Wednesday 19 March 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum..


Rasanya aku lah blogger yang paling slow nak bercakap pasal kehilangan air craft MH370 ni. Hurm rasanya kerdil sangat diri ni nak bercakap tentang peristiwa misteri tersebut. Tapi lepas baca 1 blog semalam SINI aku macam terpanggil nak bercakap kat diri sendiri sepatah dua. At least boleh jadi memory dalam blog suam-suam kuku ni.. Korang boleh baca macam-macam dalam tu. Dia ada cakap "kalau benar itu hanyalah kebetulan". Humble sangat penulis ni tetapi atas tanggungjawab korang sendiri nak percaya ataupun tidak.  



Sampai hari ke-13 kita masih kabur tentang 'peristiwa misteri' ni. Aku pon takdelah ikut sangat PC setiap hari .. Kadang-kadang frust sebab terlalu banyak spekulasi yang timbul dan disebarkan tanpa henti. Memang kita semua berharap semoga MH370 & semua penumpang ditemukan dalam keadaan selamat. Tak boleh digambarkan perasaan semua ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sedangkan kita yang takde pertalian ni pon berdebar-debar tunggu result setiap hari. Semoga semua keluarga mangsa yang terlibat dapat kuatkan hati dan dapat menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal diumumkan dalam PC tu nanti.



Sama-sama kita berdoa Allah s.w.t permudahkan segala kerja-kerja mencari pesawat tu.  Kun Fa Ya Kun. Ayuh rakyat Malaysia janganlah putus harap dan doa. Sesungguhnya apa yang terjadi sudah ditentukan Allah s.w.t.dan sesungguhnya DIA lah sebaik-baik perancang.





Saya copy doa dari rakan blogger ni.


Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang, 
dengan berkat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW dan Kerajaan Ajaib-Mu, 
kami mohon, tolong zahirkan pesawat MH370 yang sudah 13 hari terlindung dari pandangan manusia di bumi ini. 
Segala yang berlaku adalah atas kehendak-Mu, 
kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah yang tidak ada kuasa apa-apa. 
Tolonglah kami ya Allah...




 









Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Saya antara berjuta orang didunia ni yang mendoakan semoga ada keajaiban yang berlaku dan setiap keluarga yang bersedih akan diakhiri dengan kegembiraan. Inshaallah. Keep praying & Hoping for MH370! Tolong lah kami Ya Allah...............................................Sudahkan kebuntuan kami dengan keajaiban dari mu..Kepadamu kami berserah segala-galanya. =(
 Allahuakbar!  Allahuakbar!  Allahuakbar!

#Pray4MH370
 



Kisah budak kecik masuk wad

Assalamualaikum..


Baru-baru ni si kecik tu admit hospital.. Actually dia dah demam hari sabtu.. Tapi on off macam tu.. Bila suap PCM kebah sekejap..Masa tu kat kg..Takdelah dia lembik je sebab boleh main-main dengan abg Aqem dia.. Bila balik kuantan malam tu demam dia tinggi.. kejut dia dalam pukul 4.30 pagi telan ubat..Start ahad jugakla dia tolak 'melk' dia..Makan nasi pon taknak..Mula-mula kami andaikan dia takde selera sebab demam.. Ok.. Isnin tu mama kena EL sebab nak jaga budak demam ni..Kesian pulak..Makan taknak..minum taknak..Dia ada cakap 'sakit gigi' sebab tu taknak minum taknak makan.. Bila mama check rupanya ada ulser kat tepi mulut.. Sebab tu setiap kali makanan masuk dia menangis..Sian anak mama.




Malam isnin tu kitorang bawak dia pergi Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak ANG. Fyi klinik ni memang bagus sangat untuk baby.. Tapi fee dia agak mahal sikit..Sebab tu kitorang akan pergi kalau penyakit-penyakit kronik je..huhu..Kalau demam batuk biasa hantar klinik biasa dah ok ..Alhamdulillah akan sembuh.




Tengah tunggu turn masuk bilik doctor..Masa ni muka dah merah-merah. badan panas sangat-sangat.



Masa pergi hari tu..doc pon cakap ada ulser kat tekak..semua merah2..demam dia pulak masa tu 39.5.. Dahi dia memang panas giler.. Muka pon dah merah2..Nak cium pon terasa panas giler bibir kita ni..Masa tu sian sangat..Sampai kena potong Q sebab badan dia panas sangat. Terima kasih pada parents yang bagi laluan kepada anak kami dulu..Lepas check, doc ada bekalkan ubat demam, spray mulut, ubat kebas dalam mulut, dan antibiotik ( Augmentin ). Tapi lepas 2 kali suap antibiotik dia gatal2 1 badan. Baru perasan dia allergic pada antibiotik tu. So kami memang kena aware sgt nama ubat tu sebab next time boleh request antibiotik group lain daripada tu. (Augmentin go away)



Sampai lah hari khamis..demam dia tak kebah..Makan taknak lansung..kalau ada pon sikit sangat.. Susu pon lepas isi ubat kebas baru boleh minum..itupon sikit. Nak isi ubat tu memang memerlukan kesabaran yang tahap max! Ubat tu kena bagi setiap 2 jam.. Setiap kali nak bagi ubat mesti meraung.. Mungkin dia fobia sangat nak bukak mulut dia. Petang khamis tu bawak dia pergi klinik lagi.. Kononnya nak mintak antibiotik lain. Sebab even dah makan ubat demam still demam balik. Tapi bila doc check je terus keluar kan surat refer ke hospital.. Huhu tekejut gile aku.. Doc cakap ada 3 sebab kenapa saya refer ke hospital . 1. Demam tinggi 40'. 2 . Dia dehydrated bibir dah pecah. 3. Dia tak boleh makan & minum. Aku akur.



Bibir kering..masa ni badan panas sgt





So bila sampai hospital dah confirm2 kena masuk air. Kitorang pergi Kuantan Medical Centre (KMC). Sampai sana doc cakap bilik semua penuh. Kitorang decided buat rawatan luar dulu..Masuk air & antibiotik. Lepas tu masuk ubat demam ikut bontot. Masa ni ada jugak amek darah takut denggi. Test untuk Influenza pon buat ambik sample hingus kat hidung. Sekali lagi meraung..hukhuk.






Masa ni mama memang tak tengok..tak sampai hati..meraung sakit nak masuk jarum..huhu





Sebelum gerak ke hospital pagi esoknya..memang masa ni lembik




Hari  jumaat pergi semula  duduk 'day care' tunggu bilik. Masa ni demam dia dah kebah lepas masuk ubat bontot semalam tu. Alhamdulillah petang tu nurse maklum bilik dah ada.. Syukur sangat-sangat. Si kecik tu pulak asek menangis2 je nak tanggal jarum kat tangan. Nak masuk air 1 botol tu pon punya lah susah nak habiskan..Kejap2 suruh tanggal..Bawak jalan-jalan then pujuk balik masuk air. Macam tu lah dia kat hospital. Bila dah dapat bilik nasib baik sangat TV ada channel kartun.. Barula dia duduk diam..Lega sangat2..Cuma bila dia nak tido malam tu merengek2 sebab rimas kot masuk air..Tak boleh bergerak sangat takut jarum kat tangan tertanggal.. Memang malam pertama tu memang tak tido sangat..Kejap2 bangun tengok dia..Takut terbelit dengan tiub air tu..huhu..Memang mengantuk gile..



Melayan Upin Ipin sementara tangan masuk air.. Sekejap je bertahan lepas tu mintak cabut






Masa ni nak jugak senyum sikit.. Papa tak marah anak main spec dia.kalau tak confirm tak bagi..hihi






Yeay dapat hadiah!!..'Suka budak-budak' haha dia cakap lepas dapat car tu.. Thanks Uolss!







With Cik Ta & Cik Nani



Masuk hari ke-2 (sabtu) duduk hospital dia still refused susu & nasi. Bubur dia mama yang makan..hihi.. Tapi petang sabtu tu dia dah mula nak makan aiskrim. Sebelum ni cuba jugak bagi tapi dia taknak. Lepas dia makan ais krim tu sedikit lega dah. At least ada lah benda yang dia nak makan danmasuk dalam perut dia. Nasi taknak lagi..tapi kuah sup dia dah boleh minum. Alhamdulillah..Air pon tak payah masuk dah sebab dia dah boleh minum air..Masa ni lega sangat..Susu dia taknak lagi..sakit gg katanya.. Haishh tak habis2 dengan sakit gg dia.. Ni mesti terbawak2 cerita upin ipin ni. =P.






Sampai macam ni makan bubur bila ubat kebas tu berkesan..Tq Ibu sebab bawakkan..Lega tengok nak makan masa malam pertama tu.










Ni la aktiviti malam pertama dia di wad..Memekak kat luar wad..Nasib baik tempat ni takde orang lalu lalang sangat








Pagi Hari Ke-2..Alahai muka.. Nak tengok dunia luar..berdiri tepi tingkap..










STRESS  =(





Lepas bosan jalan-jalan masuk bilik balik tidur mengantuk kot sebab malam tadi tak tido sangat.






Adik payish datang melawat..heee budak comel mata sepet ni baru potong rambut =)






Dah mula nak menerai aiskem..Alhamduliilah..





Malam ke-2 bawak jalan-jalan lepaskan hajat =)



 

Malam ke-2 dia dah tido dengan nyenyak. Mama dengan papa pon nyenyak sekali..ngeh3..Uwargghh dah lama rasa tak tido dengan heaven..hikhik..Pagi ahad hari ke-3 tu,  bila doc check dia aku mintak balik sebab dia macam dah ok. Dia pulak tak habis-habis nak balik rumah padahal setiap hari ajak pergi main kereta kat Megamall tu..huhu..Layan kan jerla budak bertuah tu..Daripada dia mengamuk layankan lebih baik. Takpe 'hari dia mengamuk'. Mama pasgahh!
Yang mama geram sangat semua orang yang datang lawat dia..dia taknak salam..Puas pujuk dah tapi still takmau..Malu mama taw dik.. Hurm hari perangai dia.. Boleh dimaafkan. Ok. Maafkan anak saya yer Uolss..Peace =)





Apenbendala dua beradik ni buat atas katil orang sakit ni..Orang sakit tu masa ni tak tau pergi mana..huhu.. Tq Abg Aqem & Dikna datang melawat saya =P




Ada apa benda cucuk atas belakang saya makde?? Hehe saje nak usik budak demok yang comel sgt ni!




Lepas je dapat discharged tu kitorang terus pergi rumah abang long dekat Sg. Karang. Kitorang plan nak buat suprise kat abg Haiqal.. Masa kitorang sampai birthday boy pergi jalan-jalan pantai. Masa ni la kelam kabut nak buat suprise kat dia..huhu..Abg Haiqal ni cucu  sulung dua2 belah pihak. So masa kecik dulu dialah raja segala-galanya..haha..Sekarang no more..bila dah ada adik-adik sepupu darjat tu turun serta merta..ngeh3..





Gigih tau makde & makngah tiup2 belon..lepas tu tampal pulak kat almari collection papa tu..huhu.



Thanks to kulacake's yang menjual "TOBLERONE CAKE" yang sangat super duper sedap.. Jauh best dari Secret Recipe  taw.. Memang sedap giler.. Kalau korang nak cari cake sedap-sedap kat kuantan ni sila jengah kedai kecik beliau..Kedai je kecik tapi harga boleh tahan kalah SR taw haha..Takpe berbaloi =P. Konsep 'Value For Money" harus diketengahkan kalau hal-hal desperado macam ni . T______T





Tiga cucu's teruna dalam Family kami..hikhik... Yang kiri tu anak abang Ngah saya (abg aqem).. Yang Kanan tu budak baru keluar wad (adik ameer).. Dia sama sibuk nak potong kek abg eqal.






Tengok tak puas lagi nak jugak tolong potong kan..hishh.. Nanti la dik..Adik punya turn tak lama dah. Ouch baru teringat nak order! Haha





Tu satunya cucu dara yang comel lagi debab! Anak abg ke.2. Dia pon sibok nak potong kek =)





Okeh befday boy tak sempat tunggu piring dah...Hihi



To Abg Haiqal,

Semoga menjadi anak soleh dan dengar cakap papa & ibu. Semoga harapan eqal nak bawak papa & ibu pergi mekah suatu hari nanti akan tercapai. Makde sentiasa doakan eqal jadi budak pandai dan selalu dapat membanggakan papa & ibu. Dan jadi contoh abg yang terbaik untuk adik-adik ( Aqem..Ameer & Dikna ) Happy Birthday my debab boy!!!



Bai.... =)

Wednesday 12 March 2014

Tabung Nuffnang Kitak!

Assalamualaikum..


Woot3..feeling meh! huahua..dah lama tak tengok earning kat Nuffnang sebenarnya..Kadang-kadang rasa kecewa..tapi bila tabung dah gerak mula berkobar-kobar nak update entry baru..haha nampak sangat tak ikhlas disitu.. Hihi takde lah suka-suka je..blogger sendu macam ai ni mana lah dapat banyak pon..dapat sehengget pon dah kira suka tau. Sepanjang 3 tahun jadi blogger ini kali pertama aku dapat CPUV tu..hewhew..Bukan senang tau nak dapat ha..Dapat sehengget pon suka sangat dah.. ha ha ha.. Ciput je pon tapi hasil usaha kita dan kawan yang tolong masukkan duet dalam tabung kiter.. =) especially my SIL


Okeh..A million thanks to Nuffnang   sebab derma dalam tabung kitak. Sebenarnya dulu tak paham sangat apa function benda ni tepek kat blog..Orang tepek kita tepek..Nak dapatkan CPUV tu lagi la..Tak tahu macam mana nak tarik perhatian En. Nuff tu..haha..Ok En. Nuff Teruskan masukkan duet dalam tabung kitak..Dapat cash out nanti boleh lepas bayar road tax kereta pon ok sangat dah..hihi verangan sangat kau meh  ^_____^





Tabung Kitak!! Kitak sukak! Kipidapp DD!!  

Tuesday 11 March 2014

Resepi Pavlova Confirm Jadi!

Assalamualaikum..

Hihi..Tajuk tak menahan sangat kan..Riak sangat..huahua..Takde lah saje nak bagi semangat sesiapa yang nak menerai resepi nak buat pavlova..Kali ke 5 aku buat ni baru lah rasa diri ini layak berdiri sebaris dengan Chef Wan! Haha melampau sangat kan takbur kat situ.. Joking okeh..Bukan apa kali ke-5 buat barulah aku rasa boleh dimakan dan tak malu nak bagi orang makan sebab tak manis sangat.

Ok entah mana silapnya selama ni aku buat selalu manis..Rasa macam dah kurangkan gula tapi still boleh tahap potong kaki..huhu..Tapi aku rasa macam tau sesuatu jer..jom nak share..Aku taip resepi ni begitu sahaja tanpa tengok buku sebab resepi ni simpleee mimple je..Sebenarnya dulu2 masa nak try buat ni macam-macam resepi aku tengok..Tapi mostly sama je..

Kali ni aku buat dengan akak ipar 2 orang tu masa balik kampung baru ni..Pukul 1 pagi dok borak-borak tepi oven tunggu meringue tu masak lama gila..Habis segala cerita keluar malam tu..Pasal hanez suraya la..jebat la..chef wan la..haha ada jugak..Macam-macam kontrobersi wujud. hihi..ok jom tengok resepi kompem jadi tu =P



Resepi Pavlova

Untuk Meringue ( 4 step je )

5 biji telor putih size B
1/2 cawan gula kastor
1 sb tepung jagung
1 sk esen vanila
1 sk cuka makan

Sebelum tu panaskan oven 140 darjah.. 

1)Mula-mula putar telor putih tu laju-laju sampai dia kembang.. Nak tau kembang tahap mana bila terbalikkan mangkuk tu dia takkan jatuh..

2)Masukkan gula ke dalam adunan telor putih tadi..Putar laju-laju sampai kembang.

3)Then masukkan tepung jagung..putar dalam 3 minit lagi..Lepas tu letak mixer. Tak payah guna dah.

4) Lepas tu masukkan esen vanilla & cuka makan. Kacau dengan spatula je..

Ok letak baking paper dalam acuan bulat.. then kaupkan adunan ke dalam acuan..Baking paper tu aku kira acara wajib letak sebab takut meringue tu melekat bila dah masak.

Meringue tu pulak pastikan bahagian tengah nipis berbanding bahagian tepi.. Masukkan dalam oven. Suhu 110 darjah dalam 1 jam 40 minit..huhu..lama kan..memang puas la tunggu tepi oven..40 Minit awal buat api bawah je..baki minit lagi buat api atas bawah. Paham kan.. tu cara saya.. cara orang lain mungkin lain.. Ni langkah selamat tak bagi meringue tu hangusss bahagian atas.

Bila dah masak bukak sikit pintu oven biarkan dia sejuk seketika.

Sambil tu bolehlah putar whip cream sampai kembang. Aku guna brand VIVO.. Kompem kembang. 

Bila meringue tu dah sejuk boleh la pipe whip cream atas tu then hias lah buah sesuka hati.. Make sure letak buah masam2 ye kawan2.. ( stoberi..anggur..blueberry..kiwi..etc )

Bai ..best of luck!!









Gambar ni masa buat baru ni kat kampung. Segar dari ladang..hihi..sekali gigit pasti mau lagi..ceh perasan! =P

                               



P.A.V. L.O. V. A
                             





Ni masa mula-mula menerai buat hikhikhik..





Ni kali ke2 buat..ada keyakinan sikit nak bawak balik kampung =). Masa ni mode rajin melampau bagi orang macam aku ni..hehe.. 3 resepi sekaligus buat pagi tu..well done mama!





Ni kali ke4 buat masa befday Papa dia ..Kali ke-3 tak nak bagi tengok sebab menyampah tak jadi..hihi..aci tak?
                                        




#Pray4MH370
#Keepwaiting&praying
#Hopingamiracle
#PleasecomebackMH370