Monday 21 April 2014

Family Day JKR Kuantan 2014

Assalamualaikum & Hai..


Sabtu baru ni office aku ada buat family day bertempat di Pantai Balok...Yeay..Sepanjang aku kerja inilah kali pertama ada family day..hukhuk..Sebelum ni kami buat sesama unit je..Kali ni melibatkan seluruh staff..Maknanya Bhgian Jalan, Bahagian Bangunan 1 & 2 dan Pentadbiran semua join..Time macam ni lah nak kenal family kawan-kawan dari unit lain dengan lebih dekat..huhu..Tapi bila pergi memang tak sempat berkenalan pon..Orang unit tu duduk kelompok dia..Orang unit ni hampar tikar kat balik pokok tu..Orang unit se lagi duduk hujung tu..Dah jadi macam perang 3 penjuru dah..hehe..Tapi bila jumpa senyum & tegur macam biasa..Ni lah gunanya family day mengeratkan silaturrahim sesama staff *___*



Kali ni aku tak masuk banyak acara pon.. acara dengan partner aku just masuk "balingan kasih". Kasih lah sahngat kaannn..Abis seluar & baju aku kena air. Balingan kasih tu maknanya kita kena sambut belon yg berair then campak kat partner memasing..Bila tak pecah / jatuh kena teruskan dengan jarak sekian-sekian..Time aku nak sambut belon tu terjatuh atas peha..Splashhhh!! Basah! Kena gelak dek orang haha..*malu sgt sebenarnya..Cis!



Game ke2 aku masuk bowling kelapa.. Group aku menang! Yeay tapi bukan hasil tangan aku..Hasil tangan aku satu pin pon tak jatuh..kekekeke..Aku dah cakap aku memang takde bakat dalam boling..ececece cover.


Malas nak cerita dah..Jom layan gambar jer..Semua gambar-gambar ni aku amek daripada cameraman bertauliah..hihi..Tq Abg Di =)





Masa sesi pendaftaran & amek kopun makan





Doa pembuka tirai






Dirasmikan oleh our big Boss Jurutera Daerah JKR Kuantan






Pertandingan mewarna






Budak bertuah sorang ni kusyuk main kaler-kaler..padahal pegang kaler pon tak reti..mwahaha.. Actually mama di taknak antar pon..tapi makcik yang pakai seluar army tu hangkut dia bawak lari duduk dalam gelanggang mewarna neh..hihi






Musical Chair- men






Haaa amek kau sampai rabak kerusi..haha






Yang gegel punya part






Rebut gula-gula..Macam biasa budak bertuah tu tak reti berebut..eiiii tercengang tengok orang..dia duduk amek satu..bangun..lepas tu duduk lagi..hihi..








Lucky Draw by JD








Bawak bola ping pong dalam sudu..go adik go..Family day tanpa acara kanak-kanak memang tak meriah..Anak-anak happy makpon happy =)



Go adik goooo!! Semangat adik kita ni lari..Teringat zaman kecik2 dulu..Aku lah antaranya yang suka sgt game lari-lari ni





Korang kenal tak sape neh? Cantek giler dia ni..MIRA FILZAH.. Anak big boss.. Dia ni blogger terkenal..pelakon & pengacara..dah ada jenama baju sendiri pon... iolss sgt adore dkat dia =).. Mula2 ingat dia tak datang.. Mata ni try gak intai-intai dia tempat boss duduk tapi nampak mak dia je..rupanya dia ada..cis! rugi tak dpt selfie sesama hakhakhak..Hai  Mira!  T__T





Hamboi kawan aku neh asek fokus ke dia je..hihi..btw dia memang cantik giler..dengan sopannya..Walaupon anak boss tapi humble gile.. =)







Aku orang pertama yang beratur nak amek cendol..huahuahua







Siap khemah bagai






























Haha kemain aksi aku lempar buah kelapa untuk acara bowling kelapa..Tapi satu pin pon tak kena! Ciss!













Antara acara yang ada.. Terompah Gergasi






Penat















Gambar family my big boss







Ni pulak gambar dari my phone..sebab tu gambar tak sama bentuk..hihi


Comel sangat tau aksi dua baby comel ni..





Kemain kau dik!!







Berebut ke belon seketol








Papa tak boleh lasak-lasak lagi sebab mata dia dalam proses pemulihan akhlak..kekeke


Ok..sekian. Bai.....

Thursday 17 April 2014

Pembedahan Katarak Mata

Hai & Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan aku nak share sikit pasal operate mata yang disebabkan katarak sepertimana yang terjadi pada my hubby baru-baru ni..Now alhamdulillah dia dah ok cuma dalam MC mood..Kalau korang nak tau apa itu katarak & punca-punca berlaku sila refer SINI


Alhamdulillah rasa macam terlepas satu beban. Kalau sebelum ni rasa macam risau je sebab dia kerap mengadu mata dia makin worse dari hari ke hari..Especially drive waktu malam memang dia problem sangat.. Tuhan permudahkan urusan kami. Rabu baru ni semuanya berjalan dengan lancar. Minor surgery je tapi bila berkait dengan mata ni risau dia tinggi. Yelah mata memang anugerah Allah s.w.t yang tak ternilai harganya. Lebih-lebih lagi masalah katarak ni. Ramai jugak yang terkejut muda-muda lagi dah kena penyakit tu.. Biasa kita dengar orang tua je..huhu.. Takpe Tuhan uji sikit je.. Redha tu lebih baik. =)



Mula-mula sebelum decide nak operate kitorang dah comfirmkan dengan pihak insuran samaada dorang cover atau tak kes ni. Alhamdulillah dia cover. Tak sia-sia bayar selama ni.hihi.. Tapi kami dimaklumkan lens dia tak cover..Memang mostly insuran tak cover lens.. Aku pon try google harga lens. Lens ni ada 2 jenis. Monofocal ( kanta jauh ) & Multifocal ( Kanta dekat & jauh ). Harga antara 2 jenis kanta ni sangat beza iaitu hampir 3k..hukhuk.. So hubby amek yang monofocal je.. Bila baca blog-blog yang berkaitan katarak ni mostly dorang cakap lens kena beli sendiri.. Even hospital kerajaan pon kena beli sendiri..Kalau salah betulkan saya yer.. =O. So harga lense yang kami kena bayar sendiri RM7++ .. Yang lain-lain semua akan di cover oleh pihak insurans.  Alhamdulillah. =) Total bill haritu 5+++.. Hukhuk..Kalau kena bayar sendiri mana mau cekau pitih..hihi..Thanks a lot to cuepacs care.. Banyak dah dia berjasa pada family aku.. Nanti aku share pasal insuran ni khas untuk kakitangan kerajaan.



Rabu baru ni kitorang buat appoinment kat KPJ. Pukul 11 pagi duduk day care.. Lepas tu nurse akan titis ubat setiap 10 minit selama beberapa kali ( tak ingat berapa kali ) untuk bagi anak mata membesar. Dalam pukul 3 masuk bilik OT.. Pukul 4.10 dah sampai katil semula. Sekejap je kan..Husband aku cakap masa laser tu tak sakit tapi masa jahit tu rasa sikit lah..Seram pulak dengar..huhu..Bius tu mesti dah..hihi..Kalau takkkk...hurmm..







Tunggu turn..habis semua mag dia baca..hihi..rilex brader rilex







kuang kuang..hodoh giler. Dia malu sangat nak pakai baju ni..Yerlah baju ni terbelah belakangkan..sexy! kahkahkah







Macam beriye pulak masa nak masuk bilik OT dijemput oleh stretcher ni ha..Seram lah pulak tengok..hihi. Abg tu cakap ni prosedur biasa nak masuk bilik OT kena jemput patient macam ni walaupon minor surgery je =P







Boleh lagi borak-borak dengan abg tolak katil ni..hikhik..dalam hati tuhan saja yang tau betapa nebesnye laki aku masa neh..Hati bini dia debor jugak..huhu




Now Alhamdulillah..Syukur sangat semuanya dah lepas..Takde risau-risau dah..Bagi yang nak tau jadual operation doctor ni..Nih..Operate boleh dibuat pada Rabu, Khamis & Jumaat je.. So kalau korang nak buat pandai-pandai lah ejas jadual sebab masa tu je Dr. Carmen akan jalankan operate di KPJ. Kalau di klinik dia anytime kot (belah petang)..Dia ada jugak buat operation di klinik dia jauh murah berbanding di hospital.Kalau kes macam husband aku tu RM3k je kat klinik dia include lens.  Aku buat di Hospital sebab nak claim insuran..huhu.. Klinik Dr Carmen ni nama dia EYE MEDIC, Kuantan. Boleh search kat google info pasal klinik ni.. Doc dia friendly sangat.. Tqsm doctor.. Bai



Monday 14 April 2014

My Story "semalam yang gembira"

Hai & Assalamualaikum



Pagi lagi aku dah ada mood..Mood yang baik haruslah berkesudahan dengan baik. Sepatutnya hari ni group kitorang kena mengukur jalan..tapi cancel last minit sebab ada krew yang sibuk..hewhew..bila nak habis kalau asek skip je..Bila tak cukup korum tak boleh  jalan..Nanti tak aci..huhu.. Masing-masing ada komitmen..Ukur jalan tu apa?  Ukur jalan tu maknanya kitorang kena ukur disepanjang jalan dan catat apa yang ada di atas jalan mahupun di bahu jalan. Kami diberi 6 jalan nak kena ukur.. Bila kena jalan yang dalam bandar terpaksalah jalan tolak alat  "Walking Measure" tu  ha..Gegeh tolak tengah-tengah panas..Safety vest opkos kena pakai..plus minus ada lah lebih kurang bangla buat jalan..sadiss! Sambil tu lukis..Jumpa traffic light, longkang , apa jenis signboard drpd JKR semua kena catat..huhu..Group kami dah siap 3 jalan.. Lagi 3 jalan ni liat betul nak sudahkan.. Setakat ni paling jauh aku berjalan tolak alat tu 3KM ha!!! Pendek bagi korang tapi sangat panjang bagi aku yang jarang jogging ni.. Mau nak tercabut lutut bila sampai opis..tapi tu citer 2 minggu lepas..Lutut aku dah kuat boleh sambung kerja..huahua menangesss!!..Actually aku daripada unit bangunan.. Tetapi bila our BIG BOSS beri arahan untuk assist unit jalan.. Apa lagi yang boleh kami cakap SYMP!! YES BOSS! T_______T





Beginilah keadaan kami tepi jalan..Ada masalah je bincang tepi jalan..huehue


Kak Wan gigih lukis longkang..kakaka..Dalam longkang tu ada kura-kura.. Dalam hati kura-kura tu " Manusia ni takde keje ke main-main tepi longkang busuk neh" =P




Next..


Semalam aku dapat 2 berita happy yang tak happy sangatlah..Tapi syukur Alhamdulillah. Yang paling happy tak payah keluar duit..huhu.. Sabtu baru ni kitorang pergi ke Pej. Developer rumah kitorang.. Yeay! Alhamdulillah progress okeh..Dorang cakap hujung tahun ni dah boleh handover kunci! Wah im happy okeh.. Yang tak happy duit tak habis kumpul lagi..huahuahua.. Tapi kitorang expect dalam tengah tahun 2015 jugak settle semua benda.. Takpon projek delay..kekeke..Harap-haraplah delay sikit takpe ai tak marah hahaha..Ada customer gini kan??? @#%$^& Kerja dgn JKR project delay/sakit tu adalah fenoemena yang sangat biasa dan termasuk projek yang aku jaga sekarang! *Malu. Sepanjang aku kerja sini baru 1 projek boleh achieve apa yang diprogramkan dalam CPM.. So wahai rumah siap lambat pon takpe..bagi tuan rumah baru ni kumpul duit banyak-banyak dulu baru siap yer =P. 



 Eh tujuan sebenar aku pergi opis developer tu sebenarnya nak query pasal dapur. Kedudukan sinki di site dan drawing berbeza..Bila sinki dah berbeza mesti inlet untuk pipe dah lari dari tempat asal..So harus kondem..hihi..sorry..Bukan nak kondem sangat sebenarnya..Tapi design untuk KC kami dah lari kalau kontraktor tak buat sepertimana dalam drawing. Inlet untuk paip dia dah lari so nanti tup2 tak pasal cost bertambah semata-mata nak hack dinding untuk lay pipe seperti dalam drawing asal.. Ngeee..Dan semalam 'orang tu" dah call bagitau FOC untuk ubah kedudukan inlet pipe tu..Ha macam tu lah..tak payah nak besar-besarkan kes..kes kecik je madam..Bukan customer yang ubah..Developer memandai nak ubah tanpa maklum kepada customer..Sesiapa yang terjadi kes macam ni pergi je terjah opis dorang.. Susah sangat nak settle adu kat tribunal.com.. Omeh-omeh emo sangat tau.. Peaceeee ^__





Cantek kan? Ni orang punya..Kitorang amek ilham je..kredit to owner..Sorry tak dapat nak mention sebab ni my hubby wassap kat aku.. Nice huh?






Ni design KC kami.. Warna kami belum decide..Tapi nak warna playsafe je..White / Grey / Black..Lepas bayar deposit baru boleh print! Cett! Pasal KC ni nanti lah bila dah siap aku share entry bagi yang nak buat rujukan & pengalaman.. Aku pon selok goggle blog-blog kawan yang share pasal KC ni..Tenkiu =)






Next..


Satu lagi berita happy..Hampir settle sudah masalah mata my hubby..Esok dia akan masuk bilik operation.. Minor operation je..Dalam sejam macam tu lah. Semoga semuanya selamat... Semalam jugak dapat tau insuran boleh cover operate untuk katarak tapi lens kena beli sendiri..Okeylah..Kalau tak cover kos operation tu telan air liur jugaklah.. Memula dia ingat dia rabun..Sebab mata kiri dia makin tak clear..Bila pergi kedai cermin mata biasalah marketing.."Ha mata kiri awak banyak rabun O0oo.. " Tapi bila pakai cermin mata yang ada kanta still kabur & pening2.. Bila nak drive especially malam memang sangat problem bagi dia.. Kesian pulak.. Sabtu baru ni lepas pergi jumpa pej. dev. tu kitorang pergi EYE MEDIC kat kuantan ni. So far ini lah klinik mata yang bagus yang pernah kitorang pergi. Sebab masa si kenit tu sakit mata yang kronik masa baby tu pon kitorang pergi sini.. 



Ok. Lepas staff dia amek bacaan guna alat tu (taktau apa nama) staff dia cakap mata kiri my hubby problem..Bukan masalah rabun. Bila masuk jumpa doc lepas scan ( taktau apa nama alat tu) doc cakap masalah katarak rupanya.. Biasanya masalah katarak mata ni ada pada orang tua je..tapi bila seseorang pernah kena hentakan berhampiran mata masalah katarak ni boleh jadi pada orang muda jugak..Ooo.. patutlah...Ha siapa-siapa ada masalah macam kat atas cepat refer kepada pakar mata. Sebab katarak ni effect dia bahaya..Yelah mata kan.. Apa-apa berkaitan dengan mata memang sangat penting.. So doc cakap masalah ni solution dia laser dan gantikan new lens! Huh $$$$. Takpe at least kami bersyukur kena bayar lens je.. Cerita pasal ni aku nk buat entry lain boleh bagi rujukan pada kalian yang bermasalah macam kami.. sebab sebelum ni pon aku banyak google blog-blog yang bercerita pasal operation mata ni.. Thanks pada kalian yang banyak bagi info. Sedikit sebanyak aku ada pengalaman macam mana nak handle situasi ni bila my hubby operate esok.. Ini lah tujuan berblog..share info yang berguna pada yang memerlukan.  =)  Tearsss T___T







Inshaallah lepas ni tak payah sarung dah atas hidung..kekekeke




Ok..rasa dah penat membebel..hihi.. Doakan esok semuanya okay..Actually isteri dia ni berdebar jugak..Tapi depan dia aku cakap "abg masuk je..nanti dia bius tak rasa apa-apa" Ngeee pandai kan aku memanupulasi kan otak laki aku..Apa gunanya rusuk kiri kalau tak bantu rusuk kanan! Huehuehue.. OK bai!







Gambar ni takde kena mengena dengan cerita di atas. Budak ni baru baik demam.. Seminggu jugaklah dia demam..Adoiii..Makan pon kurang..Tapi sekarang alhamdulillah ahad baru ni dah sembuh sepenuhnya.. Syukur =)







Biskut Femes Amos in D House!

Hai & Assalamualaikum..


Nak menulis dalam blog ni memang perlukan mood.. Kalau mood ke laut memang haremm lah aku nak update entry baru.. Bila hati senang..Mood pon tengah fefeling happy baru lah boleh merepek-merapu kat sini T___T


Ok jom back kepada tajuk tu..Al kisahnya my hero tua dah lama sebut nak makan biskut ni.. Since raya haritu memang aku tak buat dah..Nak start balik membaking biskut ni memang kena peram mood tu dalam masa 5 bulan..hihi..joking.. Tetiba mood rajin datang.. Memang kebetulan sangat choc chips masih ada baki yang raya tahun lepas.. Cuma kena pergi bakery cari butter & walnut.. Aku memang suka isi walnut dalam biskut ni sebab dia ada rasa lelemak kat situ..Pernah aku try guna badam tapi tak sesedap isi kekacang walnut..Tekak memasing rasa lain-lain ye dok.. Mana-mana pon sama je..sedap mengikut citarasa..ceh kemain..hewhewhew


Kebetulan aku puasa ..so lepas isyak terus masuk dapur .. Rindu nak bau biskut tu bila kena bakar hihi..Bau dia memang wajib bagi jiran sebelah rasa sebekas..haha.. Tapi aku tak sempat nak bagi pon.. Aku ganti dengan benda lain.. Alhamdulillah boleh dah harap ke budak kenit tu bagi jiran.. Terkedek-kedek bawak bekas.. Nasib baik selamat pergi selamat pulang.. Pulang pulak dengan muka bangga dapat tolong mama dia..hihi..good boy syg..boleh dah harap ke anak bujang cinonet aku ni..










 Hah kemain besaunye aku publish..kikiki.. moga kalian terliur..nak dekat raya dah ni..boleh dah slow-slow salin resepi mwahaha.. Sekali gigit perasan sedap sangat... =P.. Aku pon amek resepi dari orang.. Kalau ikut kandungan resepi betul-betul inshaallah tak menghampakan  =)