biasa tu.. Boleh tengok kuda dekat jangan kena tendang sudahhh..kekeke..























Ewah bos kecik tu ikut dia je nak pergi arah mana..Ajak naik stroller takmau..malu katanya..cittt! Menyesal papa bawak..



Lepas jalan-jalan dorang ada sediakan animal show pada jam tertentu.. Masa kitorang pergi ni tak silap show dia mula dalam kul 4.30.. Agak teruja dan seronok bila tengok haiwan-haiwan-haiwan ni pandai ikut arahan tuan dia..Gambar kat bawah ni antara haiwan yang buat show..Good Job! Cute sangat Uollss!













Klasikal







Rumah Kampung.. Cantik siap ada ayam bunyik2 lagi..heee














Burung Unta




Ni antara haiwan yang rare korang patut tengok..Singa Putih..Biasa kita tengok singa oren je kan..Haa ni kaler putih.. Penangan Aura White kot..thehehe..


White Lion- Betina







White Lion - Jantan









Masa nak turun nampak tempat mandi-manda COCO BEACH ..Inshaallah kalau ada masa boleh pergi lagi..Sementara voucher discount tu valid lagi =)









Masa mula-mula sampai si ketot ni tak berani nak bergambo tepi patung singa nih.. Bila dah tengok yang real baru dia percaya yang ni palsu semata-mata hihi





Ewah-ewah kemain lagi bergambau atas tangan singa..




Benda yang wajib aku bawa pulang.. i am fm collecter tegar =)




So kesimpulan dia bila datang sini untuk bebudak yang baru nak kenal binatang memang patut bawak..hihi.. Boleh tengok secara dekat.. Sebenarnya tiket tu sampai malam tapi macam tak larat dah..Lagipon aku rasa seluar aku dah busuk sebab naik unta tadi huahua..Sekian  bai =P